Upin (watak)

watak
(Dilencongkan dari Upin)

Upin ialah sebuah watak utama dan eponim cereka animasi Upin & Ipin. Ia berperanan sebagai watak utama di samping watak kembarnya, Ipin. Watak Upin turut muncul dalam filem animasi, Geng: Pengembaraan Bermula.

Upin
Watak Upin & Ipin, Geng: Pengembaraan Bermula
Disuarakan oleh Malaysia: Fathiah Diaz (musim 1-3)
Asyiela Putri (musim 4-kini)
Indonesia: Lis Kurniasih
Informasi
SpesiesManusia
JantinaLelaki
KeluargaIpin (adik kembar lelaki)
Ros (kakak perempuan)
Opah (nenek)

Ciri-ciri watak sunting

Rupa bentuk sunting

Walaupun Upin dan Ipin merupakan pasangan kembar seiras dan sama-sama berkepala botak, Upin dapat dibezakan dengan Ipin kerana ada sehelai rambut berpilin yang menonjol di atas kepala botaknya, serta sering memakai singlet kuning yang tertera huruf "U".

Perwatakan sunting

Upin lebih banyak bercakap berbanding Ipin dalam siri. Sebagai abang, Upin banyak menunjukkan sifat keketuaan kepada Ipin, dan lebih banyak mencari akal dan merancang untuk adiknya berbanding yang sebaliknya. Apabila tidak bernakal, Upin turut membetulkan kesilapan Ipin. Upin jarang sekali berjauhan dengan Ipin, menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan.

Rujukan sunting