Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng!
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! adalah sebuah filem aksi langsung animasi bertutur dalam Bahasa Melayu dari Malaysia yang diarahkan oleh Ainon Ariff dan Erma Fatima, menampilkan Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Sara Ali, Remy Ishak dan Gambit Saifullah, sebagai antagonis utama dalam filem ini. Filem ini diterbitkan oleh Les' Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios dan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 24 November 2016.
Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! | |
---|---|
Fail:UpinIpinJengJengJengMalaysiaposter.jpg | |
Pengarah | Erma Fatima Hjh. Ainon Ariff |
Dihasilkan oleh | Hj. Burhanuddin Md Radzi Yusry Abdul Halim |
Dibintangi | Puteri Balqis Awie Remy Ishak Gambit Saifullah Sara Ali David Teo Asyiela Putri (suara) |
Muzik oleh | Yubi Band |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM3 juta |
Sinopsis
suntingAqish ialah seorang anak yatim yang setia meminati Upin dan Ipin, suka melukis dan menggantung gambar Upin dan Ipin, bahkan suka berangan-angan berkawan dengan watak-watak Upin dan Ipin. Pada suatu hari, nasib malang melanda Aqish apabila rumah anak yatim dan tanah yang didudukinya bakal dijual kepada pihak luar, memungkinkan Aqish kehilangan tempat untuk bergantung. Duka Aqish begitu menyentuh perasaan sehingga watak-watak Upin dan Ipin dalam lukisan pun terasa dan mereka pun muncul ke dalam dunia Aqish dalam bentuk watak hidup untuk menghiburkan dan menemani Aqish dalam menghadapi dugaan.[1]
Pelakon
sunting- Puteri Balqis sebagai Aqish, watak utama
- Asyiela Putri & Nur Fathiah Diaz sebagai pengisi suara Upin & Ipin
- Sara Ali sebagai Noreen, penjaga rumah anak yatim
- Gambit Saifullah sebagai Zaman, tuan tanah rumah anak yatim
- Awie sebagai dirinya sendiri
- Remy Ishak sebagai Bo, sahabat Awie
- David Teo sebagai Lavid, penerbit syarikat rakaman
- Burhanuddin Md Radzi sebagai Penerbit Awie
- Semua Pelakon sebagai Watak-Watak Tambahan
Sambutan
suntingJualan tiket
suntingFilem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! ditayangkan di sebanyak 121 pawagam di seluruh Malaysia pada minggu pertama tayangannya. Untuk hujung minggu pertama (24-27 November) diumumkan kutipan tiket sejumlah RM3 juta.[2] Ini termasuk RM500,000 pada hari pertama sendiri.[3] Filem ini menduduki tangga nombor dua dalam carta kutipan tiket pawagam Malaysia pada minggu pertamanya.
Ulasan
suntingFilem ini menerima ulasan rata-rata positif daripada pengulas akhbar. Bibi Nurshuhada Ramli dari New Straits Times mengulas bahawa Jeng Jeng Jeng! berjaya menggabungkan platform animasi dan aksi sebenar hingga babak Aqish bermain dengan Upin dan Ipin kelihatan realistik, tetapi mengeluh tentang penceritaan yang tidak menepati cita rasa dirinya.[4] Angelin Yeoh untuk The Star pula memberikan markah 6/10 dengan meluahkan rasa tidak sangka bahawa filem ini mengisahkan kesanggupan menggadaikan maruah demi wang, bahkan harusnya digelar Upin & Ipin: Jagat.
Rujukan
sunting- ^ "#MOVIEREVIEW - UPIN DAN IPIN: JENG JENG JENG!". Dicapai pada 2016-12-06.
- ^ "Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng! kutip RM3 juta". Berita Harian Online. 2016-11-30. Dicapai pada 2016-12-06.
- ^ "Jeng Jeng Jeng! New Upin & Ipin film scores RM500K on first day of screening [VIDEO]". NST Online. 2016-11-25. Dicapai pada 2016-12-06.
- ^ "Cute twins win hearts again". NST Online. 2016-11-24. Dicapai pada 2016-12-06.