Upin (Upin & Ipin)

watak cereka

Upin (lahir di Selangor, 16 Jun 2002; umur 18 tahun) ialah satu watak utama dan eponim siri Upin & Ipin. Dia merupakan abang kembar kepada Ipin, adik kepada Ros dan cucu kepada Opah. Upin dan juga adiknya Ipin rapat dengan Tok Dalang. Dikatakan ibu bapa Upin dan Ipin meninggal dunia ketika mereka masih kecil, menyebabkan mereka dijaga oleh Opah mereka.

Aruffin bin Abdul Salam
Watak Upin & Ipin
Disuarakan oleh Nur Fathiah Diaz (musim 1-3)
Asyiela Putri (musim 4-kini)
Informasi
Nama panggilanUpin
SpesiesManusia
JantinaLelaki
PekerjaanMurid Tadika Mesra
KeluargaIpin (adik kembar lelaki)
Ros (kakak perempuan)
Opah (nenek)
PasanganBelum berkahwin
SaudaraKak Ros, Ipin, Opah
AgamaIslam
KewarganegaraanMalaysia Malaysia


Upin Ipin mempunyai ramai kawan di tadika. Antaranya ialah Ehsan, Fizi, Susanti, Mei Mei, Jarjit Singh, Abang Salleh dan ramai lagi.

RupaSunting

Walaupun Upin dan Ipin merupakan pasangan kembar seiras dan sama-sama berkepala botak, Upin dapat dibezakan dengan Ipin kerana ada sehelai rambut berpilin yang menonjol di atas kepala botaknya, serta sering memakai singlet kuning yang tertera huruf "U".

PerwatakanSunting

Upin lebih banyak bercakap berbanding Ipin dalam siri. Sebagai abang, Upin banyak menunjukkan sifat keketuaan kepada Ipin, dan lebih banyak mencari akal dan merancang untuk adiknya berbanding yang sebaliknya. Apabila tidak bernakal, Upin turut membetulkan kesilapan Ipin. Upin jarang sekali berjauhan dengan Ipin, menunjukkan bahawa mereka saling memerlukan.