Ur Kaśdim atau Ur, Chaldees (אוּר כַּשְׂדִים) adalah sebuah pekan yang tertulis didalam Injil Ibrani dan kitab-kitab yang berkaitan yang mengatakan disanalah tempat Nabi Ibrahim a.s. (origin. Abram Gen. 17.5) dilahirkan. Sumber tradisional pula mengatakan tempat kelahiranan Nabi Ibrahim terletak disekitar wilayah Edessa — kedua-dua sumber tradisi Islam, Yahudi klasik seperti Maimonides dan Josephus, turut meletakkan Ur Kaśdim berada dilokasi seperti Urkesh, Urartu, Urfa, atau Kutha di utara Mesopotamia. Walau bagaimanapun, dalam tahun 1927 Leonard Woolley telah mengidentifikasikan Ur Kaśdim dengan bandar Sumeria, di Ur, di selatan Mesopotamia, dimana Ur terletak dibawah pentadbiran Chaldea; malah identifikasi ini amat popular pada hari ini.

Rujukan terhadap Ur Kaśdim dalam teks-teks Yahudi sunting

Ur Kaśdim telah diberitahu sebanyak empat (4) kali didalam Tanakh, dengan perbezaan "Kaśdim" biasanya didalam bahasa Inggeris disebut "of the Chaldees". Dalam Genesis, nama tersebut boleh diketemukan dalam 11:28, 11:31 dan 15:7. Meskipun ia tidak secara eksplisit (jelas) dinyatakan dalam Tanakh, namun secara umum difahami sebagai tempat kelahiran Abraham (Nabi Ibrahim). Genesis 11:27-28 pula mengatakan ia sebagai tempat kelahiran saudara Abraham yang bernama Haran, dan juga merupakan tempat bermulanya penghijrahan Terah sekeluarga termasuk anak lelaki mereka iaitu Abraham.

Pseudepigrafal Kitab Yobel mengatakan Ur Kaśdim telah diasaskan oleh oleh "'Ur, anak Keśed" dalam tahun 1687 Anno Mundi . Ia juga mungkin ialah keturunan Arphaxad, juga menambah bahawa peperangan telah bermula di Bumi pada tahun yang sama. Walau bagaimanapun, Arphaxad merekodkan dalam Genesis bahawa Ur, anak Kased lahir dua tahun selepas tragedi banjir besar ketika zaman Nabi Nuh a.s. (MT: 1656 A.M.), dan ia meninggal dunia pada usia 29 tahun pada 1687 sebelum Masihi.

"'Ur anak Keśed membina bandar 'Ara of the Chaldees, dan memanggil namanya selepas namanya sendiri dan nama bapanya." (Jubilees 11:3)

Jubilees turut menggambarkan Abraham turun temurun telah tinggal di Ur Kaśdim, bermula dengan datuk buyutnya iaitu Serug.


Tempat kelahiran Nabi Ibrahim menurut sumber Islam terletak di sebuah gua di sekitar bandar purba Seleucid Edessa, kini dikenali Şanlıurfa. Gua tersebut terletak berhampiran tengah-tengah Şanlıurfa dan kini ia merupakan tapak bagi sebuah Masjid yang dikenali dengan nama Masjid Ibrahim. Nama Turki untuk bandar, Urfa, adalah berasal daripada bahasa Syria awal iaitu ܐܘܪܗܝ (Orhāy) dan bahasa Greek Ορρα (Orrha). Tradisi dalam menghubungkan Ur Kaśdim dengan Urfa tidaklah menjadi suatu kepentingan dalam Islam. Sesetengah pendapat Islam turut mengaitkan Faddam A'ram sebagai Ur Kasdim.

Anthropologis Richard Pococke menulis dalam penerbitannya Description of the East bahawa identifikasi tradisional terhadap Ur Kaśdim dengan Urfa adalah pendapat universal dalam Yahudi kontemporari.


Lihat juga sunting

Rujukan dan pautan luar sunting