Buka menu utama
Sistem pembiakan lelaki, sistem yang berkait rapat dengan urologi.

Urologi (urology, daripada perkataan Yunani Purba οὖρον ouron "urin" dan -λογία logia "kajian tentang") merupakan sebuah cabang perubatan yang memfokuskan terhadap sistem urin manusia serta sistem pembiakan lelaki. Organ-organ yang terlibat dalam urologi termasuklah buah pinggang, ureter, pundi kencing, uretra dan organ-organ pembiakan lelaki.

Cabang urologi biasanya berkait rapat dengan cabang-cabang seperti andrologi, ginekologi, nefrologi dan onkologi.

Pautan luarSunting

  •   Kategori berkenaan Urologi di Wikimedia Commons