Urtica dioica atau juga dikenali dengan nama jelatang,[1] daun gatal,[1] dan netel (juga dalam bahasa Belanda selain brandnetel; bahasa Inggeris: nettle) adalah tumbuhan saka herba berbunga dalam keluarga Urticaceae bertaburan asal di Eropah, kawasan iklim sederhana Asia dan barat Afrika Utara[2] namun ia kini didapati di seluruh dunia, termasuk New Zealand [3] dan Amerika Utara.[4][5]

Gambaran Urtica dioica dari Thomé, Flora von Deutschland, Österreich und der Schweiz 1885

Ada seberapa tumbuhan ini yang dikenali kerana mempunyai bulu-bulu halus pada dedaun dan batang yang mengandungi histamin dan bahan kimia lain yang menyengat apabila bersentuhan dengan kulit.[6][7]

Gambaran sunting

Urtica dioica adalah tumbuhan herba saka yang mampu tumbuh mencapai ketinggian 1 hingga 2 m (3 hingga 7 ka) tinggi pada musim panas[4] Ia menyebarkan rizom dan stolon secara meluas, yang berwarna kuning terang, seperti akarnya. Dedaunnya lembut dan kehijauan serta bersisi gerigi tajam dengan panjang antara 3 hingga 15 cm (1 hingga 6 in) menyenjang pada batang. Bunganya kecil tersusun jambak berangkai, berwarna kehijauan atau keperangan.

Daun dan batang sangat berbulu dengan rambut yang tidak menyengat, namun hujung dedaunnya juga mempunyau bulu halus yang mampu menajam menyuntik beberapa bahan kimia apabila disentuh lalu menyebabkan rasa sakit menyengat atau parestesia pada bahagian yang terjejas. [6][5]

Sekurang-kurangnya enam subspesies daripada tumbuhan ini dapat dikenalpast dengan jelas:

  • U. dioica subsp. dioica, dari Eropah, Asia dan Afrika utara, berbulu gatal.
  • U. dioica subsp.galeopsifolia dari Eropah, tiada bulu gatal.
  • U. dioica subsp. afghanica, dari barat daya dan tengah benua Asia, adakala berbulu gatal atau tiada bulu langsung.[8]
  • U. dioica subsp. gansuensis, dari eastern Asia (China), berbulu gatal.
  • U. dioica subsp. gracilis (Ait.) Selander (American stinging nettle), dari Amerika Utara, berbulu gatal dan ekajantina.
  • U. dioica subsp. holosericea (Nutt.) Thorne (hoary stinging nettle), dari Amerika Utara, berbulu gatal dan ekajantina.[9]

Kegunaan sunting

Tumbuhan ini mempunyai sejarah penggunaan yang panjang sebagai sumber ubat tradisional, makanan, teh, dan bahan mentah tekstil dalam masyarakat kuno.[10]

Dalam makanan sunting

Spesies ini mempunyai rasa yang serupa dengan bayam bercampur dengan timun apabila dimasak serta kaya dengan vitamin A dan C, besi, kalium, mangan dan kalsium. dedaunnya boleh dimakan selepas dimasak dengan merebus yang mampu menghilangkan bahan kimia yang menyebabkan penyengatan. Faktor usia juga memainkan peranan dalam kesesuaian ia dimakan - apabila tumbuhan ini mampu menghasilkan bendasing sistolit yang boleh mengganggu saluran kencing jika ia diambil semasa ia membunga. Pada musim puncaknya, jelatang mengandungi sehingga 25% protein kering. [11] Daun dan bunganya juga dikeringkan dan kemudiannya digunakan untuk membuat teh herba.

Tumbuhan ini terutamanya boleh digunakan dalam pelbagai resipi seperti polenta, pesto malah juga sup yang didapati dalam masakan masyarakat Eropah Utara dan Timur.

Untuk tujuan lain sunting

Batang tumbuhan mengandungi serat buli yang secara tradisional digunakan untuk tujuan seumpama kain linen dan dengan rasa sentuhan lebih kasar daripada kapas.[12] Ia telah digunakan sebagai bahan mentah membuat pakaian selama hampir 3,000 tahun berdasarkan bukti tekstil kuno dari Zaman Gangsa yang ditemui di Denmark. [13] Malah, hampr semua pakaian seragam Tentera Jerman dibuat daripada tumbuhan ini semasa Perang Dunia Pertama semasa berlakunya kekurangan bekalan kapas di Empayar tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Mohamed Kadir (1975). Kamus Kebangsaan Ejaan Baru Inggeris-Bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia-Inggeris. Penerbit Titiwangsa. m/s. 300, 439, 651.
  2. ^ "Urtica dioica L.". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 2018-11-14.
  3. ^ "Stinging nettles". Ministry of Health. 18 September 2014. Dicapai pada 4 May 2019.
  4. ^ a b "Urtica dioica - L". Plants for a Future. 2012. Dicapai pada 23 April 2018.
  5. ^ a b "Burning & Stinging Nettles". University of California. Dicapai pada 21 September 2013.
  6. ^ a b "Nettles". Drugs.com. 2009. Dicapai pada 23 April 2018.
  7. ^ Per Brodal (2010). The Central Nervous System: Structure and Function. Oxford University Press US. m/s. 170. ISBN 978-0-19-538115-3. Dicapai pada 22 September 2010.
  8. ^ Chen Jiarui; Ib Friis; C. Melanie Wilmot-Dear. "Flora of China online". efloras, Missouri Botanical Garden, St. Louis, MO & Harvard University Herbaria, Cambridge, MA.
  9. ^ "Plant For a Future database".
  10. ^ Lukešová, Hana (Jun 2017). "Identifying plant fibre textiles from Norwegian Merovingian Period and Viking Age graves: The Late Iron Age Collection of the University Museum of Bergen". Journal of Archaeological Science: Reports. 13: 281–285. doi:10.1016/j.jasrep.2017.03.051.
  11. ^ Hughes, R. Elwyn; Ellery, Peter; Harry, Tim; Jenkins, Vivian; Jones, Eleri (1980). "The dietary potential of the common nettle". Journal of the Science of Food and Agriculture. 31 (12): 1279–86. doi:10.1002/jsfa.2740311210. PMID 6259444.
  12. ^ "Student shows off nettle knickers". BBC News. 1 July 2004. Dicapai pada 24 May 2010.
  13. ^ Bergfjord, C. (2012). "Nettle as a distinct Bronze-Age textile plant". Scientific Reports. 2: 664. doi:10.1038/srep00664. PMC 3460533. PMID 23024858.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting

  • "Urtica dioica L." Germplasm Resources Information Network (GRIN). Agricultural Research Service (ARS), United States Department of Agriculture (USDA).
  • Flora of China: Urtica dioica