Buka menu utama

Zaman Silur[1] merupakan era ketiga Zaman Paleozoik (438 hingga 410 juta tahun dahulu). Cuaca Zaman Silur lebih panas berbanding Zaman Ais pada akhir Zaman Ordovisi dan hidupan terus membiak. Di samping itu, paras laut meningkat dan daratan baru muncul akibat perlanggaran plat tektonik. Justeru, tumbuhan mampu hidup dan membiak di daratan dengan adanya rantaian makanan di daratan.

Benua Zaman SilurSunting

Benua Gondwana berada di hemisfera selatan seperti di Zaman Ordovisi manakala Siberia pula berada 180 darjah daripada kedudukan sekarang. Di antara benua Laurentia dan Baltica adalah Atlantik Lama (kemudian berpecah pada hujung Zaman Silures dan menjadi Euromerica).

Apakan ciri-ciri organisma pada Zaman Silur?Sunting

Hidupan Zaman Silur ialah haiwan tanpa tulang belakang seperti Graptolit, Euripterid dan jenis bercangkerang. Bagaimanapun, nautilius dan trilobit yang banyak di Zaman Ordovisi semakin berkurang. Selain itu, haiwan vertebrat mula muncul terutama ikan bertulang rahang seperti akatodia. Haiwan seperti serangga dan labah-labah juga muncul.

Haiwan-haiwan baru pada Zaman SiluresSunting

RujukanSunting

  1. ^ Silures Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP

Pautan luarSunting