Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang

Filem Malaysia 2013 arahan Pierre Andre

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang ialah sebuah filem komedi keagamaan Malaysia 2013 yang dikeluarkan pada 28 November 2013 dan diarahkan oleh Pierre Andre.[1]

Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 28 November 2013 (2013-11-28) (Malaysia)
Masa tayangan
91 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 2.88 juta

Sinopsis sunting

Filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang ini mengisahkan Dadu, seorang pemuda yang hanyut tanpa tujuan dari hari ke hari. Dia seringkali dipecat dari kerja dan tidak pernah serius dengan segala yang dilakukannya. Dadu tinggal bersama Muiz yang turut bergantung kepada Dadu untuk hidup. Kedua-dua mereka tidak taat pada agama sehinggalah sepupu Dadu, Hamzah datang tinggal bersama. Hamzah kini adalah seorang yang taat pada agama dan sering pergi ke masjid untuk bersembahyang dan mendengar ceramah agama. Terkejut dengan perubahan pada diri Hamzah, Dadu dan Muiz berazam untuk mengubah diri mereka tetapi jalan untuk kembali jalan yang lurus bukanlah sesuatu yang mudah.

Pelakon sunting

  • Shahrol Shiro sebagai Dadu: Seorang mat rempit yang tanpa tujuan dari hari ke hari, namun dia telah dipecat dari kerja dan tidak tahu pada agamanya sendiri.
  • Ajak Shiro sebagai Muiz: Kawan baik kepada Dadu yang seringi persamaan dengan Muiz, Dadu juga tidak tahu pada agamanya sendiri.
  • Mikail Andre sebagai Mat Polis: Seorang pegawai polis lelaki yang paling tegas menjalankan tugas tanpa sebarang kompromi juga.
  • Along Eyzendy sebagai Ustaz Hamzah: Seorang bekas DJ yang sudah berubah menjadi Ustaz, namun dia melawat ke rumah mereka untuk ceramah dan memiliki CD yang dikenali sebagai UAI (Ustaz Azhar Idrus).
  • Zalif Sidek sebagai Bagok: Selalu menolong Dadu dan Muiz untuk pergi ke masjid untuk mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus semasa motosikal mereka rosak. Juga seorang yang pencuri dan pembunuh upahan.
  • Epy Raja Lawak sebagai Mawi: Seorang banduan yang suka bercakap kasar, juga kuat sombong.
  • DJ Irwan Shah sebagai Ah: Seorang ustaz yang paling beragama, namun dia mengajak Dadu untuk bersembayang tetapi Dadu menglaungkan kepada "Alamak, Nora Danish!" sambil melarikan diri.
  • Pak Ya Superman sebagai Pakcik tua
  • Ruzaidi Abdul Rahman sebagai En. Amri: Seorang penyewa rumah yang Muiz yang tidak membayar sewa selama 6 bulan, telah rumah mereka dikunci. Namun dia telah bertaubat dan sering menolong Dadu dan Muiz untuk menghantar pakcik tua ke hospital.
  • Azhar Idrus sebagai Ustaz Azhar Idrus: Diminati oleh Dadu dan Muiz, namun Dadu dan Muiz menyoal kepada beliau.

Trivia sunting

  • Filem ini tidak menampilkan pelakon wanita, hanya pelakon lelaki sahaja.

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Filem MeleTOP Ustaz Mu Tunggu Aku Datang Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Uztaz, Mu Tunggu Aku Datang". Cinema.com.my. Dicapai pada 23 November 2013.

Patuan luar sunting