Abdul Somad

(Dilencongkan dari Ustaz Abdul Somad)

Prof. Ustaz Dr. H. Abdul Somad Batubara, Lc., M.A., Ph.D., Bergelar Melayu Riau "Dato' Seri Ulama Setia Negara" atau juga dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad (Bahasa Arab dan tulisan Jawi: عبد الصمد; lahir pada 18 Mei 1977) ialah seorang ulama dari Indonesia yang berasal dari kawasan Asahan, Sumatera Utara.

Profesor Dr. Ustaz
Ustadz Abdul Somad sedang mengisi pengajian agama di sebuah majelis sekolah di Pekanbaru, Riau. Bertarikh Mac 2018
Lahir (1977-05-18) 18 Mei 1977 (umur 46)
Indonesia Asahan, Sumatera Utara, Indonesia[1]
NegaraIndonesia Indonesia
ZamanModen
PekerjaanPengkhutbah, pakar ilmu hadis, ulama, pensyarah[1]
DenominasiSunni
Mazhab FiqhMazhab Syafie
Alma materUniversiti Al-Azhar (Lc.)
Darul Hadits al-Hasaniyyah (D.E.S.A.)
Universiti Islam Omdurman (Ph.D)[1]
Laman websomadmorocco.blogspot.co.id

Abdul Somad menjadi terkenal melalui pendekatan dakwah melalui Internet serta gayanya yang diselipkan unsur tawa. Beliau telah dikenali kerana syarahannya merujuk kepada pelbagai tajuk perbualan mengenai keagamaan, khususnya berkenaan dengan kajian-kajian hadis dan falsafah perundangan Islam (ilmu fiqah). Di samping itu, beliau selalunya membincangkan pelbagai tajuk perbualan yang sedang sohor kini dalam sebuah khalayak ramai dan masyarakat tempatan seagama Islam, antaranya ialah yang mengenai perkara rasa kebangsaan.

Kehidupan awal sunting

Abdul Somad merupakan putra pasangan Bakhtiar[2] dan Rohana. Dari pihak ibu, garis keturunannya bersambung kepada Syekh Abdurrahman atau Tuan Syekh Silau Laut I, ulama sufi tarekat Syattariyah dari Rao, Batubara.[3][4] Tuan Syekh Silau Laut I merupakan keturunan perantau Minangkabau yang dengan keturunan berasal dari Mudik Tampang, Rao, Pasaman.[5][6]

Pendidikan sunting

Ustaz Abdul Somad menempuh pendidikan formal sehingga ke peringkat kedoktoran. Beliau tamat Sekolah Dasar Al-Washliyah, Medan pada tahun 1990. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Madrasah Tsanawiyah Mu'allimin Al-Washliyah, Medan dan tamat pada 1993. Seterusnya beliau ke Madrasah Aliyah Nurul Falah, Air Molek, Inderagiri Hulu dan tamat pengajian pada 1996. Pada tahun 1998, beliau melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda (Licentiate) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau melanjutkan pengajian sehingga tahun 2002.

Usai pulang dari Mesir, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi namun hanya sempat untuk dua semester sahaja sebelum beliau berhenti. Pada tahun berikutnya (2004), beliau melanjutkan pengajian dalam diploma pengajian siswazah lanjutan (Diplôme d'Études Supérieures Avancées) di Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah di Rabat, Maghribi selama 3 tahun. Beliau juga telah menyelesaikan ijazah kedoktoran dalam bidang pengajian ilmu Hadis pada Disember 2019 dengan keputusan yang cemerlang dari Universiti Islam Omdurman, Sudan.

Kerjaya sunting

Dakwah dan syarahan beliau dicirikan dengan perihal keberlainan yang dipunyai dalam kesanggupan bercakap dan lawak jenakanya yang sekaligus dapat memikat rasa minat daripada khalayak awam, dan seringkali syarahan-syarahan beliau disiarkan menerusi saluran YouTube dan media sosial yang lain lagi.[7][8] Beliau pula kini menjadi seorang pensyarah di Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau di wilayah Riau.[9][10]

Selepas tamat pengajian dari Maghribi, Ustaz Abdul Somad aktif berkhidmat di pelbagai agensi seperti berikut:

  • Pensyarah Bahasa Arab di Pusat Bahasa Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
  • Pensyarah Tafsir dan Hadis di Kuliah Antarabangsa, Fakulti Usuluddin, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau
  • Pensyarah Agama Islam di Sekolah Tinggi Agama Islam Al-Azhar, Yayasan Masmur, Pekanbaru
  • Anggota Majelis Ulama Indonesia, Provinsi Riau, Komisi Pengkajian dan Keorganisasian, Sesi 2009–2014
  • Anggota Badan Amil Zakat Provinsi Riau, Komisi Pengembangan, Sesi 2009–2014
  • Setiausaha Lembaga Bahtsul Masa’il Nahdlatul Ulama Provinsi Riau, Sesi 2009–2014
  • Profesor Pelawat di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam, Sesi 2020-2021[11][12]

Pemikiran sunting

Pandangannya tentang Islam dianggap sebagai fundamentalis, dan objektif dengan ceramahnya mencakup topik literal tentang Al-Qur'an dan Sunnah.[13][14]

Kehidupan peribadi sunting

Ustaz Abdul Somad berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2012. Perkahwinan ini membawa kepada seorang anak lelaki bernama Mizyan Hadziq Abdillah.[15] Namun, pasangan ini bercerai pada 2019.[16] Pada 2021, Abdul Somad menikah lagi dengan Fatimah Az Zahra Salim Barabud, dan memperoleh seorang lagi anak lelaki, Samy Ahmad Mesbahy 'Ibadillah.[17]

Kontroversi sunting

Pemikiran dan kandungan dakwah Abdul Somad yang berisi konspirasi serta mencabar warga bukan Islam mendapat kontroversi ketara. Somad pernah memiliki afiliasi dengan pertubuhan Front Pembela Islam (FPI), gerakan ekstremis Islam yang diharamkan pada akhir 2020 atas kebimbangan cabaran terhadap Pancasila serta aktiviti keganasan fizikal.[18][19]

Pada Jun 2022, Abdul Somad mengutuk para penyunting Wikipedia setempat kerana memaparkan kontroversinya di rencana tentang dirinya di situ serta dengan sendirinya cuba untuk memadamkan kandungan tersebut; cubaannya gagal, dan kandungan sedemikian kekal wujud hingga kini.[20]

Konspirasi COVID-19 sunting

Pada awal kejadian pandemik Covid-19 di China, Somad pernah berceramah bahwa virus penyebab wabak tersebut ialah suatu "tentera" yang dikirimkan oleh Allah, dengan komuniti Islam Uyghur di sana dikatakan terselamat kerana rajin berwuduk.[21][22] Ketika wabak merebak ke Indonesia, Somad mengatakan bahwa umat Islam yang meninggal karena COVID-19 setara dengan mati syahid.[23]

Pengharaman ke Singapura sunting

Pada 16 Mei 2022, Abdul Somad yang berniat untuk bercuti ke Singapura telah dihalang oleh imigresen negara itu. Menurut pemerintah Singapura, keputusan itu dilakukan atas kebimbangan mesej Abdul Somad yang "ekstremis dan memecahkan perpaduan".[24]

Abdul Somad memberikan respons di dalam sebuah video yang meminta agar pihak Singapura memberikan penjelasan atas penghalangannya meskipun memiliki dokumen lengkap. Namun, pertuturannya beralih menjadi hinaan terhadap Singapura dan ucapan rasis pro-Melayu, termasuk mengugut perampasan Singapura daripada "pendatang" bukan Melayu.[25][26]

Kemudian, penyokong tegar Abdul Somad melakukan serangan berupakan spam di akaun media sosial para pemimpin serta jabatan pemerintah Singapura.[27] Mereka juga mengancam untuk menceroboh kedutaan Singapura dan mengusir duta besarnya.[28][29] Terdapat juga ugutan serangan ketenteraan ke Singapura serta ugutan serangan ala serangan 11 September.[30] Pada 20 Mei 2022, para pendukung berkumpul di depan kedutaan tersebut, tetapi terpaksa bubar setelah kereta yang akan digunakan untuk pidato rosak.[31]

Selain Singapura, Somad juga pernah dihalang ke beberapa negara lain, termasuk Timor Leste, Switzerland,[32] Hong Kong, Belanda, United Kingdom and Jerman.[33]

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Anugerah sunting

Pengiktirafan dalam buku sunting

  • 2018 - Ustadz Abdul Somad: Da'i Berjuta Followers, oleh Tim Redaksi Qultummedia, terbitan Qultummedia
  • 2018 - Abdul Somad,Lc.,M.A Ustadz Zaman Now, oleh Mohammad Yusuf & Niamul Qohar, terbitan Mutiara Media
  • 2018 - Ustaz Abdul Somad: Ustaz Yang Memberi Pencerahan Jutaan Umat, oleh Arina Makarimal Fasya, Muchammad Qosim FN dan Achmad Chasan Mas'udi, terbitan Melvana Media Indonesia
  • 2018 - Berguru Kepada Ustadz Zaman Now, oleh Abid Fadhil Abyan, terbitan Laksana, Jogjakarta
  • 2018 - Liqomik: Kumpulan Hikmah Ustadz Abdul Somad, oleh Beny Maulana, Dicky Maulana, Fivi Achmad, Ondoratmo, Raditya Bin Juhana, Ridwan Syahroni, Roel, Yuwanizm, Bangdzia, Ardian Syaf, Esa Yuandana, Coretanino, Doni Kudjo, Ipot, Mufty Fairuz, Seto Buje, Vbi Djenggotten, Yafie Gazalba

Bibliografi sunting

Tesis sunting

Peringkat Judul Tesis Tahun Universiti Penyelia
Ph.D الشيخ محمد هاشم اشعري وجهوده في نشر السنة باندونيسيا

Sumbangan Al-Sheikh Muhammad Hasyim Asyari dalam Penyebaran Hadis di Indonesia.

2019 Universiti Islam Omdurman, Sudan Sheikh Dr Omar al-Ma'ruf Ali
D.E.S.A رجال الموطأ والصحيحين الذين ضعفهم النسائي في كتاب الضعفاء والمتروكين: جمعا ودراسة

Perawi-perawi hadis dalam kitab Al-Muwatto' dan Dua Kitab Sahih yang di-dhaif-kan oleh al-Nasa'i dalam kitab al-Dhu'afa' wal-Matrukin : Sebuah Kajian Perbandingan

2006 Institut Pengajian Islam Tinggi Darul Hadis al-Hassaniah, Maghribi

Karya terjemahan Arab–Indonesia sunting

  • 2018 - 55 Nasihat bagi Wanita Sebelum Menikah (Judul asal : 55 Nashihat li al-Banat Qabla az-Zawaj), karangan Dr. Ikram Thal’at, terbitan Pustaka Azzam-Jakarta
  • 2018 - Saat Rumah Tangga Di Ambang Kehancuran (Judul asal: Al-Ma’ashi Tu’addi ila Al-Faqri wa Kharab Al-Buyuti), karangan Yasir Ja'far Syalabi, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta
  • 2011 - Semua Ada Saatnya (Judul asal: Sa'atan Sa'atan) , karangan Syaikh Mahmud Al-Mishri, terbitan Pustaka Al-Kautsar, Jakarta
  • 2009 - Sejarah Agama Yahudi (Judul asal: Tarikh ad-Diyanah al-Yahudiyyah), karangan Dr. Khalifah Muhammad Hassan, terbitan Pustaka al-Kautsar, Jakarta
  • 2005 - Menjadi Keluarga Ahli Surga (Judul asal: Mausu’ah al-Usrah tahta ri’ayat al-Islam), karangan Dr. Athiyah Shaqar, terbitan Penerbit Ailah
  • 2005 - Wahai Keluargaku, Jadilah Mutiara yang Indah. (Judul asal: 1) al-Baits as-Sa’id wa khilaf az-Zauzaini, 2) 40 Nashihat lil Ishlah al-Buyut, 3) Qathi’atu ar-Rahmi; al-Mazhahir wa al-Ashbab wa subulu al-Ilaj, 4) Abna’una Baina al-Hadhir wa al-Mustaqbal fi Rihab al-Islam), karangan Prof. Dr. Ahmad Umar Hasyim, Muhammad bin Ibrahim Al-Hamdi, Muhammad Shalih Al-Munajjid can Shalih Ibnu Abdullah Ibnu Hamid), terbitan Pustaka Progresif
  • 2005 - Anakku, Dengan Cinta Ibu Mendidikmu (Judul asal : 1) Thifluka al-Mauhuub; 2) Kaifa Tunammi Mahaarota Thiflika al-Lughowiyah; 3) Daurul Usroti Fi Tarbiyatil Abnaa’; 4) Wiqooyatu at-Thifli Minal Amroodh; 5) Abna’una Fi Marhalatil Bulugh wa ma Ba’daha), karangan Prof. Dr. Ali Sulaiman, Prof. Dr. Ali Ahmad Madkhur, Dr. Sana’ Abdullah Abu Zaid, dan Dr. Syahatah Mahrus Thoha, terjemahan bersama Ma’had Khodijah dan Abdul Basith Abd. Aziz, Lc, terbitan Penerbit Ailah.
  • 2004 - 101 Kisah Orang-Orang Yang Dikabulkan Doanya (Judul asal: 101 Qishash wa Qishah li Alladzina Istajaba Allah Lahum Ad-Du’a’), karangan Majdi Fathi As-Sayyid, terbitan Pustaka Azzam, Jakarta
  • 2004 - 15 Sebab Dicabutnya Berkah (Judul asal: 15 sabab min asbab naz’ al-barakah),karangan Abu Al-Hamd Abdul Fadhil, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta
  • 2004 - 30 Orang Dijamin Masuk Surga (Judul asal: 30 al-Mubasysyarun bi al-Jannah), karangan Dr. Mustafa Murad, terbitan Cendikia Sentra Muslim-Jakarta
  • 2004 - Beberapa Kekeliruan Memahami Pernikahan (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Pustaka Progresif- Jakarta
  • 2004 - Nikah Siapa Takut...!? (Judul asal: Akhta’ fi Mafhum az-Zawaj), karangan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, terbitan Penerbit Ailah- Jakarta
  • 2004 - Indahnya Seks Setelah Menikah (Judul asal : Syahr al-‘Asal bila Khajal), karangan Dr. Aiman Al-Husaini, terbitkan Pustaka Progresif, Jakarta.

Karya buku sunting

  • 2019 - Sejarah Hidup Nabi Muhammad SAW: Perjalanan Dakwah, Isra' Mikraj, hingga hari-hari terakhirnya., terbitan Mutiara Media
  • 2018 - Islam itu Mudah, terbitan Pro-U Media
  • 2018 - 32 Naskah Khutbah: Kumpulan Khotbah Jumat, Idul Fitri & Idul Adha, bersama Para Asatizah Tafaqquh, terbitan Tafaqquh Media
  • 2018 - Ustadz Abdul Somad Menjawab, dikumpulkan oleh Agus Wahyudi, terbitan Mutiara Media
  • 2018 - Ustadz Abdul Somad Tentang Wanita, terbitan Mutiara Media
  • 2018 - Amalan Yang Paling Dicintai Allah, terbitan Zikrul Hakim
  • 2017 - Bidah Hasanah Sebuah Pendekatan Baru, bersama Ustaz Muhammad Idrus Romli, terbitan
  • 2014 - 37 Masalah Populer, terbitan Tafaqquh Press
  • 2013 - 77 Tanya Jawab Seputar Shalat, terbitan Tafaqquh Press
  • 2009 - 99 Tanya Jawab Seputar Shalat, terbitan Penerbit Tafaqquh
  • 2009 - 33 Tanya Jawab Seputar Qurban, terbitan Tafaqquh Press

Lihat pula sunting

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Dosen Fakultas Ushuluddin - Perguruan Tinggi Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (Pensyarah Fakulti - Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau)" (dalam bahasa Indonesia). Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-08. Dicapai pada 2017-12-11.
  2. ^ https://joglosemar.radarcirebon.com/beredar-formulir-persetujuan-calon-pengantin-antara-ustaz-abdul-somad-dengan-fatimah-az-zahra-salim-barabud/
  3. ^ "ABDUL SOMAD BATUBARA, LC., D.E.S.A., TOKOH". encyclopedia.jakarta-tourism.go.id. Dicapai pada 2020-11-24.
  4. ^ "Makna Silaturahim UAS ke Tiga Tokoh Sepuh NU". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2019-02-11. Dicapai pada 2020-11-24.
  5. ^ "Kisah Syekh Silau Laut, Ulama Besar Kakek Ustaz Somad". Sindonews.com (dalam bahasa Indonesia). 2017-12-29. Dicapai pada 2020-11-24.
  6. ^ https://www.youtube.com/watch?v=NFm4Y2blyXU&t=67s&ab_channel=FodamaraTV
  7. ^ Abdurrahman, Muhammad Sufyan. "Mengenal Dakwah Digital Ustadz Abdul Somad Pekanbaru". detiknews. Dicapai pada 2017-09-13.
  8. ^ "Ustadz Abdul Somad dan Media Sosial dalam Dakwah - dakwatuna.com". dakwatuna.com (dalam bahasa Indonesia). 2017-06-22. Dicapai pada 2017-09-13.[pautan mati kekal]
  9. ^ "Ulama Dibidik; Giliran Ustadz Abdul Somad Lc Akan Dipolisikan Karena Ceramah Ini... - Ngelmu". www.ngelmu.id (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-17. Dicapai pada 2017-09-13.
  10. ^ "Ustad Abdul Somad, Ternyata Seperti Inilah Aslinya!". Jonru Ginting (dalam bahasa Indonesia). 2017-08-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-13. Dicapai pada 2017-09-13.
  11. ^ https://suaraislam.id/uas-diangkat-jadi-visiting-professor-di-unissa-brunei/
  12. ^ https://riaupos.co/221941-berita-ustaz-abdul-somad-dapat-gelar-profesor-di-brunei.html
  13. ^ "'UAS adalah Dai Moderat yang Selalu Utamakan Persatuan'". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2019-08-22. Dicapai pada 2021-03-20.
  14. ^ "Ustaz Abdul Somad, Sang Moderat dari Bumi Melayu". Sindonews.com (dalam bahasa Indonesia). 2017-12-31. Dicapai pada 2021-03-20.
  15. ^ Garjito, Dany (11 Agustus 2020). "Profil Ustaz Abdul Somad Lengkap, dari Pendidikan hingga Karier yang Moncer". Suara.com. Dicapai pada 19 Feb 2021. Check date values in: |date= (bantuan)
  16. ^ Purnomo, Sapto (2019-12-10). Anggie, Hernowo (penyunting). "Ustad Abdul Somad Bercerai, Mantan Istri: Genderang Itu Telah Tuan Tabuh". Liputan6.com. Dicapai pada 2022-03-22.
  17. ^ Rosa, Dinar Firda (2022-02-25). "Ustadz Abdul Somad dan Sang Istri Umumkan Nama Anak, Ternyata Ini Makna di Baliknya". Pikiran-Rakyat.com. Dicapai pada 2022-03-22.
  18. ^ "Pengurus FPI di Pekanbaru Ditangkap, Begini Respons Ustaz Abdul Somad". 8 December 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2022. Dicapai pada 21 May 2022.
  19. ^ "The FPI Islamic extremist movement is outlawed". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-30. Dicapai pada 2022-05-21.
  20. ^ detikhot, tim. "Wikipedia Ustaz Abdul Somad Diedit, Tertulis Memperbolehkan Bom Bunuh Diri". detikhot (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-06-16. Dicapai pada 2022-06-16.
  21. ^ UAS – Corona adalah Tentara Allah (dalam bahasa Indonesia), dicapai pada 2022-05-20
  22. ^ Gunadha, Reza (2020-02-29). "Klaim UAS: Virus Corona Adalah Tentara Allah, Pelindung Muslim Uighur". Suara.com. Dicapai pada 2022-05-20.
  23. ^ Rizki, Dwi (2020-03-06). "Ustadz Abdul Somad Jelaskan Wabah Virus Corona Menjadi Berkah Bagi Umat Beriman, Setara Mati Syahid". Tribunnews.com. Dicapai pada 2022-05-20.
  24. ^ Chelvan, Vanessa Paige (2022-05-17). "Indonesian preacher Abdul Somad Batubara, known for 'extremist and segregationist' teachings, denied entry into Singapore: MHA". Channel News Asia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-18. Dicapai pada 2022-05-18.
  25. ^ Viral‼️Singapura Deportasi UAS | Full Wawancara dengan Ustadz Abdul Somad (dalam bahasa Indonesia), dicapai pada 2022-05-21
  26. ^ Nabila, Ifa (2022-05-18). "Ustaz Somad Sebut Bangsa Melayu Bisa Berkuasa, UAS: Mesti Rebut Singapura, Biar Tahu Rasa". Tribunnews.com. Dicapai pada 2022-05-21.
  27. ^ "Social media accounts of govt leaders, agencies spammed by supporters of Indonesian preacher denied entry into Singapore". TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-21.
  28. ^ "Massa Pendukung UAS Geruduk Kedubes Singapura Hari Ini". CNN Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2022-05-20. Dicapai pada 2022-05-20.
  29. ^ Mutiara, Dian Anditya (2022-05-20). "Aksi Bela Ustadz Abdul Somad hingga Ancam Usir Dubes Singapura dari Indonesia". Tribunnews.com. Dicapai pada 2022-05-20.
  30. ^ Lim, Vanessa (23 May 2022). "Threats mentioning 9/11 attacks made against Singapore by Indonesian preacher's supporters: Shanmugam". CNA. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 May 2022. Dicapai pada 23 May 2022.
  31. ^ Noviansah, Wildan (2022-05-20). "Mobil Sound Rusak karena Hujan, Pendukung UAS Bubar dari Kedubes Singapura". detikcom (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-05-20.
  32. ^ "Wawancara tvOne Soal Isu Deportasi Singapura, UAS: Saya Datang Untuk Jalan-jalan | Catatan Demokrasi". YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-31. Dicapai pada 2022-06-16.
  33. ^ Liputan6.com (2022-05-18). "6 Negara yang Pernah Tolak Kehadiran Ustaz Abdul Somad, Terbaru Singapura". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-19. Dicapai pada 2022-05-22.
  34. ^ shodiq01 (2020-01-30). "UAS Diangkat Jadi 'Visiting Professor' di UNISSA Brunei". SUARAISLAM.ID (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-02-03.
  35. ^ Nurhayati, Nunuy (2020-01-30). "Ustad Abdul Somad Dapat Gelar Profesor dari Brunei Darussalam". Tempo (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-03.
  36. ^ detikcom, Tim. "Ustaz Abdul Somad Raih Gelar Anugerah Imam dari Kesultanan Sambas". detikhot (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-02-03.
  37. ^ http://aceh.tribunnews.com/2018/02/20/resmi-ustaz-abdul-somad-terima-gelar-adat-datuk-seri-ulama-setia-negara
  38. ^ Priyanto, Dedik (2018-04-13). "Ustad Somad Dianugerahi Tokoh Perubahan Republika 2017". Islami[dot]co (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-03.
  39. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-15. Dicapai pada 2019-01-15.
  40. ^ https://www.malaysiakini.com/news/460214
  41. ^ "Abdul Somad dilantik Profesor Adjung UMS". Sabah Media. 2024-01-30. Dicapai pada 2024-02-03.
  42. ^ Korporat, Admin (2024-02-03). "Lebih 50,000 Rakyat Meriahkan Program Indahnya Hidup Bersyariat". www.terengganu.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-03.