Mohammad Kazim Elias

(Dilencongkan dari Ustaz Kazim Elias)

Dato' Ustaz Mohammad Kazim Elias (lahir 28 November 1972) ialah seorang penceramah bebas[1] dan personaliti media Malaysia. Ceramah beliau banyak dimuat naik ke YouTube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Dato Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latar belakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah Diarkibkan 2021-01-18 di Wayback Machine iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Dato Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.


Kazim Elias

PMW DPMP(Perak)
Dato Ustaz Kazim Elias ketika menyampaikan ceramah agama pada 2013
Kelahiran
Mohammad Kazim bin Elias

(1972-11-28) 28 November 1972 (umur 51)
Kampung Paya, Batu Kurau, Mukim Selama, Perak, Malaysia
PendidikanMaahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak
PekerjaanPengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Ustaz, Pendakwah Bebas
Terkenal keranaPusat Pendidikan Al Barakah, Forum Perdana Ehwal Islam, Kalau Dah Jodoh, Tanyalah Ustaz, Perak FM
Ibu bapaNazirah binti Ismail
Elias bin Che Mat
SaudaraYB Dato' Haji Mohd Najmuddin Elias (Abang)
Ahmad Hasbullah Alias (Abang)
Laman web rasmiPusat Pendidikan Al Barakah
Ustaz Mohd Kazim Elias

Latar belakang sunting

Dato Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias dilahirkan di Kampung Paya, Batu Kurau, daerah Selama, Perak pada 28 November 1972. Beliau merupakan anak ke-7 dari dari 9 adik-beradik kepada pasangan Elias Bin Che Mat dan Nazirah Binti Ismail iaitu seorang guru agama di sekolah di Batu Kurau. Bapanya juga seorang guru agama meninggal dunia ketika beliau berusia 8 bulan. Menurut salasilah keluarga, kedua-kedua datuk dan neneknya juga merupakan guru agama yang aktif di daerah Batu Kurau sekitar awal tahun 1900. Dato Ustaz Kazim juga merupakan adik kepada YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin bin Elias, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.[perlu rujukan]

Pendidikan sunting

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Toh Sajak, Batu Kurau Perak. Kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Felda Gunung Besout 1, Sungkai, Perak apabila ibunya ditukarkan ke Sungkai. Menyambung persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Besout di Felda Gunung Besout 1. Disini lagi beliau telah menunjukkan ciri ciri kepimpinan apabila dilantik menjadi pengawas dan ketua pelajar dan juga mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama melalui buku-buku yang diperoleh dari perpustakaan sekolah. Oleh kerana minatnya yang mendalam di dalam bidang agama, beliau telah memohon dan berjaya memasuki Sekolah Agama Syubbaniah, Batu Kurau selepas tingkatan 5 dan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian menyambung pembelajarannya di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Negeri Perak di Masjid Negeri Perak sehingga mendapat Diploma Tahfiz Al Quran.

Kerjaya sunting

Setelah menamatkan pengajian di Maahad Tahfiz Al Quran & Qiraat Masjid Negeri Perak, beliau mula mengajar sebagai guru sapel di Maahad Tahfiz Al Quran Addin, Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak pada tahun 1993. Disamping itu juga beliau telah dijemput untuk menjadi pensyarah di Pusat Perkhidmatan Keluarga Cawangan Negeri Perak iaitu pusat kaunselling keluarga pada tahun 1994. Di pusat inilah beliau mula didedahkan dengan pelbagai karenah dan permasalahan keluarga. Namun walaupun dalam usianya yang muda itu, pendekatan rohaniah dan agama yang digunakan beliau mampu untuk menyelesaikan isu & masalah keluarga dan melalui kejayaannya disitu, beliau telah dilantik untuk menjadi pengarah bagi pusat kaunselling tersebut pada tahun 1996. Selain itu juga beliau adalah merupakan Imam untuk Masjid Al Aulia yang terletak di jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak sehingga tahu 2001.

Walaupun telah bermula berdakwah pada awal tahun 1990 secara kecil kecilan di surau-surau dan madrasah, namun kegiatan dakwahnya mula mendapat sambutan yang luas apabila menubuhkan sebuah pusat dakwah yang diberi nama Sedaya Irham pada tahun 2001. Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan pusat itu juga mula berjinak dalam dunia perniagaan dimana beliau telah mula menjual produk-produk kesihatan dan keperluan muslim di pusat operasi Sedaya irham di Jalan Tun Abdul Razak Ipoh. Sedaya Irham dan nama Dato Ustaz Kazim mula mendapat perhatian masyarakat yang tertarik dengan ceramah dan hala tuju pusat kelolaannya itu. Atas kesungguhan beliau mengurus tadbir Sedaya Irham dan kekuatan usahanya untuk meluaskan syiar Islam, beberapa penduduk yang prihatin dengan perjuangan Dato Ustaz Kazim dan bersama ustaz telah menubuhkan sebuah pusat pendidikan Islam di sebuah lokasi di Kg Manjoi Ipoh Perak yang dinamakan Pusat Pendidikan Al Barakah pada tahun 2005.

Pusat Pendidikan Al Barakah sunting

Atas sambutan orang ramai yang berminat untuk mendalami ilmu agama maka pada tahun 1995, Al Fadhil Dato Ustaz Mohd Kazim telah mengambi inisiatif untuk membuka kelas pengajian kepada orang ramai di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Maxwell, Ipoh. Apabila jumlah pelajarnya semakin bertambah, maka Dato Ustaz Mohd Kazim telah berpindah ke rumah kedai dua tingkat yang lebih besar di Silibin di bawah nama Sedaya Irham.

Sewaktu di sini jumlah pelajar yang mengikuti kelas pengajian semakin bertambah dan bagi menampung jumlah permintaan tersebut maka tercetusnya idea untuk mambangunkan sebuah pusat pendidikan. Berkat bantuan Allah SWT, pada tahun 2004 melalui satu lelongan awam di Mahkamah Ipoh, sebidang tanah telah dapat dibeli dengan harga RM 45,000. Di tanah lot beralamat 61083, Jalan Pemimpin, Kg Manjoi, Makam Ulu Kinta, Perak didirikan bangunan Pusat Pendidikan Al Barakah yang pertama. Pusat Pendidikan Al Barakah ini didirikan hasil dari sumbangan wakaf orang ramai.

Kerja-kerja pecah tanah telah dibuat pada 2005 dan Penaung Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu Dato' Kapt (B) Haji Najimuddin bin Elias Al Hafiz telah merasmikan majlis perletakan batu asas Pusat Pendidikan Al Barakah. Bagi membangunkan fasa 1 pusat ini,bangunan seperti surau dan pondok moden berjumlah sebanyak 52 buah telah didirikan. Alhamdulillah pada 21 Oktober 2006, Majlis Perasmian Pusat Pendidikan Al Barakah telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak pada ketika itu, iaitu YAB Dato' Seri Diraja Tajol Rosli bin Tan Sri Ghazali.

Semenjak itu Pusat Pendidikan Al Barakah terus berkembang dengan pesat. daripada memiliki sebidang tanah kini Pusat Pendidikan Al Barakah telah memiliki 6 bidang tanah yang terletak berhampiran di antara satu sama lain. Kini dalam usia empat tahun Pusat Pendidikan Al Barakah telah mempunyai kelas pengajian yang dibahagikan kepada 3 iaitu pengajian dewasa, KAFA dan Pengajian Tahfiz. Bagi Kelas Pengajian Dewasa sahaja, jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 500 orang dan Kelas Agama Albarakah (SRAR) pula mempunyai 400 orang murid bagi kelas sesi pagi dan petang.

Pusat Pendidikan Al Barakah kini telah membangun dan mengubahsuai dewan besar sedia ada yang sekarang boleh menampung lebih dari 400 orang di mana kelas pengajian dewasa dijalankan, surau yang boleh memuatkan 300 orang jemaah dalam satu-satu masa, bangunan pentadbiran, Sekolah Agama Al Barakah dan pondok moden. Jumlah pondok juga telah bertambah dari 52 ke 80 buah.[perlu rujukan]

Kurniaan Darjah Kebesaran sunting

Datuk Ustaz Kazim menerima anugerah Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama 71 individu lain sempena Hari Wilayah Persekutuan hari 1 Feb 2015.[2] Datuk Mohamad Kazim Elias dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 1437 peringkat negeri Perak pada sambutan Maal Hijrah pada 14 Oktober 2015.

Diskografi sunting

  • Salawat 1442 (feat. Tuju K-Clique & Tyco) (2020)

Filemografi sunting

Filem sunting

TV dan radio sunting

  • Manisnya Cinta DUKE - Astro Oasis
  • Kalau Dah Jodoh - Astro Oasis
  • Pencetus Ummah (Juri) - Astro Oasis
  • Forum Perdana - TV1
  • Salam Ramadhan - TV1
  • 30 Minit Ustaz Kazim Elias - TV Alhijrah
  • Apa Cerita Kome? - TV Alhijrah
  • Kopi Bersama Ustaz Kazim - TV9
  • Tanyalah Ustaz - TV9
  • Halaqah - TV9
  • Da’i Pendakwah Milenia Musim-3 (Mursyid) - TV3
  • Da’i Pendakwah Nusantara 2016 (Ketua Mentor) - TV3
  • In Person Datuk Ustaz Kazim Elias - TV3
  • Al Kuliyyah - TV3
  • 1001 Persoalan Bersama Ustaz Kazim 2014 - Tonton
  • Perak FM
  • Kafe DUKE - TV3
  • MeleTOP - Astro Ria
  • Malaysia Hari Ini - TV3
  • Salam Baitullah - TV1

Bibliografi sunting

Buku dan rencana sunting

 
Doa dan penawar ISBN 978-967-0526-02-3

Videografi sunting

Mempunyai ratusan ceramah yang dirakamkan dan dijual di seluruh Malaysia. CD ceramahnya boleh di dapati di Alias Salam.

Tajuk terkenal sunting

  • Isi Neraka
  • Dosa Wanita
  • Hubungan Suami Isteri
  • Adinda Kekanda
  • Isteriku Sayang
  • Lelaki Dayus
  • Doa Anak yang Soleh

Senarai Penuh VCD Datuk Ustaz Kazim sunting

Senarai VCD dalam kategori Kuliah Umum sunting

  • Fitnah
  • Generasi Al-Quran vol 1&2
  • Memberi maaf membawa ke syurga vol 1&2
  • Di gigit jin
  • Dinasour
  • Rasulullah pemuda yang amanah
  • Artis
  • Bulan purnama penuh
  • Hukum zakat, Cerai dan edah
  • Peniaga penipu vol 1&2
  • Hukum dan adab bersalam (keluarga 96 vol 1&2)
  • Kemerduan Al-quran vol 1&2
  • Dari batu kurau ke kampung potong tangan
  • Marah tabiat anak adam
  • Ibu mertua vol 1&2
  • Godaan syaitan vol 1&2
  • Ibadat tuhan
  • Rahsia
  • Bila kita ada ayah dan ibu
  • Ilmu dan kepentingannya vol 1&2
  • Mengutamakan ilmu
  • Kelahiran nabi s.a.w vol 1&2
  • 6 jahanam 2 vol 1&2
  • Akhlak yang baik vol 1&2
  • Ketinnggian darjat vol 1&2
  • Panduan solat & bertayamun bagi pesakit vol 1 & 2
  • Mimpi laila vol 1&2
  • Rendahkan suara dengan rasulullah
  • Kerana lidah vol 1&2
  • Memandai-mandai mengubah hukum hak ciptaan Allah
  • Fasiq
  • Siasat sebelum sah fasiq

Senarai VCD dalam huraian kitab MUINUL MUBIN sunting

  • Bersuci dari hadas
  • Makanan yang dikira bangkai
  • Najis mukhafafah, mutawasitah dan mughallazah
  • Niat berwuduk
  • Cara-cara berwuduk
  • Membasuk tangan, kepala dan kaki
  • Sunat-sunat berwuduk
  • Bersugi
  • Hilang akal
  • Perkara yang membatalkan wuduk
  • Mandi junub
  • Fardhu fardhu mandi
  • Jenis-jenis mandi sunat
  • Cara sembahyang ketika peperagan dan bertayammum
  • Darah haid

Senarai VCD dalam huraian kitab IHFAZILLAH YAHFAZKA sunting

  • Riak dalam ibadat
  • Membudayakan Al-Quran
  • Seruling Nabi Daud
  • Zuhud
  • Hamba dunia
  • Bersangka baik
  • Bida’ah
  • Ciptaan Allah
  • Al-baqarah penyembuh penyakit
  • 6 jahanam
  • Hidayah
  • Ciri-ciri taqwa
  • Beriman kepada yang ghaib
  • Bersedekah
  • 3 golongan yang awal masuk neraka
  • Mengenal sifat wali Allah
  • Benci dan sayang kerana Allah
  • Tidak menyimpan perasaan hasad (dengki)
  • Menyempurnakan ibadat wajib dan sunat
  • Mencegah kemungkaran
  • Mencintai kaum muslimin
  • Bercakap benar
  • Orang2x yang bertaqwa dan sengsara
  • Nabi Ibrahim berhujah dengan Namrud
  • Otak Namrud diserang serangga
  • Nabi Musa & Firaun
  • Berlemah lembut dalam berdakwah
  • Makanan pertama ahli syurga
  • Nabi palsu
  • Mati dalam keadaan baik
  • Siapa wali Allah
  • Iman Sayidina Abu Bakar

Senarai VCD dalam kategori KITAB MUHIMMAH sunting

  • 10 golongan yang tidak di terima solatnya
  • Aurat wanita
  • Isi neraka
  • Dosa wanita
  • Syurga untuk wanita yang mentaati suami
  • Hubungan suami isteri
  • Menjaga adab bertandang kerumah
  • Kebinasaan pada laki-laki yang berkahwin
  • Pilih laki-laki yang beragama
  • Adinda kekanda
  • Isteriku sayang
  • Cemburu
  • Mata yang dibakar
  • Lelaki dayus
  • 18 golongan yang tidak di terima amalannya
  • Bomoh
  • Mengadu domba
  • Doa anak yang soleh
  • Pimpinlah tanga ibu bapa masuk ke syurga
  • Seronoknya berkahwin
  • Tackle hati isteri
  • Sabar dengan kerenah isteri
  • Kahwinlah perempuan kerana agamanya
  • 8 golongan perempuan yang jangan di jadikan isteri
  • Beristeri dua
  • Menyambung hubungan kekeluargaan

Senarai VCD huraian kitab Hidayatul Mutafakkirin (tauhid) sunting

  • 1. Sifat-sifat Allah
  • 2. Doa Hizbul A’zam
  • 3. Hukum Allah
  • 4. Menyekutukan Allah
  • 5. Qudrat tuhan
  • 6. Iradat tuhan
  • 7. Ilmu Allah
  • 8. Hidupnya Allah dengna ilmu
  • 9. Bagaimana Yahudi menakluki kita
  • 10. Kekuasaan Allah
  • 11. 6 cara jin merosakkan manusia
  • 12. Kalam nafsi kalam lafzi
  • 13. Punca kesesatan
  • 14. Mendakwa melihat Allah hukumnya kafir
  • 15. Kesombongan jahiliyah
  • 16. Harus bagi Allah
  • 17. Mumkinat (fitrah)

Senarai VCD dalam huraian kitab Bahrul madzi jilid 15 sunting

  • 1. Pemimpin yang zalim - Firaun, Namrud dsbnya.
  • 2. Harta BM 15-02
  • 3. Fitnah wanita
  • 4. Ulama bisu
  • 5. 6 nikmat dunia
  • 6. Marah tabiat anak adam
  • 7. Genggam bara api
  • 8. Peristiwa selepas kewafatan Rasullulah
  • 9. Pagi-pagi beriman petang-petang kafir
  • 10. Bala turun daripada bumbung
  • 11. Berbuat ibadat semasa dalam keadaan huru-hara
  • 12. Tanda-tanda qiamat
  • 13. Zina
  • 14. Arak
  • 15. Mengikut hawa nafsu isteri
  • 16. Derhakakan ibu dan ayah mustahik (berhak) turun bala
  • 17. Perempuan joget
  • 18. Cari redha Allah
  • 19. Kiamat hampir tiba
  • 20. Dajjal
  • 21. 100 tahun dari kurun ke kurun
  • 22. Daulat tuanku
  • 23. Jaga kalam Allah
  • 24. Politik
  • 25. Imam-iman yang menyesatkan
  • 26. Imam Mahdi
  • 27. Turunnya Nabi Allah Isa
  • 28. Zahirnya dajjal

Rujukan sunting

Pautan luar sunting