Utumutiraja atau 'Timuturaja' ( ? -1511) ialah saudagar keturunan Jawa dan menjadi penghulu masyarakat Melaka keturunan Jawa di kawasan Upeh, Melaka. Beliau seorang yang bersikap oportunis (lekas mengambil peluang) dan pembelot, dia telah berbaik-baik dengan orang Portugis yang telah ditahan di Melaka kerana didapati mengintip kekuatan tentera dan pertahanan Melaka. Malah seorang daripada wanita Jawa di kawasannya telah bercinta dengan salah seorang pengintip Portugis itu.

Apabila mereka ditangkap dan dipenjarakan, wanita Jawa tersebut telah berenang ke kapal Lopez de Squiera, ketua orang Portugis , dan memberitahunya tentang peristiwa itu. Tindakan itu telah membolehkan de Squiera dan beberapa orang pengikutnya melarikan kapalnya dan belayar ke Goa, Barat laut India untuk memberitahu kapten Alfonso de Albuquerque tentang peristiwa penangkapan tersebut.[1]

Seorang lagi pembelot pada masa Portugis menyerang Melaka 1511 ialah Nina Chatu atau 'Nina Chetu'. Nina Chatu ialah penganut agama Hindu, seorang saudagar India yang telah banyak meringankan penderitaan Auraujo dan rakan-rakan banduan di Melaka. Menurut buku 'Albuquerque: Caesar Timur' (1995:129) beliau telah dilantik menjadi Syahbandar bagi saudagar-saudagar Hindu oleh Albuquerque pada tahun 1511 dan membunuh diri pada tahun 1514. Nina Chatu dan orang-orangnya berperanan dalam menyeludup surat-surat Auraujo semasa Auraujo dalam penjara. Pengkhianatan Nina Chatu sememangnya tidak dijangka oleh Sultan Melaka memandangkan Nina Chatu merupakan saudagar yang amat rapat hubungannya dengan Sultan Ahmad.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Utimutiraja
  2. ^ Albuquerque: Caesar Timur' (1995:129)