V. T. Sambanthan

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari V.T Sambanthan)

Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 – 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia.


V. T. Sambanthan

SSM, PMN
Menteri Perpaduan Negara
Dalam jawatan
1970–1973
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehNapsiah Omar
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sungai Siput
Dalam jawatan
1971 – 30 Jun 1973
Didahului olehParlimen Malaysia dibuka semula
Digantikan olehDatuk Seri S. Samy Vellu
Dalam jawatan
1963–1969
Didahului olehParlimen Malaysia ditubuhkan
Digantikan olehParlimen dibubarkan
Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom
Dalam jawatan
1959–1970
Didahului olehSardon Jubir
Digantikan olehSardon Jubir
Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
1957–1959
Didahului olehLeong Yew Koh
Digantikan olehOng Yoke Lin
Menteri Buruh
Dalam jawatan
1955–1957
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehOng Yoke Lin
Anggota Parlimen Malaya
untuk Sungai Siput
Dalam jawatan
27 Julai 1955 – 1963
Didahului olehParlimen Malaya ditubuhkan
Digantikan olehParlimen Malaya dibubarkan
Presiden Kongres India Malaysia ke-5
Dalam jawatan
Mei 1955 – 30 Jun 1973
Didahului olehK. L. Devaser
Digantikan olehTan Sri V. Manickavasagam Pillai
Butiran peribadi
Lahir(1919-06-16)16 Jun 1919
Sungai Siput, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia18 Mei 1979(1979-05-18) (umur 59)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikKongres India Malaysia (MIC)
PasanganToh Puan Umasundari Sambanthan
Anak-anakDeva Kunjari
Alma materUniversiti Annamalai
PekerjaanPengerusi MIC
Menteri di dalam Kabinet Malaysia

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti.

Politik sunting

Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

Pilihan raya 1959 sunting

Sebagai ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia, beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Sungai Siput, negeri Perak (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Meninggal dunia sunting

Pada tahun 1973, Sambanthan meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1979, akibat penyakit jantung. Bagi mengenang jasanya kepada negara, jalan Brickfields di Brickfields, Kuala Lumpur ditukar kepada Jalan Tun Sambanthan sejak 1982. Serta, Monorel Kuala Lumpur juga ada nama stesen sempena namanya Tun Sambathan, iaitu Stesen Monorel Tun Sambanthan