Tan Sri Dato' Seri V. Manickavasagam (4 Oktober 1926 – 12 Oktober 1979) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Presiden Kongres India Malaysia (MIC) ke-6 (1973-1979).


V. Manickavasagam

PMN; SPMS (Selangor); JMN; PJK (Selangor)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Klang, Selangor
Dalam jawatan
1971–1974
Didahului olehParlimen dibubarkan
Digantikan olehNg Cheng Kiat
Dalam jawatan
1963–1969
Didahului olehParlimen Malaysia ditubuhkan
Digantikan olehParlimen dibubarkan
Anggota Parlimen Malaya
untuk Klang, Selangor
Dalam jawatan
1959–1963
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehParlimen Malaya dibubarkan
Presiden
Kongres India Malaysia
Dalam jawatan
1973–1979
Didahului olehV. T. Sambanthan
Digantikan olehSamy Vellu
Butiran peribadi
Lahir4 Oktober 1926
Selangor Klang, Selangor
Meninggal dunia12 Oktober 1979(1979-10-12) (umur 53)
PekerjaanBekas Ahli Parlimen

Pilihan raya 1959 sunting

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Klang, negeri Selangor (1958-1964).

Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Pilihan raya 1978 sunting

Beliau memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan parlimen Pelabuhan Klang,Selangor.

Di bawah kepimpinannya sebagai Presiden Kongres India Malaysia , MIC diatur semakin kukuh dan berupaya menangani isu yang lebih besar. Di bawah kepimpinannya MIC sebagai ahli Parti Perikatan membentuk Barisan Nasional. Ia turut menganjur Nesa Multipurpose Cooperative dan MIC Unit Trust sebagai sabahagian pembabitan ekonominya dan turut menubuhkan Tabung Pendidikan MIC bagi anak-anak ahli dan Malaysian Indian Scholarship bagi pendidikan lanjutan termasuk menubuhkan Institute bagi melatih kaum India dalam kemahiran teknikal dan perdagangan.

Meninggal dunia sunting

Tan Sri Dato' Seri V. Manikavasagam meninggal dunia pada 12 Oktober 1979 akibat sakit jantung. Beliau digantikan oleh Dato Seri S. Samy Vellu. Bagi menghargai jasa-jasa beliau, ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur dinamakan Menara Manickavasagam. Di Semenyih pula, sebuah taman perumahan dinamakan Taman Manickavasagam.


Penyandang Terdahulu Presiden Kongres India Malaysia
1973–1979
Penyandang Kemudian
Tun V.T Sambanthan Dato Seri S. Samy Vellu

Pautan luar sunting