Buka menu utama

Tan Sri Dato' V. Manickavasagam merupakan ahli politik Perikatan/ MIC di Malaysia. Beliau merupakan Presiden MIC ("Kongres India Se-Malaysia") yang ke-6 (1973-1979) .

Yang Berhormat
V. Manickavasagam
Ahli Parlimen
untuk Klang, Selangor
Butiran peribadi
LahirSelangor Klang, Selangor
PekerjaanBekas Ahli Parlimen


Isi kandungan

Pilihan raya 1959Sunting

Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Klang, negeri Selangor (1958-1964).


Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957. Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat , bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Malaysia. Kerusi Parlimen bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Perikatan menang 74 kerusi dan pembangkang menang 30 kerusi.

Pilihan raya 1978Sunting

Beliau memenangi Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan parlimen Pelabuhan Klang,Selangor. Perdana Menteri Malaysia ketika itu , Tun Hussein Onn melantik beliau menjadi Menteri Pengangkutan.


Di bawah kepimpinannya sebagai Presiden Kongres India Se-Malaysia , MIC diatur semakin kukuh dan berupaya menangani isu yang lebih besar. Di bawah kepimpinannya Kongres India Se-Malaysia sebagi ahli Parti Perikatan membentuk Barisan Nasional. Ia turut menganjur Nesa Multipurpose Cooperative dan MIC Unit Trust sebagai sabahagian pembabitan ekonominya dan turut menubuhkan Tabung Pendidikan MIC bagi anak-anak ahli dan Malaysian Indian Scholarship bagi pendidikan lanjutan termasuk menubuhkan Institute bagi melatih kaum India dalam kemahiran teknikal dan perdagangan.

Meninggal duniaSunting

Tan Sri Dato' Seri V. Manikavasagam meninggal dunia pada 12 Oktober 1979 akibat sakit jantung Beliau digantikan oleh Dato Seri S. Samy Vellu. Bagi menghargai jasa-jasa beliau, ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur dinamakan Menara Manickavasagam. Di Semenyih pula , sebuah taman perumahan dinamakan Taman Manickavasagam.


Penyandang Terdahulu Presiden Kongres India Se-Malaysia
1973–1979
Penyandang Kemudian
Tun V.T Sambanthan Dato Seri S. Samy Vellu

Pautan luarSunting