Va'aletoa Sualauvi II

Tui A'ana Tuimalealiifano Va'aleto'a Eti Sualauvi II (diputerakan 29 April 1947)[1] ialah seorang ahli politik Samoa yang kini O le Ao o le Malo (ketua negara) Samoa, menjawat sejak tahun 2017. Baginda dikurniakan gelaran Tama'aiga diraja Tuimaleali'ifano pada bulan Julai 1977, satu daripada empat gelaran agung di Samoa.[2][3] Gelaran lainnya Tui A'ana (Raja A'ana).

Va'aleto'a Sualauvi II
O le Ao o le Malo Samoa
Memegang jawatan
21 Julai 2017
Perdana MenteriTuilaepa Aiono Sailele Malielegaoi
Didahului olehTufuga Efi
Dalam jawatan
11 Mei 2007 – 20 Jun 2007
Pemangku
Berkhidmat bersama Tufuga Efi
Perdana MenteriTuilaepa Aiono Sailele Malielegaoi
Didahului olehTanumafili II
Digantikan olehTufuga Efi
Butiran peribadi
LahirVa'aleto'a Eti Sualauvi II
(1947-04-29) 29 April 1947 (umur 76)
Parti politikBebas
PasanganMasiofo Fa'amausili Leinafo
Alma materUniversiti Kebangsaan Australia
Maktab Teologi Malua

Biografi sunting

Tui A'ana Tuimaleali'ifano Va'aleto'a Eti Sualauvi II ialah seorang ahli dinasti Tuimaleali'ifano. Baginda mengahwini Masiofo Faamausili Leinafo Tuimalealiifano.

Baginda ialah cicinda salah satu pemimpin gerakan Mau, Tuimaleali'ifano Fa'aoloi'i Si'ua'ana, dan cicinda saudara satu-satunya Ahli Majlis Timbalan (1962–1974), Tuiaana Tuimaleaiifano Suatipatipa II.[4] Baginda bekerja sebagai seorang polis, peguam dan sebelum ini Ketua Inspektor Polis Samoa dan guru sekolah menengah. Baginda dahulu pegawai polis di New Zealand selama tiga tahun. Baginda juga berkhidmat sebagai pembela awam, pemegang amanah raya, dan barrister dengan peguam cara di Mahkamah Agung Samoa.

Baginda paderi pegawai gereja dan pengkhutbah bukan paderi bagi Gereja Kristian Jemaah Samoa di kampung Matautu Falelatai. Baginda telah menyampaikan khutbah di Australia dan New Zealand bagi Gereja Jemaah Kristian Samoa. Baginda ahli Majlis Timbalan kepada Ketua Negara dari tahun 1993 hingga 2001 dan sejak tahun 2004.[5] Baginda menangkat sumpah sebagai O le Ao o le Malo pada 21 Julai 2017.[6] Pada tahun 2019, baginda menjadi tuan rumah lawatan Presiden Russell M. Nelson dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.[7]

Pendidikan sunting

Tuimaleali'ifano mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Australia dan Diploma dalam Kajian Teologi dari Maktab Teologi Malua.

Rujukan sunting

  1. ^ "Tui A'ana Tuimaleali'ifano Va'aleto'a Sualauvi II". Kerajaan Samoa. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-13. Dicapai pada 5 July 2017.
  2. ^ "New head of state for Samoa". Radio NZ. Dicapai pada 6 July 2017.
  3. ^ "Tuimaleali'ifano Va'aleto'a Sualauvi II, is Samoa's fourth Head of State". Samoa Observer. 5 July 2017. Dicapai pada 5 July 2017.
  4. ^ "Genealogy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-31. Dicapai pada 2020-04-17.
  5. ^ "Tui A'ana Tuimaleali'ifano Va'aleto'a Sualauvi II, is Samoa's fourth Head of State". Samoa Observer. 5 July 2017. Dicapai pada 5 July 2017.
  6. ^ Samoa Planet[pautan mati kekal]
  7. ^ Mayron, Sapeer. "Head of State greets President Nelson of the Church of Jesus Christ of the Latter Day Saints", Samoa Observor, 18 May 2019. Retrieved on 23 March 2020.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Tanumafili II
O le Ao o le Malo Samoa
Pemangku

2007
Berkhidmat bersama: Tufuga Efi
Diikuti oleh:
Tufuga Efi
Didahului oleh
Tufuga Efi
O le Ao o le Malo Samoa
2017–kini
Pemegang jawatan kini