Buka menu utama

Maha Vajiralongkorn

Raja Thailand
(Dilencongkan dari Vajiralongkorn)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Maha Vajiralongkorn, diputerakan pada 28 Julai 1952, ialah Raja Thailand sejak 13 Oktober 2016. Sebagai raja ke-10 dalam Dinasti Chakri, baginda digelar sebagai Rama X.

Maha Vajiralongkorn
King Rama X official (crop).png
Raja Thailand
Raja Rama X
Pemerintahan 13 Oktober 2016 – kini
Didahului olehBhumibol Adulyadej
PewarisDipangkorn Rasmijoti
Perdana MenteriPrayuth Chan-ocha
Pemangku rajaPrem Tinsulanonda
Keputeraan (1952-07-28) 28 Julai 1952 (umur 66)
Istana Dusit, Dusit, Bangkok, Thailand
PasanganSoamsawali Kitiyakara
(k. 1977; c. 1991)

Sujarinee Vivacharawongse
(k. 1994; c. 1996)

Srirasmi Suwadee
(k. 2001; c. 2014)
AnakandaPuteri Bajrakitiyabha
Putera Juthavachara Mahidol
Putera Vacharaesorn Mahidol
Putera Chakriwat Mahidol
Putera Vatchrawee Mahidol
Puteri Sirivannavari Nariratana
Putera Mahkota Dipangkorn Rasmijoti
KerabatDinasti Chakri
AyahandaRaja Bhumibol Adulyadej
BondaRatu Sirikit
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Maha Vajiralongkorn

Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan takhta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Canberra, Australia . Baginda juga mendapat latihan ketenteraan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Baginda merupakan juruterbang jet tentera yang bertauliah dan juruterbang helikopter

Semasa tahun 1970-an, baginda turut terlibat dalam menentang kebangkitan pengganas komunis yang dicetuskan oleh Parti Komunis Thailand di sempadan Thailand-Kemboja yang ketika itu dikuasai oleh rejim Khmer Rouge.

Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Bhumibol, pada 13 Oktober 2016, Vajiralongkorn tidak mengambil alih jawatan ayahandanya serta merta kerana ingin "diberikan masa untuk berkabung bersama rakyat Thai."[1] Vajiralongkorn menaiki takhta pada malam 1 Disember 2016 setelah menerima undangan rasmi daripada parlimen Thailand tetapi hanya akan ditabalkan setelah persemadian ayahandanya.[2]

Isi kandungan

Kehidupan awalSunting

Vajiralongkorn diputerakan pada 28 Julai 1952 pada pukul 5.45 petang [3] di Istana Dusit, Bangkok. Nama keputeraan baginda ialah "Vajiralongkorn Barommachakkrayadisonsantatiwongse Deveshrathamrongsubariban Abhikhunuprakarnmahittaladuladej Bhumibholnaresvarangkura Kittisirisomburana Savangavadhana Barommakhattiyarajakumara" (Bahasa Thai: วชิราลงกรณ บรมจักรยาดิศรสันตติวงศ เทเวศรธำรงสุบริบาล อภิคุณูประการมหิตลาดุลเดช ภูมิพลนเรศวรางกูร กิตติสิริสมบูรณ์สวางควัฒน์ บรมขัตติยราชกุมาร). Baginda seorang sahaja paduka putera Raja Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit.

Baginda menerima pendidikan di Sekolah Rendah Chitlada School di Bangkok dan kemudian di beberapa kolej swasta di United Kingdom dan Australia.

Pada tahun 1972, baginda dikurniakan dengan gelaran Somdech Phra Boroma Orasadhiraj Chao Fah Maha Vajiralongkorn Sayam Makutrajakuman setelah dilantik sebagai putera mahkota negara itu.

Kehidupan dewasaSunting

Vajiralongkorn menjalani latihan ketenteraan di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Canberra, Australia dan juga telah meraih ijazah sarjana dalam sastera dari Universiti Sukhothai Thammatirat di Bangkok.

Sejak 1975 baginda berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Angkatan Tentera Diraja Thai. Baginda kemudian berkhidmat sebagai pegawai turus dalam Bahagian Perisikan Tentera Darat. Seterusnya pada 1978, baginda mengetuai Batalion Pengawal Diraja. Baginda kemudian berhenti dari perkhidmatan tentera untuk menjadi sami Buddha sebagaimana yang lazim dilakukan oleh raja-raja Thailand sebelum ini.

Vajiralongkorn mendapat latihan ketenteraan meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia . Hal ini termasuk kursus latihan komando, taktik peperangan konvensional dan dalam air. Baginda juga ditauliah sebagai juruterbang kapal terbang dan helikopter tentera.

KerabatSunting

Pada 3 Januari 1977, Vajiralongkorn berumah tangga dengan Puteri Soamsavali Kitiyakara yang merupakan sepupu sebelah bondanya. Anakanda mereka, Puteri Bajrakitiyabha, diputerakan pada 1978.

Vajiralongkorn berumah tangga sekali lagi pada 29 April 2005 dengan Mom Srirasmi Mahidol na Ayuthaya.

RujukanSunting