Vaksin virus papiloma manusia (HPV)

(Dilencongkan dari Vaksin HPV)

Vaksin virus papiloma manusia (HPV) merupakan vaksin yang mencegah jangkitan oleh beberapa jenis papilomavirus manusia yang tertentu. [1] Vaksin yang ada memberi perlindungan daripada dua, empat atau sembilan jenis HPV.[1][2] Semua vaksin memberi perlindungan daripada sekurang-kurangnya HPV 16 dan 18 yang mengakibatkan risiko barah serviks yang paling tinggi. Dianggarkan vaksin-vaksin ini boleh mencegah 70% barah serviks, 80% barah anus, 60% barah vagina, 40% barah vulva, dan mungkin beberapa jenis barah mulut.[3][4][5] Disamping itu, ia juga mencegah beberapa ketuat genital dengan vaksin yang melawan jenis HPV 4 dan 9 memberikan perlindungan yang lebih.[1]

Vaksin virus papiloma manusia (HPV)
Butiran vaksin
Penyakit sasaranhuman papillomavirus
JenisSubunit protein
Data klinikal
Nama dagangGardasil, Cervarix
Kaedah
pemberian
injection
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
Pengecam
ChemSpider
 ☒N☑Y (what is this?)  (verify)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan vaksin HPV sebagai pemvaksinan rutin di negara yang mampu di samping langkah pencegahan yang lain. Vaksin memerlukan dua atau tiga dos bergantung pada umur individu tersebut. Lazimnya, memvaksinkan kanak-kanak perempuan pada umur sembilan hingga tiga belas tahun adalah disarankan. Vaksin memberi perlindungan selama sekurang-kurangnya lapan tahun. Penyaringan barah serviks masih diperlukan selepas pemvaksinan.[1] Memvaksin sebahagian besar populasi juga boleh memberi manfaat kepada mereka yang tidak divaksinkan.[6] Bagi mereka yang sudah dijangkiti, vaksin ini tidak akan membantu.[1]

Vaksin HPV adalah sangat selamat. Sakit pada tempat suntikan berlaku dalam kira-kira 80% penerima vaksin. Kemerahan dan bengkak pada tempat suntikan juga mungkin berlaku. Tiada kaitan dengan sindrom Guillain-Barre ditemui.[1]

Vaksin HPV yang pertama mula boleh digunakan pada tahun 2006. Pada tahun 2014, 58 buah negara memasukkannya dalam pemvaksinan rutin mereka, sekurang-kurangnya untuk kanak-kanak perempuan.[1] Vaksin ini tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ubat paling penting yang disyorkan untuk sistem kesihatan asas.[7] Harga borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 47 dolar Amerika sedos.[8] Di Amerika Syarikat, harganya melebihi 200 dolar Amerika.[9] Pemvaksinan mungkin efektif kos di negara sedang membangun.[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g "Human papillomavirus vaccines: WHO position paper, October 2014."
  2. ^ Kash, N; Lee, MA; Kollipara, R; Downing, C; Guidry, J; Tyring, SK (3 April 2015).
  3. ^ De Vuyst, H; Clifford, GM; Nascimento, MC; Madeleine, MM; Franceschi, S (1 April 2009).
  4. ^ Takes, RP; Wierzbicka, M; D'Souza, G; Jackowska, J; Silver, CE; Rodrigo, JP; Dikkers, FG; Olsen, KD; Rinaldo, A; Brakenhoff, RH; Ferlito, A (December 2015).
  5. ^ Thaxton, L; Waxman, AG (May 2015).
  6. ^ Saville, AM (30 November 2015).
  7. ^ "19th WHO Model List of Essential Medicines (April 2015)" (PDF).
  8. ^ "Vaccine, Hpv" Diarkibkan 2019-12-17 di Wayback Machine.
  9. ^ Hamilton, Richart (2015).
  10. ^ Fesenfeld, M; Hutubessy, R; Jit, M (20 August 2013).