Vaksin Hepatitis A

Vaksin Hepatitis A merupakan vaksin yang mencegah penyakit hepatitis A.[1] Ia berkesan dalam kira-kira 95% kes dan bertahan selama sekurang-kurangnya lima belas tahun dan mungkin sepanjang hayat.[2][1] Jika diberi, dua dos adalah disarankan bermula selepas umur setahun. Ia diberi melalui suntikan ke dalam otot.[1]

Vaksin Hepatitis A
Butiran vaksin
Penyakit sasaranHepatitis A
JenisDimatikan/Dinyahaktif
Data klinikal
Nama dagangHavrix
AHFS/Drugs.comConsumer Drug Information
MedlinePlusa695003
Kategori
kehamilan
  • Safety undetermined, risk likely low
Kaedah
pemberian
IM
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • Rx-only (US)
Pengecam
ChemSpider
 ☒N☑Y (what is this?)  (verify)

Pertubuhan Kesihatan Seduia (WHO) mengesyorkan pemvaksinan sejagat di kawasan tempat penyakit yang agak biasa ditemui. Di tempat penyakit ini sangat biasa ditemui, pemvaksinan secara meluas tidak disyorkan kerana semua orang lazimnya mendapat imuniti melalui jangkitan semasa kanak-kanak.[1] Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit  (CDC) mengesyorkan memvaksinkan orang dewasa yang berisiko tinggi dan semua kanak-kanak.[3]

Kesan sampingan yang teruk sangat jarang diperhatikan. Sakit pada tempat suntikan berlaku dalam kira-kira 15% kanak-kanak dan separuh daripada orang dewasa. Kebanyakan vaksin hepatitis A mengandungi virus yang tidak diaktifkan manakala sebilangan yang lain pula mengandungi virus yang dilemahkan. Vaksin yang mengandungi virus yang dilemahkan tidak disyorkan semasa kehamilan atau bagi mereka yang mempunyai  fungsi imun yang lemah. Beberapa rumusan menggabungkan vaksin hepatitis A dengan vaksin hepatitis B atau vaksin demam kepialu.[1]

Vaksin hepatitis A yang pertama diluluskan di Eropah pada tahun 1991 dan di Amerika Syarikat pada tahun 1995.[4] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas. [5]  Di Amerika Syarikat, harga vaksin ini ialah antara 50 hingga 100 dolar Amerika.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "WHO position paper on hepatitis A vaccines – June 2012."
  2. ^ Ott JJ, Irving G, Wiersma ST (December 2012).
  3. ^ "Hepatitis A In-Short".
  4. ^ Patravale, Vandana; Dandekar, Prajakta; Jain, Ratnesh (2012). Nanoparticulate drug delivery perspectives on the transition from laboratory to market (ed. 1. publ.). Oxford: Woodhead Pub. m/s. 212. ISBN 9781908818195.
  5. ^ "19th WHO Model List of Essential Medicines (April 2015)" (PDF). WHO. April 2015. Dicapai pada May 10, 2015.
  6. ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 314. ISBN 9781284057560.