Vaksin ensefalitis bawaan sengkenit

Vaksin ensefalitis bawaan sengkenit merupakan vaksin yang digunakan untuk mencegah ensefalitis bawaan sengkenit (TBE).[1] Penyakit ini paling biasa ditemui di Eropah Tengah and Eropah Timur, dan di Asia Utara. Lebih daripada 87% orang yang menerima vaksin ini mendapat imuniti.[2] Namun begitu, vaksin ini tidak berguna selepas gigitan sengkenit yang dijangkiti. Ia diberikan melalui suntikan ke dalam otot.[1]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan supaya semua penduduk di kawasan yang penyakit ini biasa ditemui diimunkan. Sebaliknya, vaksin ini disyorkan kepada mereka yang berisiko tinggi sahaja. Tiga dos adalah disarankan, diikuti dengan dos tambahan setiap tiga hingga lima tahun. Vaksin ini boleh digunakan dalam kalangan manusia yang berusia lebih daripada satu atau tiga tahun, bergantung kepada rumusan.[1]

Kesan sampingan yang serius sangat jarang diperhatikan. Kesan sampingan yang kecil mungkin merangkumi demam, dan kemerahan serta kesakitan pada tempat suntikan. Rumusan yang terdahulu lebih biasa dikaitkan dengan kesan sampingan. Vaksin ini nampaknya selamat digunakan semasa hamil.[1]

Vaksin melawan TBE yang pertama dibangunkan pada tahun 1937.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang disyorkan untuk sistem kesihatan asas.[3] Kosnya antara 50 hingga 70 paun sterling.[4] Vaksin ini tidak boleh didapati di Amerika Syarikat.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e "Vaccines against tick-borne encephalitis: WHO position paper."
  2. ^ Demicheli V, Debalini MG, Rivetti A (2009).
  3. ^ "19th WHO Model List of Essential Medicines (April 2015)" (PDF).
  4. ^ "Tick-borne encephalitis - Prevention". 2015-10-15.
  5. ^ "3: Infectious Diseases Related to Travel".