Vaksin polio

vaksin untuk mencegah poliomielitis

Vaksin polio, merupakan vaksin yang digunakan untuk mencegah poliomielitis (polio).[1] Satu daripada jenis vaksin ini menggunakan poliovirus tidak diaktifkan dan diberi melalui suntikan (IPV), manakala sejenis vaksin lagi menggunakan poliovirus dilemahkan dan diberi melalui mulut (OPV). Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan supaya semua kanak-kanak divaksinkan untuk polio.[1] Kedua-dua vaksin ini sudah membasmi polio di kebanyakan negara di seluruh dunia,[2][3] dan mengurangkan bilangan kes setiap tahun daripada 350,000 kes yang dianggarkan pada tahun 1988 ke 359 kes pada tahun 2014.[4]

Vaksin polio tidak diaktifkan adalah sangat selamat. Kemerahan atau kesakitan yang ringan mungkin berlaku pada tempat suntikan. Vaksin polio yang diberi melalui mulut (OPV) mengakibatkan poliomielitis lumpuh berkait vaksin dalam kira-kira tiga setiap juta dos. Kedua-dua vaksin ini secara amnya adalah selamat untuk diberi kepada wanita hamil dan kepada mereka yang menghidap HIV/AIDS tetapi sihat.[1]

Vaksin polio yang pertama ialah vaksin polio tidak diaktifkan. ia dibangunkan oleh Jonas Salk dan mula digunakan pada tahun 1955.[1] Vaksin polio oral dibangunkan oleh Albert Sabin dan mula digunakan secara komersial pada tahun 1961.[1][5] Kedua-dua vaksin ini tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[6] Kos borong vaksin ini pada tahun 2014 ialah kira-kira 0.25 dolar Amerika sedos untuk vaksin polio oral.[7] Di Amerika Syarikat, ia berharga antara 25 hingga 50 dolar Amerika untuk vaksin tidak diaktifkan.[8]

References sunting

  1. ^ a b c d e "Polio vaccines: WHO position paper, January 2014."
  2. ^ Aylward RB (2006).
  3. ^ Schonberger L, Kaplan J, Kim-Farley R, Moore M, Eddins D, Hatch M (1984).
  4. ^ "Poliomyelitis: Fact sheet N°114".
  5. ^ Smith, DR; Leggat, PA (2005).
  6. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  7. ^ "Vaccine, Polio" Diarkibkan 2017-02-28 di Wayback Machine.
  8. ^ Hamilton, Richart (2015).