Valentin Vodnik (3 Februari 1758 - 8 Januari 1819) adalah seorang paderi, wartawan dan penyair dari Slovenia. Beliau giat menyelaraskan suatu piawai bahasa Slovenia dengan menyatukan banyak loghat-loghat setempat dalam penulisan menyentuh banyak bidang, terutamanya dalam mengkaryakan kitab masakan Kuharske bukve pada 1799.[1] Beliau turut menerbitkan surat khabar pertama dalam bahasa tersebut.[1]

Valentin Vodnik
Lahir(1758-02-03)3 Februari 1758
Zgornja Šiška, Kerajaan Habsburg
Died8 Januari 1819(1819-01-08) (umur 60)
Ljubljana, Empayar Austria
PekerjaanPaderi, guru, wartawan, penulis
WarganegaraSlovenia
Pergerakan sasteraZaman Pencerahan

Beliau merupakan antara pengikut utama pemikir liberal terhebat bangsa Slovenia, Žiga Zois yang mencetuskan pergerakan pencerahan bangsa bertujuan memodenkan masyarakat mereka saat meluasnya pengaruh Habsburg di Slovenia menulis banyak karya puisi sajak serta ilmu teknikal.

Sebuah tugu didirikan memperingati beliau di Dataran Vodnik, Ljubljana ibukota Slovenia[2] pada tahun 1889.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Seruga, Kaja (7 Julai 2021). "The 18th-Century Cookbook That Helped Save the Slovene Language". Atlas Obscura. Dicapai pada 11 Julai 2021.
  2. ^ "Spomeniki zaslužnim možem" [Monuments to Deserving Men] (dalam bahasa Slovenia). Government Communication Office, Republic of Slovenia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-19. Dicapai pada 25 July 2012.