Valentino Lando Lazaro (lahir 24 Mac 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Austria yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Inter Milan dan pasukan kebangsaan Austria.

Valentino Lazaro
Maklumat peribadi
Nama penuh Valentino Lando Lazaro[1]
Tarikh lahir (1996-03-24) 24 Mac 1996 (umur 28)
Tempat lahir Graz, Styria, Austria
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Pemain tengah kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Inter Milan
Nombor 19
Kerjaya remaja
2002–2011 Grazer AK
2011–2012 Red Bull Salzburg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2017 Red Bull Salzburg 85 (10)
2013FC Liefering (pinjam) 3 (0)
2017–2019 Hertha BSC 57 (5)
2017Hertha BSC II 1 (1)
2019– Inter Milan 6 (0)
2020Newcastle United (pinjam) 13 (1)
2020–2021Borussia Mönchengladbach (pinjam) 22 (2)
Pasukan kebangsaan
2011 Austria B16 4 (0)
2012–2013 Austria B17 17 (0)
2014 Austria B18 2 (0)
2015–2016 Austria B21 6 (0)
2014– Austria 31 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:31, 22 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:21, 6 Jun 2021 (UTC)

Kehidupan awal sunting

Lazaro telah dilahirkan di Graz, Austria. Bapanya merupakan orang Angola manakala ibunya pula merupakan orang Greece.

Kerjaya kelab sunting

Lazaro melakukan penampilan sulungnya untuk Red Bull Salzburg pada 3 November 2012 ketika menentang Admira Wacker dalam aksi liga. Semasa usia 16 tahun dan 224 hari, beliau merupakan pemain termuda yang beraksi dalam sejarah Bundesliga Austria.

Rundingan antara Red Bull Salzburg dan Hertha BSC telah bersetuju untuk membeli Lazaro secara tetap pada tahun 2017 setelah beliau hanya di bawah status sebagai pemain pinjaman untuk kelab Jerman itu. Beliau telah menandantangani kontrak jangka masa panjang untuk Hertha.[2] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Hertha BSC ketika pasukannya menewaskan Bayer Leverkusen 2-0 pada 10 Februari 2018.

Pada 1 Julai 2019. Lazaro telah melakukan perpindahan ke kelab Serie A, Inter Milan. Beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun dan perpindahan tersebut menelan kos sebanyak 22 juta euro bersama bonus.

Kerjaya antarabangsa sunting

Lazaro melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Austria ketika perlawanan persahabatan menentang Iceland pada 30 Mei 2014. Beliau telah menggantikan Marko Arnautović ketika 15 minit terakhir permainan dan perlawanan berkesudahan kedua-dua pasukan terikat seri 1-1.[3]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 1 Julai 2019.
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Liefering 2013–14 3 0 0 0 3 0
  Red Bull Salzburg 2012–13 5 0 0 0 5 0
2013–14 11 2 1 0 1 0 13 2
2014–15 25 4 4 0 3 0 32 4
2015–16 17 2 4 0 1 0 22 2
2016–17 29 3 5 2 12 2 46 7
2017–18 0 0 1 0 2 0 3 0
Jumlah 87 12 15 2 18 2 120 16
  Hertha Berlin 2017–18 26 2 1 0 4 0 31 2
2018–19 31 3 3 0 34 3
Jumlah 57 5 4 0 4 0 65 5
  Inter Milan 2019–20 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 147 17 19 2 22 2 188 21
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa

Antarabangsa sunting

Sehingga 10 Jun 2019.
Pasukan kebangsaan Austria
Tahun Kmncln Gol
2014 4 0
2016 1 0
2017 6 0
2018 8 1
2019 4 1
Jumlah 23 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
18 November 2018 Belfast, Ireland Utara   Ireland Utara
1–2
1–2
Liga B Negara-Negara UEFA 2018–19
2
10 Jun 2019 Skopje, Macedonia Utara   Macedonia Utara
1–1
1–4
Kelayakan Euro 2020

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Red Bull Salzburg

Catatan sunting

  1. ^ "FIFA U-20 World Cup 2013 List of Players" (PDF). FIFA. 30 May 2015. m/s. 23. Dicapai pada 1 June 2015.
  2. ^ https://www.bundesliga.com/en/news/Bundesliga/hertha-berlin-sign-valentino-lazaro-on-permanent-deal-464009.jsp
  3. ^ "Austria 1-1 Iceland". Goal.com. 30 May 2014. Dicapai pada 1 April 2015.

Pautan luar sunting