Vanda Miss Joaquim

kacukan anggerik

Vanda Miss Joaquim atau dipanggil anggerik Singapura (Papilionanthe 'Miss Joaquim') ialah kacukan anggerik yang menjadi bunga kebangsaan Singapura.[1] Atas kebingkasan dan kualiti berbunganya sepanjang tahun, ia dipilih bagi melambangkan budaya Singapura yang unik dan majmuk. Anggerik ini banyak ditanam oleh penggemar tanaman hiasan dibuatkan oleh bentuknya yang menarik.

Vanda Miss Joaquim
GenusPapilionanthe
Keturunan kacukanPapilionanthe teres (Vanda teres) × Papilionanthe hookeriana (Vanda hookeriana)

Sejarah sunting

Ashkhen Hovakimian (Agnes Joaquim)lah yang membiakkan anggerik ini, lantas memunculkan namanya. Ia bukan hanya diakui menjadi kacukan pada 1893,[2] dan lagi pada 1896 oleh Henry Ridley, seorang pakar anggerik, tetapi juga oleh penanam anggerik lain yang sezaman semacam dalam jurnal anggerik termasuk Orchid Review. Senarai Lengkap Kacukan Anggerik oleh Sander, yang mengenal pasti jenis kacukan semula jadi atau buatan menyenaraikan Vanda Miss Joaquim dalam kacukan buatan. Vanda Miss Joaquim merupakan kacukan bagi Vanda teres Burma (sekarang dipanggil Papilionanthe teres) dan Vanda hookeriana dari Tanah Melayu (sekarang dipanggil Papilionanthe hookeriana). Tidak diketahui yang mana mengeluarkan benih dan yang mana memberikan debunga antara dua spesies tersebut. Kacukan tersebut diperlihatkan kepada Henry Ridley, pengarah Taman Botani Singapura ketika itu.[2][3]

Pada 15 April 1981, Menteri Budaya Singapura, S. Dhanabalan mengistiharkan anggerik ini menjadi bunga kebangsaan Singapura.[4]

Urutan DNA bagi kloroplas yang diturunkan daripada ibu dipakai untuk menentukan yang induk lenggainya adalah P. teres var. andersonii dan dengan pengecualian, induk debunganya adalah P. hookeriana.[5]

Ciri-ciri sunting

Ia ialah tumbuhan yang mudah berbunga dan perbungaannya mampu mengeluarkan lebih daripada 12 kuntum, dan selalunya 4 kuntum bunga kembang setiap waktu. Setiap bunga berukuran 5 cm lebar dan 6 cm tinggi.[6] Rangginya berpintal dengan permukaan belakangnya menghadap ke depan menyamai induknya. Dua ranggi yang di atas dan kelopak atasnya lembayung samar, sambil dua kelopak melintang di pertengahan bawahnya merah seduduk pucat. Lidah anggerik yang besar dan luas yang mana tampak kekipas berwarna samar lembayung, dan berpadu dengan jingga marak berapi yang bertompok halus dengan pusat ungu gelap. Papilionanthe 'Miss Joaquim' ialah tumbuhan yang gemar akan sinaran keras yang memerlukan pembajaan berat, sokongan menegak bagi membolehkannya tumbuh lurus dan tinggi melampai dengan udara bergerak bebas dan kelembapan tinggi. Ia mula berbunga apabila batangnya mencapai 40 ke 50 cm di atas sokongan.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Vanda Miss Joaquim". Singapore Infopedia. Singapore Government. Dicapai pada 10 October 2015.
  2. ^ a b Henry Ridley (1893). "New or Noteworthy plants: Vanda Miss Joaquim [inter V. Hookerianam et V. teretem proles hybrida]". Gardeners' Chronicle. 3. 13: 740.
  3. ^ "The Vanda Miss Joaquim Orchid". Amassia Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-07. Dicapai pada 2015-06-14.
  4. ^ Hew, C.S.; Yam, T.W.; Arditti, J. (2002). Biology of Vanda Miss Joaquim. Singapore University Press. m/s. 35. ISBN 9789971692513.
  5. ^ Khew, G.S.-W.; Chia, T.F. (2011). "Parentage determination of Vanda Miss Joaquim (Orchidaceae) through two chloroplast genes rbcL and matK". AoB Plants. 2011: plr018. doi:10.1093/aobpla/plr018. PMC 3156982. PMID 22476488.
  6. ^ Vanda Miss Joaquim Characteristics Flower Chimp Singapore
  7. ^ Singapore Infopedia Diarkibkan 2012-04-26 di Wayback Machine