Laksamana Merah (Vanessa atalanta) merupakan sejenis kupu-kupu berwarna-warni yang ditemui di kawasan iklim sederhana di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Laksamana Merah mempunyai panjang kepak 45–50 mm (1.8–2.0 in).[2] Spesies ini menetap di kawasan yang panas sahaja, tetapi berpindah-randah ke arah utara pada musim bunga, dan adakalanya juga pada musim luruh.

Laksamana Merah
dorsal view
ventral view
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
V. atalanta
Nama binomial
Vanessa atalanta
Subspecies
  • V. a. atalanta
  • V. a. rubria (Fruhstorfer, 1909)[1]
Sinonim
  • Papilio atalanta Linnaeus, 1758
  • Pyrameis ammiralis Godart, 1821
  • Pyrameis atalanta Godman & Salvin, [1882]
  • Vanessa atalanta Dyar, 1903[1]

Kupu-kupu yang besar ini dikenali dengan corak kepaknya yang berwarna perang tua, merah dan hitam, dilengkapi jalur-jalur jingga yang merentasi kepak depan serta hujung luaran kepak belakang; tompok putih pada kepak depan dorsal dekat margin depan; palang kemerahan pada permukaan dorsal keempat-empat kepak. Beluncasnya makan netel, sementara yang dewasa menghirup bunga-bunga seperti Buddleia dan buah-buahan yang terlebih masak.

Di Eropah utara, ia merupakan antara kupu-kupu terakhir yang kelihatan sebelum tibanya musim sejuk, selalunya menghirup bunga ivy pada hari cerah. Laksamana Merah juga diketahui boleh berhibernasi. Kupu-kupu ini juga berterbangan pada hari-hari musim sejuk yang cerah, terutamanya di Eropah Selatan.

Di Amerika Utara, kupu-kupu ini biasanya membiak dua kali dari Mac hingga Oktober. Kupu-kupu ini berpindah dari selatan menduduki seluruh Amerika Utara menjelang bermulanya musim bunga, dan menghabiskan musim sejuk di selatan Texas.

Kitaran hidup sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Vanessa, funet.fi
  2. ^ Shalaway, Scott. Butterflies in the Backyard. ISBN 0-8117-2695-9 2004, Stackpole Books, Mechanicsburg, Pennsylvania. p.38

Pautan luar sunting

Templat:TaxonIds