Vanida Imran

Pelakon wanita Malaysia

Vanidah Imran (lahir 1 Oktober 1973) ialah seorang pelakon, model dan pengacara wanita Malaysia, terkenal dengan hasil kerjanya di televisyen dan filem. Beliau juga merupakan isteri (kini bekas) kepada pelakon Rashidi Ishak[1] yang dikahwininya sehingga perceraian pada 2018. Pada tahun 2007, beliau dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik di dalam Festival Filem Malaysia ke-20. Beliau pernah menjadi pengacara rancangan Nona bermula 2 Januari 2011 menggantikan Maya Karin.[2]

Vanidah Imran
Vanidaimran02.jpg
Kelahiran
Vanida binti Imran

(1973-10-01) 1 Oktober 1973 (umur 49)
PendidikanIjazah Sarjana Seni Persembahan (Drama)
Pusat pendidikanUniversiti Malaya (UM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, pengarah, penulis
Tahun aktif1993–kini
Pasangan
Anak-anak2

Vanidah merupakan Naib Juara Miss World Malaysia 1993 dan beliau juga memenangi gelaran Miss Photogenic.

Kehidupan awalSunting

Dilahirkan di Pulau Pinang, Vanidah dibesarkan di Kuala Lumpur dan menamatkan pendidikan menengahnya di Convent Bukit Nanas.[3] Beliau mempunyai darah campuran India Muslim dan Jawa.

KerjayaSunting

Pada tahun 1994, di usia 21 tahun, Vanidah memegang watak Wan Nuraini dalam filem sulungnya, Putera arahan Zulkifli M. Osman. Pada tahun 1998, beliau menjayakan watak sebagai Noraini dalam filem Badai Mantera. Vanidah muncul dalam iklan Petronas bertajuk Kasut Gombak arahan Yasmin Ahmad (Allahyarhamah) yang diterbitkan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-41, ia turut dibintangi oleh Ashraf Sinclair (Allahyarham).

Pada tahun 2003, beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk suaminya ketika itu, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[4]

Pada tahun 2004, beliau berlakon bersama Farid Kamil dalam filem thriler misteri, 7 Perhentian arahan Profesor Madya A. Razak Mohaideen.[5] Dua tahun kemudian, Vanidah menjayakan peranan utama Azizah bersama Bob Mercer, Zahim Albakri dan Samantha Schubert dalam filem drama misteri The Red Kebaya arahan Oliver Knott.[6]

Vanidah meminjamkan suaranya bagi watak Normah dan ibu Aziz dalam filem animasi arahan Anwardi Jamil Budak Lapok, yang diilhamkan dari filem Bujang Lapok karya P. Ramlee. Beliau menyertai barisan pelakon termasuk Afdlin Shauki, Tony Eusoff, Eja, dan Nasha Aziz membintangi filem drama Sepi arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan pada 26 Jun 2008.[7]

Vanidah memegang watak sebagai Ain dalam filem Temuan Takdir yang ditayangkan pada 11 Ogos 2016.[8] Bekerja di bawah arahan Syed Hussein, Vanidah mencurahkan pengalaman silamnya dengan menjayakan watak sebagai Suraya dalam filem Dendam Azalea. Filem ini mencipta sejarah apabila muncul sebagai filem Malaysia pertama yang tidak ditayangkan di pawagam, sebaliknya ditayangkan secara eksklusif di Netflix.[9]

Pada tahun 2020, beliau berlakon dalam satu lagi filem Netflix, Daulat dengan memegang watak sebagai Suri.[10]

Kehidupan peribadiSunting

Beliau berkahwin dengan pelakon dan gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 dan mempunyai dua anak bersama, Mikail dan Maryam. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Pengajian Bahasa Inggeris selepas empat tahun pengajian di Universiti Terbuka Malaysia pada tahun 2015.[11][12] Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Seni Persembahan (Drama) di Universiti Malaya sempena Istiadat Konvokesyen Ke-61 universiti itu pada 12 Mac 2022.[13]

Ibu beliau, Shariffah Bee Abdul Majid telah meninggal dunia pada 24 Disember 2017 akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 5.40 petang.[14][15]

Pada 28 Oktober 2016, Vanida memfailkan saman terhadap syarikat kosmetik Ronasutra berhubung dengan pelanggaran kontrak dan penyalahgunaan gambarnya tanpa kebenaran dan menamakan Miliyasutra Industries sebagai defendan.[16] Bagaimanapun, pada Mei 2017, beliau menang saman tersebut[17] selepas Ronastura gagal rayu dalam kes saman terhadapnya pada Februari 2018.[18]

Sekitar Ogos 2018, Vanida menafikan khabar angin mengatakan beliau dan suami, Rashidi Ishak tidak lagi bersama[19] dan enggan mengulas mengenai hal tersebut.[20][21] Walau bagaimanapun, ia didedahkan oleh media bahawa Vanidah dan Rashidi telah memfailkan perceraian pada 9 Ogos 2018, Vanidah berkata dalam temubual bersama Berita Harian: "Saya akan meneruskan kehidupan macam biasa. Selain diri ini, saya juga perlu membesarkan anak. Harapan saya, mereka di luar sana termasuk teman media memahami,".[22][23]

Beliau berkahwin dengan jurutera, Arifabillah Idris pada 7 Julai 2022.[24]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Putera Wan Nuraini Filem pertama
1998 Badai Mantera Noraini
1999 Perempuan Melayu Terakhir Mustika
2001 Cheritera (suara)
2002 KL Menjerit Isteri Mustaffa
Mami Jarum Shiqah
2003 Mami Jarum Junior
2004 Tujuh Perhentian Mira
Hingga Hujung Nyawa Aliana
2006 The Red Kebaya Azizah
2007 Budak Lapok Emak Aziz / Normah (Suara)
2008 Akhirat Nurin Amira
Histeria Ustazah
Sepi Ilyana
2009 Setem Alliyah
Papadom Profesor Balqis
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Cik Amy
Magika Mahsuri
2011 Misteri Jalan Lama Old Lady / Queen Devata
2012 Untuk Tiga Hari Ujie
Pontianak vs Orang Minyak Gadis Kampung 1
2013 Papadom 2 Profesor Balqis
Arka: Raja Haji
Pantang Juga sebagai pengarah dan penulis; filem pendek
2014 Ophilia Mak Uji
2016 Temuan Takdir Ain
2018 One, Two, Jaga Isteri Hassan
Kalla: Hidup Atau Mati Serina
Orang Itu Guru Besar
2019 Till Death: Azalea's Wrath Suraya Ditayangkan eksklusif di Netflix
2020 Daulat Suri
2021 Tarantula X Rahayu Rahman
2022 Juang Siti
Daddyku Gangster

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1997 Kiambang Bertaut TV3
1999 Lis Lis TV1
2000 Salam Taj Mahal Aisyah TV3
2002 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Teh Rahayu Episod: "Teh Manis"
2010 8 Bulan Linda
2011 Dendam Maya Zarina Astro Citra
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Khadijah Astro Oasis Episod: "Susuk Marabbah"
2013 What If Dr. Riana 8TV
2017 Mandatori Dr. Asmah Astro First Eksklusif 6 Episod
2018 Ramadan Dan Hamdan Penjual Kuih TV3
Mocha Kau Bahagia (Musim 2) Kakak Melur
2021 Cheritera Nenek Kebayan TV9
2022 Kudeta Mariam Imran Astro Ria

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1998 Bayangan Wajahmu TV3
1999 Impian Suraya
Minah Meenachi
2000 Pondok Buruk Rina Astro Ria
2002 Pondok Buruk 2
2003 Neon Pelanggan Stesen Minyak I VCD
Suri Rumah Salina
2012 Pelarian TV3
2013 Poskad Dari Switzerland TV AlHijrah
2015 Kerana Lemang TVi
Rekah TV2
2017 Sinar Cinta Faridah TV3
Mak Tak Bagi Balik [25] Rohani
Kismet Farah
Kasut Bola Pink! Ibu Nina Astro First Eksklusif
2018 Datangmu Ku Benci, Pergimu Ku Tangisi TV2
2022 Semua Tentang Kita TV3

TeaterSunting

Tahun Tajuk
1994 Megat Terawis
1995 Anak Tanjung
1997 Selendang Umi
1998 Laila Majnun
1999 Keris Sang Puteri
2000 Tun Perak
Lantai T. Pinkie
2002 Anugerah
Merdeka, Merdeka, Merdeka
2003 Visits
2005 Mo Ho Huan
2006 Lantai T. Pinkie, KL
Wangi Jadi Saksi
Lantai T. Pinkie, Ipoh
2007 Nyonya
2009 Sirah Junjungan
Mahsuri
Cuci The Musical
2015 Baik Punya Cilok[26]

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2011 Nona Pengacara TV3

Anugerah dan pencalonanSunting

Festival Filem Malaysia
Tahun Karya tercalon Kategori Keputusan
2012 Untuk Tiga Hari Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2009 Setem Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Tercalon
2008 Akhirat Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
2007 The Red Kebaya Pelakon Wanita Terbaik Menang
1998 Perempuan Melayu Terakhir Pelakon Wanita Terbaik Tercalon
Anugerah Skrin
Tahun Karya tercalon Kategori Keputusan
2007 The Red Kebaya Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2000 Minah Meenachi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ Ranjau perkahwinan 15 tahun Utusan Malaysia (14 Mei 2015). Diperoleh pada 2 Ogos 2015.
  2. ^ Vanida Imran Pengacara Nona Tahun 2011 Ganti Maya Karin Cikyam. Dicapai pada 1 Januari 2012.
  3. ^ Actress finds comfort in the heart of the city The Star Online (16 Ogos 2008). Diperoleh pada 2 Ogos 2010.
  4. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  5. ^ 7 Perhentian (2004) Filemkita.com. Diperoleh pada 24 Februari 2010.
  6. ^ "Kebaya berdarah The Red Kebaya". Utusan Malaysia. 28 November 2006. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  7. ^ Mohd Suhairi B. Mat Johor, Mohd Faizal B. Hj Mohd Fauzi (2008-06-24). "Filem 'Sepi' berlainan dengan filem 'Cinta'". Sinema Malaysia. Dicapai pada 2008-07-06.
  8. ^ Athirah Zulkifli (18 Julai 2016). "Temuan Takdir bukan sekadar filem polis biasa, ia penuh aksi mendebarkan". Intrend. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  9. ^ Kenneth Chaw (14 Ogos 2019). Vanidah Imran draws from personal pains for role as mum in Till Death: Azalea's Wrath Star2. Dicapai pada 22 September 2019.
  10. ^ Azwan Safbri (8 April 2020). "Vanidah Imran 'think tank' politik Malaysia". Sinar Harian. Dicapai pada 8 April 2020.
  11. ^ Dennis Chua (14 September 2015). "Vanidah Imran graduates in English studies". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-15. Dicapai pada 24 September 2015.
  12. ^ Zaidi Mohamad (13 September 2015). "Vanidah Imran bergelut tamatkan pengajian". Berita Harian. Dicapai pada 24 September 2015.
  13. ^ ""Hilang penat bila tengok skrol" - Vanidah Imran kini bergelar graduan Sarjana Seni Persembahan | Astro Awani". 13 March 2022.
  14. ^ Zaidi Mohamad (25 Disember 2017). "Ibu Vanidah Imran meninggal dunia". Berita Harian. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  15. ^ "Ibu pelakon Vanidah Imran meninggal dunia". Kosmo!. 25 Disember 2017. Dicapai pada 24 Julai 2018.
  16. ^ Maizatul Nazlina (7 April 2017). "Vanidah's suit against manufacturing company to go to trial". The Star Online. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  17. ^ Hafiz Yatim (19 Februari 2018). "Vanida menang lagi lawan syarikat kecantikan". Malaysiakini. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  18. ^ Ahmad Johari Mohd Ali (19 Februari 2018). "Ronasutra gagal rayu kes saman pelakon Vanidah". New Straits Times. Dicapai pada 4 Ogos 2018.
  19. ^ "Vanidah, Rashidi tidak lagi bersama". Utusan Malaysia. 19 Ogos 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
  20. ^ "Vanidah, Rashidi enggan ulas gosip bercerai". Sinar Harian. 20 Ogos 2018. Dicapai pada 30 September 2018.
  21. ^ Dennis Chua (19 Ogos 2018). "#Showbiz: Actress Vanidah declines comment on divorce rumours". New Straits Times. Dicapai pada 30 September 2018.
  22. ^ Zaidi Mohamad (23 Mac 2019). Rashidi, Vanidah bercerai Ogos tahun lalu Berita Harian. Dicapai pada 24 Mac 2019.
  23. ^ Tahir Alhamzah (21 Mac 2019). Rashidi Ishak, Vanidah Imran bercerai Kosmo! (20 Mac 2019). Dicapai pada 24 Mac 2019.
  24. ^ Sairul Zamri Misrani (7 Julai 2022). "Vanidah Imran kembali bergelar isteri, syukur suami ada persamaan". Kosmo!. Dicapai pada 9 Julai 2022.
  25. ^ Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3 Budiey (article in Malay)
  26. ^ http://www.budiey.com/teater-baik-punya-cilok-di-istana-budaya/

Pautan luarSunting