Varma Kalai adalah seni pukulan, tekanan, susuk jarum (dikenali sebagai Oosi Varmam yang diajar oleh pendeta Tamil Agastya), perubatan melalui tiupan yang menggunakan herba (pada bahagian badan seperti saluran gegendang telinga/hidung yang sukar disentuh) dan lain-lain cara, untuk perubatan atau serangan terperinci pada badan manusia seperti di saluran nadi, saluran darah, saluran limpa, otot-otot, sendi, organ dan tulang dengan berasaskan perubatan herba zaman silam yang diperolehi dari ayat-ayat skrip sanskrit Veda.[1] Varma adi atau Marma adi ("rahsia pukulan saraf atau tekanan saraf") adalah sebahagian daripada seni penyembuhan dan serangan yang digunakan didalam seni Varma Kalai (Tamil: வர்மக்கலை, Bahasa Malayalam: വർമക്കല) Ayurveda Marma Vidhya (Rahsia Seni Ayurveda). Ini adalah sebahagian kecil daripada adi murai "undang-undang serangan" yang diguna didalam seni mempertahankan diri yang mengajar cara-cara menyerang tekanan saraf didalam badan manusia. Sistem ini adalah juga dikenali sebagai marmam (rahsia) sebahagian daripada Siddha Vaidhyam (rawatan Siddha), ditujukan sempena Nabi Tamil Agastya dan pengikut-pengikutnya.[2]

Seni ini digunakan atau dilatih dihampir kebanyakkan kawasan didalam Tamil Nadu dan di daerah Travancore, Kerala. Tanggapan seni ini diterap kedalam varma kalai (seni pukulan atau tekanan saraf) melalui rawatan Siddha tradisional.[3]

"Adi Murai" berasaskan teknik tangan tanpa senjata.[4] Seni mempertahankan diri yang mengunakan seni pukulan saraf adalah sebahagian latihan tali pinggang hitam Silambam yang bernama Kuttu Varisai dan "Southern Kalaripayat" (Kalaripayat selatan) dilatih dikebanyakkan bandar Tamil Nadu,[4][5][6] bekas nama kawasan Travancore.

Pukulan Titik Saraf sunting

Varma adi mengandungi 108 marmas (titik saraf marmas), 12 Padu marmas (titik saraf maut) and 96 Thodu marmas (titik saraf sentuhan). Anti-Serangan titik saraf melalui penyembuhan marmas boleh digunakan untuk rawatan.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Guruji Murugan Chillayah. "Silambam and Varma Kalai Art". Silambam.
  2. ^ Luijendijk, D.H. (2005) Kalarippayat: India's Ancient Martial Art, Paladin Press
  3. ^ Varma Ati. (2001). In Martial Arts of the World.
  4. ^ a b Zarrilli 1998
  5. ^ [1] Martial arts of the world: an encyclopedia, Volume 1 By Thomas A. Green
  6. ^ Zarrilli 1992
  7. ^ Luijendijk, D.H. Kalarippayat: The Essence and Structure of an Indian Martial Art, Oprat, 2008

Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting