Vasilissa Olga
Kerjaya Greece Ensign
Kelas : Frigate Vasilefs Georgios
Lunas diletak : Februari 1, 1937
Dilancarkan : Jun 2, 1938
Ditauliahkan : February 4, 1939
Fate : Ttenggelam pada 26 September 1943
Lokasi : Lakki Bay, Leros
Berat Sesaran : sesaran standard 1,414 tons tons
Panjang  : 97.5 m
Lebar : 9.7 m.
Drauf : 2.7 m.
Kelajuan : Maximum Speed 35 knots
Komplemen : 145
Persenjataan : asal 4 x meriam 5 in, 4 x meriam 37mm A/A, 2 x 4 pelancar torpedo 21 in T/T
1941 refit: 4 x meriam 5 in, 1 x 4 pelancar torpedo 21 in T/T, 1 x meriam 3 in A/A, 6 x meriam 20 mm A/A, peranti antikapal selam
Enjin : Dandang : 3 Yarrow 3 drum boilers,
Enjin : 2 shaft Parsons turbines, Shafts: 2 (twin screw ship)
Kuasa : 34,000 hp,
Jarak Pelayaran : 4,800 nautical miles pada kelajuan 19 kts

Kapal Vasilissa Olga (Greek: Α/Τ Βασίλισσα Όλγα) adalah sebuah kapal pembinasa Greece daripada kelas Vasilefs Georgios (Kelas “G” yang diubahsuai). Kapal ini bertugas dengan Tentera Laut Diraja Greece semasa Perang Dunia II. Kapal ini terkenal sebagai kapal perang Greece yang paling tersohor dan berjaya sehinggalah ke saat kemusnahannya dalam tahun 1943.

Kapal ini dinamakan mengambil sempena nama Ratu Olga, isteri kepada Raja George I, Raja Greece. Kapal ini adalah kapal kedua menggunakan nama Vasilissa Olga.

Kapal ini dibina oleh Yarrow & Company di Scotstoun, Scotland bersama dengan kapal Vasilefs Georgios. Pada saat meletusnya Perang Dunia II, kedua-dua kapal ini adalah kapal paling moden dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja Greece.

Vasilissa Olga menyertai operasi ketenteraan semasa Perang Greco-Itali, tugasan mengiring konvoi dan dalam serangan pertama dan serangan yang ketiga ke atas perkapalan Itali di Selat Otranto

Setelah Greece berjaya ditakluki Jerman, Vasilissa Olga dan beberapa buah kapal Greece yang lain melarikan diri ke Alexandria dalam bulan Mei 1941. Vasilissa Olga diberikan nombor pennant H 84 oleh pihak British dan dihantar ke Calcutta untuk kerja-kerja pemodenan. Selesai sahaja kerja-kerja pembaikan, Vasilissa Olga kembali bertugas di Laut Mediterranean di bawah pimpinan Lt. Cmdr. G. Blessas.

Vasilissa Olga berjaya mencapai kejayaan-kejayaan berikut :

  • Pada 15 Disember 1942, kapal ini bersama-sama HMS Petard menenggelamkan kapal selam Itali Varsciek (620 tons)
  • Pada 19 Januari 1943, Olga dan kapal pembinasa British HMS Pakenham dan HMS Nubian memintas dan menenggelamkan kapal pengangkut Itali Stromboli (475 tons) di laur pantai Libya.
  • Pada 2 Jun 1943, Olga dan kapal pembinasa HMS Jervis menenggelamkan kapal penyerang torpedo Castore (652 tons) di Tanjung Spartivento.

Olga juga menyertai operasi penaklukan Pulau Pantelleria dan Penaklukan Sicily. Semasa menyertai kapal-kapal pembinasa HMS Faulknor dan HMS Eclipse menjalankan operasi di Laut Aegean, kapal-kapal ini telah berjaya menenggelamkan kapal-kapal konvoi Jerman terdiri daripada kapal pengangkut Pluto (2,000 tons) dan Paolo (4,000 tons) berhampiran Astypalea.

Semasa Pertempuran Leros, Olga membawa anggota-anggota dari Long Range Desert Group ke pulau tersebut. Pada 26 September 1943, Olga diserang oleh 25 buah kapal terbang pengebom Junkers Ju 88 di Teluk Lakki di Pulau Leros. Cmdr. Blessas bersama 6 pegawai lain dan 65 orang anak kapal terkorban dan karam bersama kapal mereka. Sebuah memorial telah didirikan di Lakki bagi memperingati mereka.

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting