Pencerutan pembuluh darah

(Dilencongkan dari Vasokonstriksi)

Pencerutan pembuluh darah atau vasokonstriksi ialah penyempitan pembuluh darah disebabkan oleh pengecutan dinding otot pembuluh, terutamanya arteri besar dan arteriol kecil. Proses ini bertentangan dengan pendilatan pembuluh darah, iaitu pelebaran pemubluh darah. Proses ini terutamanya penting dalam menghentikan perdarahan dan kehilangan darah akut. Apabila pembuluh darah mencerut, aliran darah terhalang atau berkurang, lalu menahan haba badan atau daya tahan pembuluh darah meningkat. Ini memperpucat kulit kerana kurang darah mencapai permukaan, mengurangkan sinaran haba. Pada paras lebih besar, pencerutan pembuluh darah ialah satu mekanisme yang melibatkan badan mengawal atur dan mengekalkan tekanan arteri min.

Vasokonstriksi
Vasokonstriksi mikrovesel oleh perisit dan sel endotelium yang melingkari eritrosit (E).
Pengenalpastian
MeSHD014661
Terminologi anatomi

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Templat:Fisiologi kardiovaskular