Vedran Ćorluka

Pemain bola sepak

Vedran Ćorluka (disebut [ʋědran t͡ɕǒrluka]; lahir 5 Februari 1986) merupakan pemain bola sepak Croatia yang kini bermain untuk Lokomotiv Moscow dan untuk pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi bek tengah.

Vedran Ćorluka
Maklumat peribadi
Nama penuh Vedran Ćorluka[1]
Tarikh lahir (1986-02-05) 5 Februari 1986 (umur 38)
Tempat lahir Derventa, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lokomotiv Moscow
Nombor 14
Kerjaya remaja
Dinamo Zagreb
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2007 Dinamo Zagreb 61 (7)
2004–2005Inter Zaprešić (pinjaman) 27 (4)
2007–2008 Manchester City 38 (1)
2008–2012 Tottenham Hotspur 81 (1)
2012Bayer Leverkusen (pinjaman) 7 (0)
2012– Lokomotiv Moscow 159 (7)
Pasukan kebangsaan
2002 Croatia B16 7 (2)
2002–2003 Croatia B17 11 (2)
2003 Croatia B18 3 (0)
2004–2005 Croatia B19 12 (4)
2005–2006 Croatia B21 9 (0)
2006–2018 Croatia 103 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Ogos 2019
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Julai 2018

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Ćorluka telah dilahirkan di Derventa, Republik Sosialis Bosnia dan Herzegovina, SFR Yugoslavia. Ibu bapa beliau, Jozo dan Anđa berasal dari Modran, yang terletak di Derventa. Disebabkan peperangan berlaku di Bosnia pada tahun 1992, keluarganya berpindah ke Zagreb, Croatia, di mana bapa beliau bekerja sebagai jurutera. Ibu beliau merupakan seorang hakim, Vedran memiliki seorang abang. Beliau bermula bermain bola sepak ketika dalam pasukan remaja Dinamo Zagreb semasa beliau berusia lapan tahun.[2] Kerjaya profesional Ćorluka bermula pada tahun 2003, tetapi musim itu, beliau tidak membuat sebarang penampilan untuk pasukan pertamanya. Beliau kemudian dipinjam ke Inter Zaprešić dan bermain selama satu musim, di mana beliau membantu pasukannya melonjak ke tangga kedua liga sebelum kembali ke Dinamo Zagreb pada tahun 2005. Selepas beliau membuat banyak aksi terbaik bersama Dinamo, beliau membantu kelabnya untuk memenangi gelaran Prva HNL selama tiga musim berturut-turut sejak 2005–06.

Manchester City sunting

Pada 2 Ogos 2007, Ćorluka menandatangani untuk bersama Manchester City.[3][4] City tidak mendedahkan bayarannya, tetapi media Croatia melaporkan bahawa bayaran itu sekita £8 juta sambil menandatangani kontrak lima tahun.[5]

Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk City ketika tewas 4–2 kepada Aston Villa dalam musim 2008–09.[6] Dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala UEFA, Ćorluka menendang masuk tendangan penalti ketika menang 4–2 ke atas kelab Denmark, Midtjylland selepas seri 1–1 agregat. Perlawanan terakhir beliau bersama City ketika menentang Sunderland pada 31 Ogos 2008, dengan membaling jersinya kepada para peminat selepas habis perlawanan.[7]

Tottenham Hotspur sunting

Pada 1 September 2008, Ćorluka menandatangani sebuah kontrak untuk bersama Tottenham Hotspur dengan bayaran sebanyak £5.5 juta dengan kontrak selama enam tahun, beliau juga mempunyai rakan senegara di Spurs, Luka Modrić.[8] Ketika satu perlawanan menentang Stoke City pada 19 Oktober, Corluka telah mengalami kecedearan. Beliau telah terlanggar dengan rakan sepasukan Heurelho Gomes, lalu beliau tidak menyedarkan diri apabila terkena dagu akibat perlanggaran tadi. Sepuluh minit kemudina, beliau dikejarkan ke hospital di mana tiada kecederaan serius dilaporkan.[9] Dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris pada 1 Mac 2009, Ćorluka menjaringkan gol pertamanya untuk Tottenham ketika penentuan tendangan penalti menentang Manchester United. Beliau telah digelar oleh para penyokong Spurs iaitu 'Charlie'.[10]

Ćorluka gol liga pertamnya untuk Tottenham ketika seri 2–2 menentang Bolton Wanderers pada 3 Oktober 2009.[11]

Bayer Leverkusen (pinjaman) sunting

Pada pemindahan Januari 2012, Ćorluka telah dipinjam ke kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen untuk musim 2011–12.[12]

Ćorluka membuat debut untuk Leverkusen ketika seri 2–2 menentang Stuttgart pada 4 Februari, dengan bermain penuh 90 minit.[13] Dalam pemunculan pertama dalam perlawanan Liga Juara-Juara untuk Leverkusen, Ćorluka membuat hantaran kepada Michal Kadlec pada minit ke-52 sebelum digantikan pada minit ke-90 oleh Danny da Costa, Leverkusen tewas 3-1 kepada Barcelona.[14] Penampilan terakhir pemain Croatia itu untuk Leverkusen ketika menumpaskan 1. FC Nürnberg, 4-1 pada 5 Mei[15] ketika penyerang Leverkusen, Kießling menjaringkan hatrick.[16][17]

Lokomotiv Moscow sunting

Pada 27 Jun 2012, Lokomotiv Moscow telah membeli Ćorluka dari Tottenham Hotspur dengan bayaran sebanyak £5.5juta. Ćorluka menandatangani kontrak tiga tahun berikutan beliau melepasi ujian kesihatan.[18] Beliau menjaringkan gol untuk Lokomotiv ketika debutnya menentang Mordovia Saransk, 3–2. Pada September 2012[19] dan Mac 2014,[20] Ćorluka telah dinamakan sebagai pemain terbaik bulanan.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Ćorluka (dua dari kiri) sedang menyelit Neymar ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Brazil.

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Croatia ketika menentang juara dunia pada ketika itu, Itali pada 16 Ogos 2006 di Livorno, Itali. Croatia menang 2–0 dan Ćorluka memasuki padang pada separuh masa kedua. Beliau pada masa itu berusia 20 tahun.

Ketika kempen kelayakan UEFA Euro 2008, beliau menjadi pemain utama di bawah jurulatih Slaven Bilić. Croatia menghabiskan kempen dengan menduduki tempat pertama Kumpulan E, manakala Rusia yang menduduki tempat kedua layak dan England gagal untuk ke Euro 2008.

Ćorluka bermain dalam perlawanan akhir Croatia di UEFA Euro 2008 selepas tewas kepada Turki pada penentuan tendangan penalti.[21] Pemain sayap Turki, Arda Turan dalam satu temu ramah bersama UEFA mengatakan bahawa Ćorluka antara pemain bek kanan paling sukar untuk lepasi, sejurus selepas perlawanan menentang Croatia.[22]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Kelab Liga Musim Liga Piala Piala liga Eropah Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Inter Zaprešić Prva HNL 2004–05 27 4 0 0 0 0 0 0 27 4
Jumlah 27 4 0 0 0 0 0 0 27 4
Dinamo Zagreb Prva HNL 2005–06 31 3 2 1 0 0 0 0 33 4
2006–07 30 4 8 0 0 0 6 0 44 4
Jumlah 61 7 10 1 0 0 6 0 77 8
Manchester City Liga Perdana Inggeris 2007–08 35 0 3 0 3 0 0 0 41 0
2008–09 3 1 0 0 0 0 3 0 6 1
Jumlah 38 1 3 0 3 0 3 0 47 1
Tottenham Hotspur Liga Perdana Inggeris 2008–09 34 0 2 0 5 0 0 0 41 0
2009–10 29 1 5 0 2 0 0 0 36 1
2010–11 15 0 1 0 0 0 8 0 24 0
2011–12 3 0 0 0 1 0 4 0 8 0
Jumlah 81 1 8 0 8 0 12 0 109 1
Bayer Leverkusen (pinjaman) Bundesliga 2011–12 7 0 0 0 0 0 1 0 8 0
Jumlah 7 0 0 0 0 0 1 0 8 0
Lokomotiv Moscow Liga Perdana Rusia 2012–13 27 1 1 0 0 0 0 0 28 1
2013–14 28 1 0 0 0 0 0 0 28 1
Jumlah 55 2 1 0 0 0 0 0 56 2
Jumlah kerjaya 269 15 22 1 11 0 22 0 324 16

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Dinamo Zagreb[23]

Rujukan sunting

  1. ^ name="Statistics">"Statistics" (PDF). Premier League. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-07-11. Dicapai pada 22 March 2010.
  2. ^ "Vedran Corluka – Manchester City's New Croatian International". Soccerphile. Soccerphile.com. Dicapai pada 20 September 2009.
  3. ^ name="Elano heads Man City triple swoop">"Elano heads Man City triple swoop". British Broadcasting Corporation. BBC Sport. 2 August 2007. Dicapai pada 2 August 2007.
  4. ^ Oscroft, Tim (2 August 2007). "Sven welcomes Corluka". Manchester City F.C. mcfc.co.uk. Dicapai pada 6 October 2009.
  5. ^ Bailey, Graeme (2 August 2007). "City land Croatian stopper". Sky Sports. Dicapai pada 21 September 2009.
  6. ^ Bevan, Chris (17 August 2008). "Aston Villa 4–2 Man City". British Broadcasting Corporation. BBC Sport. Dicapai pada 6 October 2009.
  7. ^ Stevenson, Jonathan (1 September 2008). "Transfer deadline day". British Broadcasting Corporation. BBC Sport. Dicapai pada 1 September 2008.
  8. ^ "Spurs sign Corluka from Man City". British Broadcasting Corporation. BBC Sport. 1 September 2008. Dicapai pada 21 September 2009.
  9. ^ Hughes, Ian (19 October 2008). "Stoke 2–1 Tottenham". British Broadcasting Corporation. BBC Sport. Dicapai pada 21 September 2009.
  10. ^ "FT: Man United 0 Tottenham 0 (MU win 4–1 on penalties)". Sky Sports. skysports.com. 1 March 2009. Dicapai pada 6 October 2009.
  11. ^ Lyon, Sam (3 October 2009). "Bolton 2–2 Tottenham". British Broadcasting Corporation. BBC Sport. Dicapai pada 6 October 2009.
  12. ^ "Vedran Corluka leaves Tottenham to join Bayer Leverkusen on loan". British Broadcasting Corporation. BBC Sport. 31 January 2012. Dicapai pada 31 January 2012.
  13. ^ "Bayer Leverkusen 2-2 VfB Stuttgart". ESPN Soccernet. 4 February 2012. Dicapai pada 1 July 2012.
  14. ^ Ornstein, David (14 February 2012). "Bayer Leverkusen 1-3 Barcelona". BBC Sport. Dicapai pada 1 July 2012.
  15. ^ "Nurnberg 1-4 Bayer Leverkusen". ESPN Soccernet. 5 May 2012. Dicapai pada 1 July 2012.
  16. ^ "Bayer 04 Leverkusen 4 vs 1 FC Augsburg". goal.com. 18 February 2012. Dicapai pada 1 July 2012.
  17. ^ "Augsburg : Leverkusen 1:4 (1:2)". bundesliga.de. 9 September 2011. Dicapai pada 1 July 2012.
  18. ^ Ведран Чорлука подписал контракт с "Локомотивом" (dalam bahasa Russian). fclm.ru. 27 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29. Dicapai pada 1 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ Ведран Чорлука – игрок сентября! (dalam bahasa Russian). FC Lokomotiv Moscow. 8 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-28. Dicapai pada 2014-12-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  20. ^ Ведран Чорлука – игрок марта! (dalam bahasa Russian). FC Lokomotiv Moscow. 7 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-08. Dicapai pada 2014-12-07.CS1 maint: unrecognized language (link)
  21. ^ Kay, Oliver (20 June 2008). "Slaven Bilic left dazed by reversal of fortune". Vienna: The Times Online. Dicapai pada 21 September 2009.
  22. ^ "Arda stronger and wiser". UEFA. 4 March 2010. Dicapai pada 4 March 2010.
  23. ^ name="Soccerway">"V. Ćorluka". Soccerway. Dicapai pada 5 December 2014.

Templat:Skuad FC Lokomotiv Moscow