S. Vell Paari (lahir 1965) merupakan ahli politik daripada Kongres India Malaysia (MIC) dan anak lelaki presiden parti tersebut, Datuk Seri S. Samy Vellu. Vell Paari juga ketua pegawai eksekutif Maika Holdings Berhad. Di peringkat akar umbi, beliau adalah ahli jawatankuasa kerja MIC dan penasihat Putera Puteri MIC.

Isterinya ialah Shaila Nair, seorang ahli cawangan Puteri MIC.

Isu-isuSunting

Kematian K. SujathaSunting

Pada 25 Jun 2007, K Sujatha, seorang pelakon Tamil tempatan dan juga bekas setiausaha sulit beliau dari tahun 1999-2007 ditemui minum racun SP Paraquat di Kondominium Sang Suria, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sebelum keluar menonton wayang dengannya di sebuah pawagam. Vell Paari menghantar Sujatha ke [[Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selepas mendapat nasihat daripada Dr. Sakhti Vello. 3 hari kemudian, pada 25 Julai 2007 mati di hospital.[1]

Di dalam inkues kematian K Sujatha, terdapat foto perkahwinan Vell Paari yang dikoyak dijumpai di katil pelakon berkenaan di sebuah apartmen dan Vell Paari tidak tahu bagaimana foto berkenaan sampai ke situ.[2]

Vell Paari menanggung pengajian dua adik lelaki Sujatha, K. Ugenthiran, 28, dan K. Surenthiran, 26, di Australia.[3]

Pada 9 Julai 2009, ahli parlimen Kapar S. Manikavasagam mendedahkan 3 pita video majlis pengkebumian Sujatha.[4]

Gerakan Anti Samy VelluSunting

Vell Paari menuduh bekas timbalan presiden Datuk S. Subramaniam ‘dalang’ disebalik penubuhan ‘Gerakan Anti Samy Vellu’ (GAS) yang diumum V Mugilan. Mugilan , ahli Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) K.P Samy dan G. Kumar Aamaan dipecat kerana mengkritik presiden MIC.Nama Mugilan tiba-tiba panas dan meletup untuk jadi calon bertanding pada PRK Hulu Selangor April 2010. Difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah setuju[perlu rujukan] dengan nama Mugilan setelah pengundi-pengundi di Hulu Selangor menolak[perlu rujukan] timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel bertanding semula.

Tuduhan Dalang UMNO Pecah MICSunting

Pada 24 Mei 2010 di laman sesawang Free Malaysia Today, Vell Paari mendakwa UMNO campurtangan dalam krisis parti itu dan terlibat dalam usaha menyingkir bapanya.UMNO menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.Ketidaksamarataan menyebabkan kaum Cina dan India tidak memilih BN pada pilihan raya 2008 dan bukannya disebabkan oleh soal kepimpinan dalam parti MCA dan MIC seperti yang hangat diperkatakan kebelakangan ini.[5]

Pada 25 Mei 2010, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan itu sebagai biadap dan meminta Samy Vellu menasihati anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

Pemimpin MIC langsung tidak mahu mengakui kelemahan mereka sebaliknya cuba menuding jari kepada pihak lain dengan harapan boleh terus menerajui kepimpinan parti. Permasalahan dalam parti mestilah mengikut perlembagaan dan prosedur parti. Dalam pilihan raya umum ke-12 2008, Datuk Seri S. Samy Vellu telah ditolak oleh rakyat termasuk masyarakat India sendiri.Pemimpin parti itu 'ala diktator', yang langsung tidak boleh ditegur dan sesiapa sahaja yang berbuat demikian akan dipecat. [6]

RujukanSunting