Velvet Lawrence Aduk

(Dilencongkan dari Velvet)

Velvet Lawrence Aduk atau lebih dikenali sebagai Velvet (lahir 14 Februari 1987) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Penampang, Sabah.

Velvet Lawrence Aduk
Nama lahirVelvet Lawrence Aduk
Juga dikenali sebagai
Velvet AF4, Velvet Aduk
Kelahiran (1987-02-14) 14 Februari 1987 (umur 37)
Penampang, Sabah.
Berasal dariSabah Sabah
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Richael L. Gimbang, Marsha Milan

Beliau meminati penyanyi Nora, Jaclyn Victor, dan Mariah Carey. Pelakon kegemarannya pula ialah Devon Sawa, Brad Pitt, Saiful Apek, Hans Isaac, Drew Barrymore, Julia Robert, Maya Karin, dan Erra Fazira. Bekerja sebagai tukang masak pada waktu siang dan menyanyi pada waktu malam, gadis gipsi ini menyukai gaya nyanyian Nora.

Maklumat Lain sunting

Makanan Kegemaran : Hinava
Minuman Kegemaran : Milo ais
Filem Kegemaran : White Chicks
Lagu Kegemaran : Tell Me Where It Hurts
Hobi : Menyanyi
Zodiak : Aquarius
Tinggi : 169 cm
Berat : 67 kg
Bangsa : Dusun

Akademi Fantasia 4 sunting

Velvet diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju ke peringkat akhir untuk musim kali ini bersama Faizal, Farhan, dan Haziq serta Lotter yang diserap masuk pada minggu ke-9. Pada 5 Ogos 2006, beliau memenangi tempat kelima dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Velvet juga dikaitkan dengan seorang peserta yang terkeluar pada Konsert ke-3 iaitu Rich kerana dilihat kelihatan mesra. Pada rancangan AF Ekslusif bersama Velvet yang memaparkan kisahnya di AF tanpa dipotong yang juga menunjukkan kedua-dua pelajar ini sangat intim.


Lagu-lagu di Akademi Fantasia sunting

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan beliau ketika konsert prelud dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

Konsert Lagu Ked.
Prelude "Naluri (Hadirlah Kekasih)" nyanyian asal Nora Ariffin Top 12
Minggu 1 "Darah Muda" nyanyian asal Saloma Ke-11
Minggu 2 "Langit Ke-7" nyanyian asal Sharifah Zarina Ke-7
Minggu 3 "Teman Tapi Mesra" nyanyian asal Ratu Ke-5
Minggu 4 "Dikir Puteri" nyanyian asal Noraniza Idris Ke-4
Minggu 5 "Sangkar Cinta" nyanyian asal Ziana Zain Ke-6
Minggu 6 "Run Baby Run" nyanyian asal Sheryl Crow Ke-5
Minggu 7 "Caramu" nyanyian asal Nikki Palikat & Zahid Ke-3
Minggu 8 "Penantian" nyanyian asal Harmoni Ke-3
Minggu 10 (Akhir) "Rembulan" nyanyian asal Krisdayanti Tempat Kelima
"Kini Detiknya" nyanyian asal Velvet (lagu baru)
  • Lagu: Sharon Paul
  • Lirik: Fedtri Yahya

Diskografi sunting

Album EP sunting

Album kompilasi AF sunting

Single Lain sunting

  • Pertemuan Ini
  • Tolong
  • Jauh
  • Bayanganmu
  • Sumandak Sabah (duet bersama Marsha Milan)
  • Tidurlah Sayang
  • Oi Gaman (duet bersama Marsha Milan)
  • Aramaitiii (duet bersama Marsha Milan)

Lihat Juga sunting


Pautan Luar sunting