Vepkhistkaosani (Bahasa Georgia: ვეფხისტყაოსანი pronounced [vɛpʰxist’q’ɑosɑni] "si kesateria berkulit harimau") adalah puisi epik bahasa Georgia dikarang pada abad ke-12 di tanah Georgia oleh Shota Rustaveli.[1] Sajak ini berisi lebih dari 1600 patah rangkap[2] menyanjung kemuliaan dan kegemilangan pemerintahan Ratu Tamar ke atas Kerajaan Georgia yang makmur ketika itu.[3][4]

Karya ini dianggap sebagai suatu "mahakarya sastera Georgia"[2] meraikan alam, seni dan pemikiran yang ada dalam budaya negara itu.[5] Pentingnya karya ini sehingga salinan puisi ini menjadi sebahagian hantaran setiap pengantin perempuan dalam masyarakat negeri tersebut sampai selewat abad ke-20.[6][7]

Minat terhadap sajak ini di luar negara Georgia pertama kali muncul pada tahun 1802 dengan terjemahan bait pertama puisi itu ke dalam bahasa Rusia dilakukan Yevgeny Bolkhovitinov.[8] Marie-Félicité Brosset menerjemahkan separa karya ini dalam bahasa Perancis pada tahun 1828.[9] Pada tahun 1912, Marjory Wardrop menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris pertama karya ini yang tersedia.[10] Sejak itu, karya ini telah diterjemahkan kepada sebanyak lebih 23 bahasa dunia pada hari ini.[11]

Jalan cerita sunting

Raja tanah Arab Rostevan, tidak ada waris putera lalu menabalkan satu-satunya puteri baginda Tinatin yang cantik dan bijaksana. Tinatin pula jatuh cinta kepada Avtandil, ksatria dan panglima balatentera diraja. pada Suatu hari, Avtandil mencabar Raja Rostevan bertanding memburu. Setelah tiga hari, mereka menemui seorang kesateria berpakaian kulit harimau yang menangis di tepi sungai. setiap pengutus yang mendekatinya dibunuhnya dan menghilang. Maka, Rostevan menghantar di seluruh negeri untuk mencari kesatria misteri itu, tetapi menjadi kecewa apabila gagal. Tinatin meminta Avtandil mencari kesateria aneh itu dalam tempoh tiga tahun dengan perkahwinan sebagai ganjarannya.

Setelah dua tahun dan sembilan bulan melakukan pencarian, Avtandil mendapati si kesateria berkulit rimau disebutkan bersembunyi dalam sebuah gua ditemani seorang dayang. Kesateria ini memperkenalkan diri sebagai Tariel, putera Raja Saridan yang memerintah salah satu dari tujuh kerajaan segabungan di tanah India diperintah Raja Pharsadan: Tariel bertahun-tahun jatuh cinta dengan puteri Pharsadan, Nestan-Darejan. Tariel berperang menentang orang-orang Khatai untuk menawan hati Nestan, tetapi kecewa apabila mendapati Nestan telah dilamar seorang kepada putera Khwarazmi. Nestan sendiri meminta putera itu dibunuhnya; tetapi puteri itu dibawa lari jauh di lautan, dan Tariel tidak berhasil mencarinya. Avtandil yang kasihan mendengar cerita Tariel mule bersahabat dengannya.

Avtandil menuju ke kerajaan Phridon dan kemudian di bandar Gulansharo di mana baginda tidak menemukan petunjuk mengenai Nestan. Di Gulansharo, Avtandil bertemu Patman, isteri ketua Usen: Nestan dijaga di rumahnya dan dibantu melarikan diri tetapi Nestan diculik oleh Kaji sang raja iblis. Avtandil kemudian pulang ke gua Tariel di mana ketiga-tiga mereka memutuskan berangkat ke negeri sang Kaji mengetuai sepasukan tiga ratus orang askar menyelamatkan Nestan. Setelah Nestan berjaya diselamatkan, semua mereka kembali ke tanah Arab di mana Raja Rostevan mengampunkan Avtandil. Malah, perkahwinan Avtandil dengan Tinatin diadakan dengan meriah. Kesemua mereka berangkat ke tanah India di mana Tariel mengahwini Nestan. Phridon juga kembali ke tanah airnya dan ketiga-tiga mereka memerintah kerajaan masing-masing dengan penuh makmur dan murah hati.[12]


Rujukan sunting

  1. ^ Baramidze & Gamezardashvili, p. 17
  2. ^ a b Shengelia, p. 106
  3. ^ Baramidze & Gamezardashvili, p. 19
  4. ^ David Marshall Lang. Landmarks in Georgian Literature. School of Oriental and African Studies, 1966, p. 20
  5. ^ Asatiani & Bendianashvili, p. 151
  6. ^ Shengelia, p. 105
  7. ^ Delshad, p. 18
  8. ^ Bolkhovitinov, Историческое изображение Грузии в политическом, церковном и учебном ее состаянии, St. Petersburg, 1802
  9. ^ Brosset, pp. 277-294
  10. ^ Taktakishvili & Urushadze, pp. 142-148
  11. ^ Filson, Nicolette (9 Ogos 2021). "Most translated books by country". Preply. Dicapai pada 21 September 2021.
  12. ^ The Knight in the Panther's Skin, XXX-XLV