Vernon Jay "Verne" Troyer ((1969-01-01)1 Januari 1969 – 21 April 2018(2018-04-21) (umur 49)) ialah seorang pelakon, and aksi ngeri Amerika Syarikat. Troyer dikenali kerana ketinggiannya 2 kaki 8 inci (0.81 m), akibat cartilage–hair hypoplasia dwarfism, menjadikan dia salah seorang terpendek di dunia. Dia paling dikenali bagi peranannya Mini-Me dalam siri filem komedi Austin Powers.

Verne Troyer
Troyer pada tahun 2017
Kelahiran
Vernon Jay Troyer

(1969-01-01) 1 Januari 1969 (umur 55)
Meninggal dunia21 April 2018(2018-04-21) (umur 49)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat

Tahun Awal sunting

Troyer berasal dari keluarga yang mengamalkan gaya hidup Amish, mereka menetap di Centreville, Michigan.[1] Sepanjang dia membesar dia tidak pernah menonton sebarang filem hinggalah dia berusia 17 tahun, jadi minat untuk berlakon dalam industri perfileman hanya datang bila dia menginjak dewasa.

Selepas keluarganya meninggalkan ajaran Amish, bapa dan ibunya bekerja sebagai pekerja kilang dan bapanya mengambil upah membaiki barangan rosak. Troyer mempunyai abang Devon dan adik perempuan Deborah yang membesar secara normal.

Dunia Perfileman sunting

Sebelum ke Hollywood, dia terlebih dahulu menjejakkan kaki ke Arlington, Texas bersama teman-teman untuk mencuba nasib. Atas faktor fizikalnya yang kerdil dia dapat memegang watak unik seperti memakai kostum di dalam filem-filem yang memerlukannya berlakon sebagai orang utan, gorilla, dan alien.[2]

Troyer mula membintangi filem bajet besar dengan bertindak sebagai double-body untuk filem Baby Day's Out kisah dimana seorang bayi lelaki dari keluarga kaya dibawa lari oleh penculik yang menyamar sebagai wartawan untuk sejumlah wang tebusan.[3]

Perhatian dunia mula terarah padanya apabila memegang watak Mini-Me didalam filem Austin Powers.

2008, Troyer tampil didalam The Love Guru, sekali lagi dia berlakon bersama Myers sebagai jurulatih pasukan hoki ais Coach Punch Cherkov.[4]

Selain dari itu, dia juga memegang watak Griphook di Harry Potter and the Philosopher's Stone.[5]

Pautan luar sunting