Vesikel semen

Vesikel semen ialah sepasang kelenjar yang terletak di belakang pundi kencing dalam badan beberapa mamalia lelaki. Kelenjar ini merembeskan bendalir yang menjadi sebahagian daripada air mani. Vesikel ini berukuran 5–10 cm dengan diameter 3–5 cm,[1] dan terletak di antara pundi kencing dengan rektum. Vesikel semen memiliki beberapa pundi dengan kelenjar-kelenjar rembesan yang bersambung dengan vas deferens sebagai duktus pancutan.[2] Vesikel ini menerima darah dari arteri vesikulodeferential dengan arteri vesikulodeferential sebagai laluan keluar. Permukaan kelenjar ini terdiri daripada sel epitelium turus dan kuboid. Vesikel ini wujud dalam banyak jenis mamalia, tetapi tidak termasuk kelompok marsupial, monotrem serta karnivor.

Vesikel semen
Male anatomy en.svg
Keratas rentas bahagian bawah abdomen lelaki yang menunjukkan bahagian saluran urin dan sistem pembiakan lelaki, dengan vesikel semen di atas kanan
Gray1160.png
Vesikel semen berdekatan prostat, dilihat dari hadapan dan atas
Butiran
PendahuluDuktus mesonefrum
SistemSistem pembiakan lelaki
ArteriArteri vesikel inferior, Arteri rektum tengah
LimfaNodus limfa iliak luaran, nodus limfa iliak dalaman
Pengenalpastian
nama bahasa LatinVesiculae seminales, glandulae vesiculosae
MeSHD012669
TAA09.3.06.001
FMAFMA:19386
Terminologi anatomi

Radang di vesikel semen - vesikulitis semen, boleh berlaku akibat jangkitan bakteria terbitan penyakit kelamin atau proses pembedahan. Keradangan ini boleh membawa sakit di bahagian bawah abdomen, skrotum, zakar atau peritoneum, pancutan mani yang menyakitkan dan kehadiran sperma dalam darah (hematospermia). Masalah ini sering diubati dengan antibiotik, tetapi mungkin memerlukan pembedahan pengaliran keluar dalam kes-kes teruk. Other conditions may affect the vesicles, including congenital abnormalities such as failure or incomplete formation, and, uncommonly, tumours. Masalah-masalah lain juga boleh mengakibatkan masalah pada vesikel termasuk pembentukan vesikel yang tidak sempurna atau lebih jarang lagi, tumor.

RujukanSunting

  1. ^ Standring, Susan, penyunting (2016). "Seminal vesicles". Gray's anatomy : the anatomical basis of clinical practice (ed. 41st). Philadelphia. m/s. 1279–1280. ISBN 9780702052309. OCLC 920806541.
  2. ^ Michael H. Ross; Wojciech Pawlina (2010). "Male Reproductive System". Histology: A Text and Atlas, with Correlated Cell and Molecular Biology (ed. keenam). m/s. 828. ISBN 978-0781772006.


Pautan luarSunting