Vespa ialah satu jenama skuter Itali yang dibuat oleh syarikat Piaggio. Nama "vespa" bermaksud penyengat dalam bahasa Itali.

Vespa
Anak syarikat
IndustriSkuter
Ditubuhkan23 April 1946 di Firenze
Ibu pejabatPontedera, Itali
IndukPiaggio & Co. SpA
Laman web rasmi
vespa.com
Vespa klasik di Perth, Australia.
Bunyi Vespa klasik

Vespa telah berevolusi daripada skuter bermotor ekamodel yang dikilangkan pada tahun 1946 oleh Piaggio & Co. S.p.A. dari Pontedera, Itali—kepada satu aneka skuter dan salah satu daripada tujuh syarikat milik Piaggio—kini pengeluar kenderaan dwiroda yang terbesar di Eropah dan pengeluar motosikal keempat terbesar di dunia dari segi jualan unit.[1]

Semenjak mula beroperasi, skuter jenama Vespa dikenali dengan badan keluli tertekan dan bercat yang menggabungkan penutup enjin yang selengkapnya (menutup mekanisme enjin dan melitupi kotoran atau gris), papan lantai yang leper (untuk perlindungan kaki), dan reraut depan yang menonjol (untuk perlindungan daripada angin) ke dalam satu unit struktur.


RujukanSunting

  1. ^ "Piaggio Group Launches Market Expansion Plans". Rider Magazine. Dicapai pada 2007-09-03.

Pautan luarSunting