Verein für Leibesübungen Wolfsburg e. V., ataupun dikenali sebagai VfL Wolfsburg atau Wolfsburg, merupakan sebuah kelab profesional yang berpangkalan di Wolfsburg, Sachsen Hilir. Kelab ini bermain di Bundesliga iaitu liga yang handal di Jerman. Wolfsburg telah memenangi Bundesliga hanya sekali dalam sejarah mereka, dalam 2008-09 dan mereka telah naib juara dalam DFB-Pokal pada tahun 1995. Pengurus baru kelab ini adalah Dieter Hecking yang berpindah dari 1. FC Nürnberg. Tajaan penuh kelab ini adalah Volkswagen iaitu sebuah syarikat kereta yang terkenal di seluruh dunia.[1][2] Sejak 2002, stadium Wolfsburg adalah Volkswagen Arena.
VfL Wolfsburg |
Nama penuh | Verein für Leibesübungen Wolfsburg e. V. (kelab rasmi) Verein für Leibesübungen Wolfsburg Fußball GmbH (kelab bola sepak) |
---|
Gelaran | Die Wölfe (Si musang) |
---|
Diasaskan | 12 September 1945; 77 tahun yang lalu (1945-09-12) |
---|
Stadium | Volkswagen Arena (Kapasiti: 30,000) |
---|
Owner | Volkswagen (of GmbH) |
---|
Pengarah Eksekutif | Francisco Javier García Sanz |
---|
Head Coach | Dieter Hecking |
---|
Liga | Bundesliga |
---|
2021/22 | Ke-12 |
---|
Tapak sesawang | Laman kelab |
---|
|
|
|
Musim semasa |
Wolfsburg bermain di Volkswagen Arena, sebuah stadium pelbagai guna yang menempatkan jumlah kapasiti 30,000 penonton. Sebelum pembinaan selesai pada tahun 2002, Wolfsburg bermain di 20,500 kapasiti iaitu VfL-Stadion am Elsterweg, di mana skuad amatur masih bermain. Pada masa ini, stadium ini digunakan kebanyakannya VfL Wolfsburg sebagai tuan rumah. Stadium ini adalah bukti di mana Wolfsburg memenangi gelaran Bundesliga pertama mereka pada musim 2008-09.