Victor Ma. Regis "Vico" Nubla Sotto (sebutan Tagalog[ˈviko ˈsɔtɔ]; lahir 17 Jun 1989) ialah seorang ahli politik Filipina dan Datuk Bandar Pasig, Metro Manila.[1] Sotto mula berkecimpung dalam politik ketika bertanding untuk kerusi di Dewan Bandar Pasig pada 2016. Beliau memenangi pilihan raya sebagai ahli politik bebas dan memegang jawatan selama satu penggal jawatan dalam dewan bandar.[2] Beliau menyertai parti Aksyon Demokratiko dan terpilih menjadi Datuk Bandar Pasig pada 2019.

Sotto di Universiti Asia dan Pasifik, 6 Jun 2019

Rujukan sunting

  1. ^ Mercado, Neil Arwin. "Millennial Vico Sotto takes oath as Pasig City mayor". Philippine Daily Inquirer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada July 1, 2019. Dicapai pada July 1, 2019.
  2. ^ Carpio, Audrey. "Will Vico Sotto be Pasig's final answer?". ABS CBN News and Public Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada April 22, 2019. Dicapai pada June 3, 2019.