Victor Andrag (lahir pada 29 Mac 1976 di Bedong, Kedah) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Kedah. Bersama Kedah, Victor telah memenangi hampir kesemua gelaran dalam pertandigan domestik.

Victor Andrag
Maklumat peribadi
Nama penuhVictor a/l Andrag
Tarikh lahir (1976-03-29) 29 Mac 1976 (umur 44)
Tempat lahirBedong, Kedah, Malaysia
Posisi permainanPertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkiniKedah
Nombor2
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2001
2002-
Kedah Ansell
Kedah
Pasukan kebangsaan
2002Malaysia2 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

BiografiSunting

Victor dibesarkan di Bedong, sebuah pekan yang berada 12 km dari Sungai Petani. Victor merupakan atlet olahraga untuk sekolahnya, Kolej Sultan Abdul Hamid dalam acara 400 meter.

KerjayaSunting

Victor merupakan pemain paling berpengalaman dalam skuad Kedah. Dia diberi tanggungjawab untuk menjadi ketua pasukan Kedah selepas Akmal Rizal Rakhli dan Mohd Fauzi Nan berpindah ke pasukan lain. Dia sering dilihat mengisi posisi pertahanan. Pada Anugerah Bola Sepak Malaysia 2008, Victor dianugerahkan selaku Pemain Pertahanan Terbaik.

MalaysiaSunting

Victor pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Piala Tiger 2002. Dia hanya bermain dua perlawanan iaitu ketika menentang Laos dan Vietnam.