Victoria Institution

Victoria Institution (VI), kembali ke nama asalnya pada tahun 2009. Ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria untuk seketika. Victoria Institution merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan lelaki (dan perempuan untuk tingkatan enam) di Kuala Lumpur, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1893, sekolah ini merupakan sekolah tertua di ibu negara.[1] Victoria Institution mempunyai 1,052 orang pelajar pada tahun 2009, iaitu 1,009 pelajar lelaki dan 43 pelajar perempuan (pra-universiti), serta mempunyai tenaga pengajar seramai 89 orang.[2] Moto sekolah adalah "Be Yet Wiser" diterjemahkan, "Menjadi Lebih Bijaksana".

Victoria Institution
Lokasi
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Malaysia
Maklumat
JenisKerajaan (bukan berasrama penuh) sekolah menengah lelaki
MotoScholar, Sportsman, Gentleman"
Ditubuhkan14 Ogos 1893 (1893-08-14)
Guru besarPuan Nur Elisa Tee Lee Hwa
GredTingkatan 1 - Tingkatan 6
Kemasukan800
KampusKampus besar sekolah, di hujung pusat bandar
WarnaBiru laut & Biru Diraja (diambil selepas warna Universiti Oxford dan Universiti Cambridge)
AfiliasiKementerian Pendidikan Malaysia
SingkatanV.I.
Laman sesawang
Map

Sejarah Sunting

Victoria Institution telah diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng pada 14 Ogos 1893. Ia berjaya mengekalkan kecemerlangannya dalam melahirkan ramai tokoh termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta menteri-menteri Kabinet terdahulu dan sekarang seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan bekas hakim Datuk Mahadev Shankar.

Sekolah itu juga, merupakan sekolah menengah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu dan turut memainkan peranan dalam sejarah tanah air apabila digunakan oleh askar Jepun pada Perang Dunia Kedua.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria telah disenaraikan sebagai Warisan Kebangsaan. Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut mengumumkan bahawa ia akan dikenali semula sebagai Victoria Institution (VI) mulai 14 Februari 2009. Sekolah itu diangkat sebagai Warisan Kebangsaan kerana ia memenuhi kriteria berdasarkan Akta Warisan 2005.[3]

Lagu sekolah Sunting

Versi Inggeris Versi Melayu

Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School.
Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School
For their foresight and devotion,
Some who came across the ocean,
Some Malaysia's own sons,
All true Victorians.

Let us next remember here
All who passed through this our School.
Let us next remember here
All who passed through this our School,
Not one race but one in feeling
For a school to each appealing
That instruction be not all
Nor this School just roof and wall.

Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
In our work and in our leisure,
With such zeal and in such measure
That the new Victorians
Match with Old Victorians.
Lirik oleh:G. F. Jackson

Sanjungan didendangkan
Pengasas nan budiman
Sanjungan didendangkan
Pengasas nan budiman
Kerana jasa khidmat mulia
Yang mengharung samuderaya
Dan putera Malaysia
Kekal cita Victoria

Kenangan dilayangkan
Pada semua lepasan
Kenangan dilayangkan
Pada semua lepasan
Lain bangsa satu cita
Diingatkan pada semua
Ilmu zahir utama
Rohani pun setara

Ikrar pula lafazkan
Junjung sekolah pujaan
Ikrar pula lafazkan
Junjung sekolah pujaan
Dalam usaha gerak laku
Warisan lama dan baru
Bergandingan, bersatu
Hidup Victoria diaju
Lirik oleh: Zainab bt Yusop

Alumni Sunting

Alamat Sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria
Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur
Telefon = 320782489
Fax = 320316854

Rujukan Sunting

  1. ^ "Victoria Institution rai ulang tahun ke-125". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-17. Dicapai pada 2018-05-22.
  2. ^ "Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-10. Dicapai pada 2018-05-22.
  3. ^ SMK Victoria dikenali semula Victoria Institution
  4. ^ http://www2.nst.com.my/channels/learning-curve/my-schooldays-don-t-get-into-silly-fights-1.87971

Pautan luar Sunting

Koordinat: 3°08′19″N 101°42′08″E / 3.138607°N 101.702320°E / 3.138607; 101.702320