Vigdís Finnbogadóttir

Vigdís Finnbogadóttir ([ˈvɪɣtis ˈfɪn.pɔɣaˌtoʊhtɪr]; lahir 15 April 1930) berkhidmat sebagai Presiden Iceland yang keempat dari 1 Ogos 1980 hingga 1996. Beliau merupakan presiden wanita pertama yang dipilih langsung secara demokratik di dunia.[1] Tempoh jawatannya selama genap enam belas tahun juga menjadikannya ketua negara wanita yang berkhidmat paling lama di mana-mana negara. Pada masa ini, beliau adalah seorang Duta Muhibah UNESCO serta seorang Anggota Kelab Madrid.[2] Beliau juga merupakan satu-satunya presiden wanita Iceland.

Vigdís Finnbogadóttir
Presiden Iceland ke-4
Perdana MenteriGunnar Thoroddsen
Steingrímur Hermannsson
Þorsteinn Pálsson
Steingrímur Hermannsson
Davíð Oddsson
Didahului olehKristján Eldjárn
Digantikan olehÓlafur Ragnar Grímsson
Butiran peribadi
Lahir (1930-04-15) 15 April 1930 (umur 94)
Reykjavík, Kerajaan Beraja Iceland
Alma materUniversiti Paris
Grenoble Alps University
Universiti Copenhagen
Universiti Iceland

Sebagai Presiden Iceland sunting

Walaupun jawatan Presiden Iceland merupakan secara umumnya pangkat kebesaran, namun Vigdís terlibat secara aktif sebagai seorang aktivis alam sekitar serta memperjuangkan budaya dan bahasa Iceland dengan bertindak sebagai duta budaya dalam mempromosikan negaranya. Dia menekankan peranan negara-negara kecil serta menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Reykjavík yang dihadiri Ronald Reagan dan Mikhail Gorbachev pada tahun 1986. Beliau kuat berpegang pada mottonya 'jangan hampakan kaum wanita', dan beliau turut bekerja secara khususnya menggalakan pendidikan untuk kaum wanita. Beliau turut sedar akan peranannya sebagai model untuk golongan wanita muda.[3]

Persaraan sunting

Sejak tahun 1998, Vigdís dipilih menjadi Duta Muhibbah UNESCO bagi bidang bahasa.

Rujukan sunting

  1. ^ "Club of Madrid: Vigdís Finnbogadóttir". Club of Madrid. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 19 July 2010.
  2. ^ "Club of Madrid: Full Members". Club of Madrid. 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-10. Dicapai pada 30 March 2008.
  3. ^ Torild Skard (2014) 'Vigdís Finnbogadóttir' 'Women of power - half a century of female presidents and prime ministers worldwide.

Pautan luar sunting

Templat:Presiden Iceland