Vijay Eswaran (lahir pada 7 Oktober 1960) merupakan tokoh perniagaan Malaysia. Kini beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif QI Group yang beribupejabat di Hong Kong.

Zaman muda sunting

Vijay dilahirkan di Pulau Pinang pada 7 Okt 1960. Ibunya Puan Pushpavathy Chinnaiah, seorang guru dan ayahnya Vijayaratnam Saravanamuthu bekerja di Kementerian Buruh Malaysia (kini Kementerian Sumber Manusia).

Vijay merupakan seorang graduan sosio-ekonomi dari London School of Economics. Selepas berjaya menamatkan pelajarannya pada 1984, Vijay menetap di Eropah selama setahun membabitkan dirinya dalam pelbagai aktiviti termasuk bekerja dalam bidang pembinaan di Belgium, memetik buah anggur di Peranchis dan memandu teksi di London. Di London, beliau telah diperkenalkan kepada sistem pemasaran binari dan disebabkan itu beliau berusaha untuk mendapatkan kelayakan professional dari CIMA di United Kingdom, seterusnya berjaya lulus MBA dari Southern Illinois University pada 1986. Pada masa tersebut, beliau telah melibatkan diri secara separuh masa dalam bidang multilevel marketing (MLM) dan bekerja di Synaptics, Amerika Syarikat. Setelah kembali ke Malaysia , minat Vijay dalam bidang MLM bertambah serius dan beliau telah didekati untuk memulakan Cosway Group di Filipina.

Rujukan sunting