Vijayendra Ghatge ialah seorang pelakon lelaki India dalam industri filem dan TV Bollywood. Beliau dikenali menerusi wataknya sebagai Lala Vrishbhaan dalam siri TV Buniyaad yang asalnya disiarkan di DD National pada 1986. Diantara siri dan beberapa filem lain, beliau juga dikenali atas peranan-peranannya dalam Chitchor (1976), Prem Rog (1982), Devdas (2002) dan Jhankaar Beats (2003).

Vijayendra Ghatge
WarganegaraIndia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1976 - 2011
Laman web rasmiwww.vijayendra.in

Kerjaya sunting

Ghatge memulakan kerjaya filemnya menerusi peranan pembantu dalam filem Hindi Rajshri Productions 1976, Chitchor. Diarahkan oleh Basu Chatterjee, filem ini merupakan pecah panggung "Superhit".[1] Sejak itu, beliau memegang watak pembantu dalam filem seperti Kasme Vaade (1978), Tere Pyar Mein, Prem Rog (1982) dan Razia Sultan (1983). Pada pertengahan 1980an, Ghatge muncul dalam siri televisyen. Watak lakonannya ialah Lala Vrishbhaan, yang dilakonkannya dalam siri klasik 1986–87 Buniyaad menjadikan beliau antara nama besar.[2]

Pada tahun 2002, Ghatge muncul dalam filem arahan Sanjay Leela Bhansali, Devdas menerusi watak Bhuvan Choudhary, suami Paro, lakonan Aishwarya Rai.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Box office 1976". Boxofficeindia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 October 2013. Dicapai pada 24 Feb 2012.
  2. ^ "The Buniyaad folks, 18 years later". Rediff.com. Feb 2006. Dicapai pada 24 Feb 2012.
  3. ^ Arti R (11 Jul 2002). "What does it take to be Ash's husband?". Rediff.com. Dicapai pada 24 Feb 2012.

Pautan luar sunting