Viktor Axelsen

Viktor Axelsen (lahir 4 Januari 1994 di Odense) merupakan seorang pemain badminton dari Denmark. Beliau pernah memenangi Kejohanan Junior Dunia 2010 dengan mengalahkan wakil Korea, Kang Ji-wok dan menjadi pemain Eropah pertama memenangi gelaran itu. Pada 2011, beliau tewas kepada pemain Malaysia Zulfadli Zulkiffli dan memenangi tempat kedua.

Viktor Axelsen
Viktor Axelsen - Indonesia Masters 2018.jpg
Maklumat peribadi
Nama kelahiranViktor Axelsen
Negara Denmark
Lahir (1994-01-04) 4 Januari 1994 (umur 28)
Odense, Denmark
Tinggi1.95 m (6 ka 5 in)
Cakat tanganKanan
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi1 (28 September 2017)
Ranking semasa2 (31 Ogos 2021[1])
Rekod pingat
Profil BWF

KerjayaSunting

2010Sunting

Pada Oktober 2010 beliau memasuki BWF Super Series dalam acara perseorangan lelaki. Beliau menyertai Super Series Denmark 2010 dengan mengalahkan pemain dari Perancis dan ketika pusingan kedua, beliau bertemu dengan rakan senegaranya, Jan Ø. Jørgensen tetapi tewas dalam dua set.

2011Sunting

Axelsen memenangi Kejohanan Junior Eropah, dengan mengalahkan rakan sepasukan Rasmus Fladberg 21-8 17-21 21-13 ketika perlawanan akhir.

2012Sunting

Viktor Axelsen hanya sekadar naib juara ketika The Yonex IFB di Paris, tewas kepada Liew Daren 21-18 21-17.

2014Sunting

Axelsen memenangi Terbuka Switzerland ketika awal tahun 2014 dan mendapat pingat gangsa ketika bertemu dengan Lee Chong Wei pada separuh akhir ketika Kejohanan Dunia BWF 2014.

PencapaianSunting

Rank Tahun Kejohanan Pihak lwan Markah
Kejohanan Senior
1 2014 Terbuka Swiss   Tian Houwei 21-7, 16-21, 25-23
2 2012 Terbuka Perancis   Daren Liew 18-21, 17-21
Kejohanan Junior
2 2011 Kejohanan Junior Dunia   Zulfadli Zulkifli 18-21, 21-9, 19-21
1 2011 Kejohanan Junior Eropah   Rasmus Fladberg 21-8, 17-21, 21-13
1 2010 Kejohanan Junior Dunia   Kang Ji-wook 21-19, 21-10

RujukanSunting