Viktor Krum adalah watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling yang muncul dalam siri keempat, iaitu Harry Potter and the Goblet of Fire. Dalam filem, Krum dilakonkan oleh aktor yang berasal dari Bulgaria, Stanislav Ianevski.

Watak Harry Potter

Stanislav Ianevski sebagai Viktor Krum dalam Harry Potter and the Goblet of Fire.
Viktor Krum
Jantina Lelaki
Warna rambut Perang gelap
Warna mata Perang
Sekolah Durmstrang
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Stanislav Ianevski
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire

Nama Krum berkemungkinan berasal dari "Krum", seorang Khan yang memerintah Bulgaria pada abad ke-9. Victor berarti pemenang, atau penakluk.

Krum adalah Seeker Pasukan Quidditch Bulgaria. Beliau adalah pemain yang berbakat, terbukti dengan mampu menjadi ahli pasukan kebangsaan pada usia yang sangat muda.

Krum dan beberapa rakan Durmstrang telah pergi ke Hogwarts sebagai calon untuk Kejohanan Ahli Sihir Trio. Krum terpilih sebagai wira Durmstrang. Krum menghadapi dua kenyataan yang tidak menyenangkan, iaitu sebagai wakil dari Durmstrang yang memiliki reputasi tidak begitu baik kerana mengajarkan Ilmu Hitam kepada pelajarnya; dan di samping itu juga menjadi pujaan (terutama bagi gadis-gadis) kerana popularitinya sebagai Seeker.

Dalam filem, Rita Skeeter menyebutnya sebagai "Bulgarian Bon-Bon" (si kacak Bulgaria).

Tongkat sihir Krum diperbuat daripada tanduk dan pembuluh jantung naga. Panjangnya sepuluh seperempat inci (25.5 cm). Ciptaan Gregorovitch, lebih tebal daripada yang biasa dilihat, agak tegar.

Ketika Perlawanan Akhir Piala Dunia Quidditch antara Bulgaria dan Ireland, beliau menangkap snitch, walaupun kemenangan beroleh kepada Ireland.

Bersama Harry

sunting

Di Hogwarts, beliau tertarik kepada Hermione Granger. Krum sering mengunjungi perpustakaan Hogwarts untuk melihatnya. Hermione kemudian mengatakan bahawa ...dia (Krum) pergi ke perpustakaan setiap hari untuk mencari kesempatan berbual dengan aku, tetapi dia tidak berani. Pada tugasan kedua, Hermione menjadi orang yang harus diselamatkannya, yang menyebabkan kecemburuan Ron Weasley.

Rita Skeeter turut menulis cerita tentang cinta segitiga antara Krum, Hermione dan Harry. Harry jengkel dengan ceita tersebut dan sering menjelaskan pada orang ramai bahawa Hermione bukan teman wanitanya. Harry turut berkata pada Krum bahawa Hermione adalah sahabat, bukan kekasihnya dan cerita yang ditulis Rita Skeeter tidak benar.

Dalam tugasan ketiga, Krum telah diberikan Sumpahan Imperius oleh Barty Crouch Jr. dan dipengsankan oleh Harry setelah nyaris menyerang Cedric Diggory. Pada akhir Harry Potter and the Goblet of Fire Krum kembali ke Durmstrang, tanpa pengetua mereka, Igor Karkaroff, yang hilang dari Hogwarts setelah mendengar Lord Voldemort telah kembali. Krum tidak muncul di siri kelima, tetapi Hermione masih berutusan surat dengannya.

Banyak peminat yang berpendapat bahawa akan ada adegan cium antara Hermione dan Krum dalam filem keempat. Namun tiada ciuman antara kedua-duanya, baik dalam buku mahupun filem. Tetapi Ginny Weasley berkata secara bersahaja dalam Harry Potter and the Half-Blood Prince bahawa mereka pernah berciuman. Ron turut bertanya pada Harry adakah Hermione pernah mencium Krum. Harry yakin bahawa hal itu benar, namun tidak mampu mengatakannya pada Ron. Hermione, tidak seperti yang diharap-harapkan Krum, tidak dapat mengunjungi Bulgaria sepanjang musim panas kerana kerumitan setlah kembalinya Voldemort.

Ibu bapa Viktor Krum ada dinyatakan dalam bab Tugasan Ketiga dalam Harry Potter and the Goblet of Fire. Disebutkan bahawa Krum mewarisi rambut gelap ibunya dan hidung bengkok bapanya.

J. K. Rowling ada mengatakan bahawa Krum akan muncul di buku ketujuh. Ternyata, Krum turut muncul ketika perkahwinan Fleur dan Bill serta memberitahu Harry tentang logo Grindelwald.