Vilayet Bosnia merupakan divisyen (vilayet) pentadbiran tahap pertama di Empayar Uthmaniyyah, yang terdiri daripada wilayah yang kini terletak di negara Bosnia dan Herzegovina. Ia bersempadan dengan Vilayet Kosovo di selatan. Sebelum pembaharuan pentadbiran pada tahun 1867, ia dikenali sebagai Eyalet Bosnia. Pada akhir kurun ke-19, ia dilaporkan merangkumi kawasan seluas 17,900 batu persegi (46,000 km2).[2]

Vilayet Bosnia
Vilayet di Empayar Uthmaniyyah
1867–1908
Flag of Vilayet Bosnia

Vilayet Bosnia pada tahun 1880-an
Ibu kotaSarajevo
Keluasan 
• 1871
46,000 km2 (18,000 bt2)
Populasi 
• 1871
1232000
History
Sejarah 
• Ditubuhkan
1867
1878
1908
Didahului oleh
Diganti oleh
Eyalet Bosnia
Kondominium Bosnia dan Herzegovina
Hari ini sebahagian daripada Bosnia dan Herzegovina
 Montenegro
Sumber untuk populasi;[1] luas[2]

Ia dibubarkan sebagai wilayah Uthmaniyah selepas diduduki oleh Austria-Hungary pada tahun 1878. Walau bagaimanapun, ia kekal wujud untuk 30 tahun seterusnya sehingga tahun 1908, meskipun ditadbir oleh Austria-Hungary. Ini tidak termasuk Herzegovina Tua, yang mana diserahkan kepada Prinsipaliti Montenegro pada tahun 1878. Pada tahun 1908, Austria-Hungary secara rasminya mengilhak Bosnia ke dalam wilayah jajahannya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Palairet, Michael R. "The Balkan Economies c.1800-1914: Evolution without Development".
  2. ^ a b Europe by Éliseé Reclus, page 152
  • Markus Koller and Kemal H. Karpat, Ottoman Bosnia: A History in Peril, University of Wisconsin Press (2004) ISBN 0-299-20714-5
  • Matija Mazuranic, A Glance into Ottoman Bosnia, Saqi Books (2007)

Pautan luar sunting