Vinnaithaandi Varuvaayaa

Vinnaithaandi Varuvaayaa (Tamil: விண்ணைத்தாண்டி வருவாயா,Inggeris: Will you Cross the Skies and Come?,Melayu: Sudikah awak turun merentasi sempadan langit?) merupakan filem romantik musikal Tamil yang ditayangkan pada Februari 26, 2010 di seluruh dunia. Filem ini diarah oleh Gautham Menon dan dibintangi oleh Silambarasan dan Trisha Krishnan.Manakala, runut bunyinya digubah oleh A. R. Rahman dan menjadi sangat popular di serata dunia[1]. Filem ini juga ditayangkan dalam Bahasa Telugu tetapi dengan pelakon dan klimaks yang berlainan. Vinnaithaandi Vaeuvaayaa mendapat ulasan positif dari pengkritik filem dan menjadi salah satu filem romantik yang terbaik di asia[2]. Filem ini juga kini diadaptasi sebagai filem Bollywood, Ekk Deewana Tha yang dibintangi oleh Prateik Babbar dan Amy Jackson.

Vinnaithaandi Varuvaayaa
Poster
PengarahGautham Menon
PenulisGautham Menon
Dihasilkan olehMadhan
VTV Ganesh
S. Elred Kumar
Jayaraman
DibintangiSilambarasan
Trisha Krishnan
SinematografiManoj Paramahamsa
Disunting olehAnthony Gonsalves
Muzik olehA. R. Rahman
Syarikat
penerbitan
Escape Artists Motion Pictures
R. S. Infotainment
Diedarkan olehRed Giant Movies
Two95 Entertainment
Tarikh tayangan
  • 26 Februari 2010 (2010-02-26)
Masa tayangan
157 minutes
Negara India
BahasaTamil
BajetUS$3.08 million
Pecah panggungUS$6.6 million

Plot sunting

Templat:Spoiler

Kartik (Silambarasan) adalah seorang pelajar kejuruteraan mekanikal di Chennai yang bercita-cita untuk menjadi pembikin filem. Kawannya memperkenalkan dia sinematografer Ganesh(Ganesh Janardhanan). Dengan bantuan Ganesh, Kartik menjadi pembantu kepada pengarah K. S. Ravikumar. Keluarga Kartik yang beragama Hindu menyewa rumah Jessie (Trisha Krishnan). Jessie adalah dari keluarga Kristian Malayali yang konservatif dan dia tinggal bersamanya keluarganya di tingkat atas. Kartik jatuh cinta pada Jessie dalm pandangan pertama.Karthik cuba untuk berinteraksi dengan Jessie tetapi dimarahi olehnya kerana Jessie takut bercakap dengan orang-orang sekitar kerana bapanya merupakan seorang yang tegas. Kartik meluaskan perasaan pada Jessie tetapi Jessie tidak memberi sebarang respon. Beberapa hari kemudian, Karthik mendapat tahu dari adiknya bahawa Jessie telah pergi ke Kerala untuk melawat neneknya. Dia, bersama-sama dengan Ganesh, pergi ke Kerala untuk berjumpa dengan Jessie. Selepas, mencari Jessie di sekitar Kerala, akhirnya Kartik berjumpa dengan Jessie dan meminta maaf daripadanya. Jessie memaafkan Kartik dan mempekenalkan Kartik kepada keluarganya sebagai rakan sekelas dari Tamil Nadu. Jessie menafikan bahawa dia mempunyai perasaan pada Kartik dan berjanji akan menjadi kawan baiknya. Walaubagaimanapun, semasa perjalanan balik ke Chennai kedua-dua mereka menjadi rapat dan berkongsi ciuman dalam kereta api. Peristiwa ini menyebabkan Kartik yakin bahawa Jessie suka padanya. Kedua-duanya berjumpa beberapa kali dan Jessie mula mengakui bahawa dia juga suka Karthik tetapi mahu mengelakan dirinya dari sebarang masalah keranya bapanya pasti tidak akan membenarkannya berkhawin dengan seorang budak Hindu. Selepas beberapa insiden pergaduhan antara Kartik dan abang Jessie, Jerry Thekekuttu (Sathiya), keluarga Jessie mendapat tahu bahawa Kartik menyintai Jessie. Akibatnya, mereka menetapkan perkahwinan Jessie di Kerala. Semasa majlis perkhawinan , Jessie enggan berkhawin dengan pengatin lelaki tersebut. Kartik yang hadir ke majlis perkhawinan itu tanpa pengetahuan sesiapa berasa sangat teruja dan gembira apabila Jessie membatalkan perkhawinanya. Kartik secara senyap melawat jessie di rumahnya. Pada saat itu Jessie mengaku dia mencintai Karthik dan mereka mula berpasangan tanpa pengetahuan kedua-dua ibu bapa mereka. Selepas itu, Karthik pergi ke Goa selama 40 hari atas urusan kerjanya, di mana beliau menjadi agak sibuk. Semasa itu, topik perkhawinan Jessie dibangkitkan semula oleh keluarganya apabila lelaki yang dia enggan berkahwin datang melawat. Jessie yang panik , menghubungi Kartik dan berkata ingin lari dari rumahnya dan berkhawin dengan Karthik. Karthik yang sibuk mencari tempat pengambaraan filem di Goa menyuruh Jessie bersabar dan menungunya pulang ke Chennai untuk berbincang tentang masalah tersebut. Jessie yang marah berhenti menjawab panggilan dari Karthik dan ini menyebakan Karthik bergegas pulang ke Chennai. Setiba Kartik di Chennai, Jessie menyatakan bahawa hubungan mereka tidak boleh diteruskan kerana ditolak oleh ibu bapanya dan menambah bahawa dia bersetuju untuk berkhawin dengan lelaki pilihan bapanya. Kemudian, Karthik mendapat tahu bahawa Jessie sudah berkhawin dan menetap di luar negara Dua tahun kemudian, Kartik bertemu dengan Nandhini (Samantha Ruth Prabhu). Nandini jatuh cinta dengan Kartik tetapi cintanya ditolak oleh Kartik kerana Kartik tidak boleh lupakan Jessie. Kartik kemudian berjaya menulis skrip untuk filem pertamanya berdasarkan pengalaman dia bercinta dengan Jessi. Filem itu dinamakan Jessie dan dibintangi oleh Naga Chaitanya dan Nandhini. Semasa pengambaran filem di New York, Kartik bertemu dengan Jessie dan dia mendapat tahu bahawa Jessie belum berkhawin dan masih mencintai Kartik. Kartik dan Jessi berkhawin. Pada pengujung filem ini , para penonton mendapat tahu bahawa Kartik dan Jessie tidak berkhawin dan perkara di atas hanya jalan cerita di filem yang diarah oleh Kartik. Jessie sebenarnya sudah berkhawin dengan lelaki lain.

Watak sunting

Tayangan sunting

Sambutan dan pujian sunting

Filem ini memecah kutipan box-office di seluruh dunia. Di Chennai sahaja ia mengutip Rs.64,66,062 dalam tiga hari pertama tayanganya[3]. Filem ini medapat kutipan sebanyak Rs.33,000,000 di serata dunia dan menjadi filem Tamil terbaik pada tahun 2010. Ia juga mendapat pujian dari para pengkritik filem.

Anugerah sunting

Edison Awards[4]
Vikatan Awards[5]
BIG Tamil Entertainment Awards[7]
Vijay Music Awards
Vijay Awards[8]
Filmfare Awards

Runut Bunyi sunting

Vinnaithaandi Varuvaayaa
 
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada12 Januari 2010 (2010-01-12)[9]
Dirakamkan padaPanchathan Record Inn and AM Studios
TempatIndia  
GenreFilem romantik  
Panjang35:02
BahasaBahasa Tamil  
SyarikatSony Music Entertainment
PengedarUdhayanidhi Stalin (en)    
PengarahGautham Menon  
PenerbitA. R. Rahman
Kronologi A. R. Rahman
Couples Retreat
(2009)
Vinnaithaandi Varuvaayaa
(2010)
Ye Maaya Chesave
(2010)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
IndiaGlitz      [10]
Rediff.com      [11]
Behindoods      [12]
Music Aloud           [13]

Runut Bunyinya dikompos oleh komposer terkenal, A. R. Rahman.Premier dunia telah diadakan di BAFTA, London pada 19 Disember 2009 dan kemudian ia dilancarkan semula di Chennai pada 12 Januari, 2010. Album ini terdiri daripada 7 trek.

Senarai Track
No.TajukPenyanyiMasa
1."Omana Penne"Benny Dayal, Kalyani Menon5:30
2."Anbil Avan"Devan Ekambaram, Chinmayi4:12
3."Vinnaithaandi Varuvaayaa"Karthik3:12
4."Hosanna"Vijay Prakash, Suzanne D'Mello, Blaaze5:30
5."Kannukkul Kannai"Naresh Iyer3:52
6."Mannipaaya"A. R. Rahman, Shreya Ghoshal6:56
7."Aaromale"Alphons Joseph5:47
Jumlah masa: 35:02

Penganugerahan sunting

Anugerah Kategori Recipients and nominees Outcome
BIG Tamil Entertainment Awards[14] Most Entertaining Male Singer Vijay Prakash untuk "Hosanna" Menang
Edison Awards[15] Best Male Singer Vijay Prakash untuk "Hosanna" Menang
Filmfare Awards South Best Music Director A. R. Rahman Menang
Best Lyricist Thamarai untuk "Mannipaaya" Menang
Best Male Playback Vijay Prakash untuk "Hosanna" Tercalon
Vijay Awards Best Music Director A. R. Rahman Menang
Best Female Playback Singer Shreya Ghoshal untuk "Mannipaaya" Menang
Best Male Playback Singer Vijay Prakash untuk "Hosanna" Menang
Vijay Music Awards Popular Album of the Year Vinnaithaandi Varuvaayaa Menang
Best Music Director A. R. Rahman Menang
Best Female Singer Shreya Ghoshal untuk "Mannipaaya" Menang
Best Male Singer Vijay Prakash untuk "Hosanna" Menang

Peta watak bagi aditapsi sunting

Vinnaithaandi Varuvaayaa
(Tamil)
Ye Maaya Chesave
(Telugu)
Ekk Deewana Tha
(Hindi)
Simbhu Naga Chaitanya Prateik Babbar
Trisha Krishnan Samantha Ruth Prabhu Amy Jackson
Ganesh Krishnudu Manu Rishi


Rujukan sunting

  1. ^ sify.com/movies/tamil/review.php?id=14933091&ctid=5&cid=2429
  2. ^ http://movies.rediff.com/report/2010/feb/26/review-vinnaithaandi-varuvaayaa.htm
  3. ^ sify.com/movies/tamil/fullstory.php?id=14933568&cid=13525926
  4. ^ "Simbu and Trisha win Edison awards 2011, for Vinnai Thaandi Varuvaaya". 2011-02-15. Dicapai pada 2011-02-17.
  5. ^ "Exclusive: Results of Ananda Vikatan Awards 2010". Kollywoodz.
  6. ^ "Exclusive: Results of Ananda Vikatan Awards 2010". Kollywoodz.com. 22 January 2011. Dicapai pada 17 January 2012.
  7. ^ A ‘BIG’ NIGHT FOR TAMIL ENTERTAINMENT INDUSTRY, Behindwoods.com, dicapai pada 18 August 2011
  8. ^ Winners List Of Vijay Awards 2011, tamilkey.com, June 26th, 2011, dicapai pada August 18th, 2011 Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  9. ^ Vinnai Thandi Varuvaaya audio creates history!, Sify, dicapai pada 18 August 2011
  10. ^ "Vinnaithandi Varuvaya Music Review songs lyrics". IndiaGlitz. 2010-01-15. Dicapai pada 2011-10-29.
  11. ^ "Vinnaithaandi Varuvaaya: Vintage Rahman". Rediff.com. 2010-01-13. Dicapai pada 2011-10-29.
  12. ^ "Vinnaithaandi Varuvaayaa - Tamil Music Review - Gautham Menon Silambarasan A.R.Rahman Benny Dayal Thamarai Escape Artists Motion Pictures". Behindwoods.com. Dicapai pada 2011-10-29.
  13. ^ Posted by VIP (2011-01-13). "Vinnai Thaandi Varuvaaya - Music review". Music Aloud. Dicapai pada 2011-10-29.
  14. ^ A ‘BIG’ NIGHT FOR TAMIL ENTERTAINMENT INDUSTRY, Behindwoods, dicapai pada 18 August 2011
  15. ^ "Simbu and Trisha win Edison awards for excellence in cinema". 2011-02-15. Dicapai pada 2011-07-10.