Virus terubah suai secara genetik

Virus terubah suai secara genetik ialah virus yang dijalankan pengubahsuaian genetik untuk pelbagai tujuan bioperubatan.

Kegunaan am sunting

Pengubahsuaian genetik melibatkan pemasukan atau penghapusan gen. Gen yang dimasukkan ini biasanya datang daripada spesies yang berbeza daripada perumahnya, dalam suatu proses pemindahan gen langsung. Dalam alam semula jadi, ini boleh berlaku apabila DNA eksogen menembusi membran sel atas apa-apa sebab.

Untuk melakukan pengubahsuaian genetik secara buatan, gen-ge perlu disambungkan pada virus ataupun sekadar memasukkan DNA tambahan secara fizikal ke dalam nukleus perumah dengan picagari yang amat halus, ataupun zarah-zarah halus yang dilepaskan dari penembak gen.[1] Bagaimanapun, terdapat kaedah lain yang menggunakan pemindahan gen secara semula jadi, seperti kebolehan Agrobacterium untuk memindahkan bahan genetik kepada tumbuhan,[2] ataupun kebolehan lentivirus untuk memindahkan gen ke dalam sel haiwan.[3]

Bateri ion litium sunting

Dalam bidang sains bahan, virus terubah suai secara genetik telah digunakan untuk membina bateri ion litium yang lebih mesra alam.[4][5]

Terapi gen sunting

Terapi gen[6] memanfaatkan virus terubah suai secara genetik untuk menghantar gen-gen penyembuh penyakit ke dalam sel manusia. Biarpun masih agk baru, namun terapi gen sudah mencatat kejayaan. Kaedah ini digunakan untuk merawat gangguan gen seperti keimunokurangan bercampur teruk.[7]

Rawatan barah sunting

Pada tahun 2004, para penyelidik melaporkan bahawa sejenis virus terubah suai secara genetik yang mengeksploitasi kelakuan sel barah yang mementingkan diri, boleh menawarkan satu jalan alternatif untuk membunuh tumor.[8][9][10]

Penternakan arnab sunting

Di Eropah, arnab diternak secara besar-besaran, maka arnab ternakan perlu dilindungi daripada jangkitan penyakit miksomatosis dan kalisivirus dengan virus terubah suai secara genetik. Virus berkenaan dimajukan di Sepanyol, dan berfaedah kepada penternak arnab. Seandainya virus ini disampaikan kepada arnab liar di Australia, ini boleh menyebabkan bilangan arnab naik secara mendadak, kerana penyakit-penyakit tersebut merupakan ancaman paling serius kepada nyawa arnab. Di Australia, arnab dipandang sebagai haiwan perosak sehingga para tuan tanah diwajibkan oleh undang-undang supaya mengawal haiwan tersebut.[11]

Rujukan sunting

  1. ^ Johnston SA, Tang DC (1994). "Gene gun transfection of animal cells and genetic immunization". Methods in Cell Biology. 43 Pt A: 353–365. OCLC 31189762. PMID 7823871.
  2. ^ Lee LY, Gelvin SB (2008). "T-DNA binary vectors and systems". Plant Physiol. 146 (2): 325–332. doi:10.1104/pp.107.113001. OCLC 1642351. PMC 2245830. PMID 18250230. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  3. ^ Park F (2007). "Lentiviral vectors: are they the future of animal transgenesis?". Physiol. Genomics. 31 (2): 159–173. doi:10.1152/physiolgenomics.00069.2007. OCLC 37367250. PMID 17684037. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ http://web.mit.edu/newsoffice/2009/virus-battery-0402.html New virus-built battery could power cars, electronic devices
  5. ^ Hidden Ingredient In New, Greener Battery: A Virus
  6. ^ Selkirk SM (2004). "Gene therapy in clinical medicine". Postgrad Med J. 80 (948): 560–70. doi:10.1136/pgmj.2003.017764. PMID 15466989. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  7. ^ Cavazzana-Calvo M, Fischer A (2007). "Gene therapy for severe combined immunodeficiency: are we there yet?". J. Clin. Invest. 117 (6): 1456–65. doi:10.1172/JCI30953. PMC 1878528. PMID 17549248. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ Genetically-modified virus explodes cancer cells
  9. ^ GM virus shrinks cancer tumours in humans
  10. ^ Could a GM virus beat prostate cancer?
  11. ^ Catalyst: GM Virus - ABC TV Science

Templat:Kejuruteraan genetik