Vivian Balakrishnan
Vivian Balakrishnan (lahir 25 Januari 1961), FRCS, ialah seorang ahli politik dari Singapura yang berkhidmat sebagai Menteri Ehwal Luar Negeri negara tersebut yang terkini.
Vivian Balakrishnan | |
---|---|
விவியன் பாலகிருஷ்ணன் | |
![]() Vivian Balakrishnan | |
Menteri Ehwal Luar Negeri Singapura | |
Memegang jawatan 1 Oktober 2015 | |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Kasiviswanathan Shanmugam |
Anggota Parlimen Singapura untuk Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Timah | |
Memegang jawatan 27 April 2006 | |
Menteri Sekitaran dan Sumber Air | |
Dalam jawatan 21 Mei 2011 – 30 September 2015 | |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Yaacob Ibrahim |
Digantikan oleh | Masagos Zulkifli |
Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan | |
Dalam jawatan 12 Ogos 2004 – 20 May 2011 | |
Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
Didahului oleh | Yaacob Ibrahim |
Digantikan oleh | Chan Chun Sing (pemangku) |
Anggota Parlimen untuk Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Panjang | |
Dalam jawatan 25 Oktober 2001 – 19 April 2006 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Singapura | 25 Januari 1961
Kerakyatan | Singapura |
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat |
Pasangan | Joy Balakrishnan |
Anak-anak | 4 |
Awal hidup Sunting
Aayah Vivian merupakan seorang berbangsa Tamil manakala ibunya berketurunan Cina leluhur Fuqing, Fujian.[2][3] Beliau pemdapat pendidikan peringkat primer dan sekunder di Anglo-Chinese School sebelum berpindah ke Maktab Rendah Kebangsaan. Beliau ditawarkan Biasiswa Presiden pada tahun 1980 untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Nasional Singapura.
Kerjaya dalam bidang perubatan Sunting
Dari tahun 1993 hingga 1995, beliau berkhidmat dalam bahagian optalmologi anak-anak di Hospital Mata Moorfields, London. Setelah beliau kembali ke Singapura, beliau dilantik sebagai pakar optalmologis di Pusat Mata Nasional Singapura dan Hospital Universiti Nasionaldan profesor pembantu optalmologi di Universiti Nasional Singapura pada tahun 1998. Beliau dilantik sebagai Pengarah Perubatan Pusat Mata Nasional Singapura pada tahun 1999 serta menjadi ketua pengerusi eksekutif Hospital Umum Singapura pada tahun berikutnya.[4]
Kerjaya politik Sunting
Vivian mula menceburi bidang politik apabila bertanding dalam pilihan raya umum Singapura 2001 mewakili Parti Tindakan Rakyat di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Panjang namun kerusi itu dimenangi tanpa bertanding.[5] Pada tahun 2002, Vivian dilantik sebagai Mneteri Pembangunan Singapura serta juga sebagai pengerusi Remaking Singapore Committee. Beliau menjadi Menteri Pejabat Kanan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura.[6]
Beliau dilantik sebagai Menteri Ehwal Luar Negeri Singapura berikutan pilihan raya umum 2015.[7]
Rujukan Sunting
- ^ "Facebook – Vivian Balakrishnan". Dicapai pada 11 Mac 2012.
- ^ http://www.rediff.com/news/report/coming-to-india-is-like-coming-home/20100111.htm
- ^ http://www.allamericanspeakers.com/celebritytalentbios/Dr.-Vivian-Balakrishnan
- ^ "About Vivian Balakrishnan – Vivian Balakrishnan". Vivian.balakrishnan.sg. 22 Jun 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-29. Dicapai pada 10 Julai 2011.
- ^ "Singapore Elections Department". Elections.gov.sg. 3 Januari 2011. Dicapai pada 10 Julai 2011.
- ^ Dr. Vivian Balakrishnan profile. cabinet.gov.sg, April 2018.
- ^ superadmin (2014-10-20). "Dr Vivian BALAKRISHNAN". Prime Minister‘s Office Singapore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 Januari 2018.