Vizeadmiral, ringkas VAdm dalam senarai VADM, (bm: Laksamana Madya) adalah pangkat pegawai berbendera kanan dalam Tentera Laut Jerman. Ia setaraf dengan Generalleutnant dalam Heer dan Luftwaffe atau dengan Admiraloberstabsarzt dan/atau Generaloberstabsarzt dalam Zentraler Sanitätsdienst der Bundeswehr.

Laksamana Madya
Vizeadmiral
Papan
bahu
Jalur
lengan
Slip on
bahu
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Singkatan VAdm
Kumpulan pangkat Pegawai berbendera
Pangkat Tiga bintang
Kod
NATO
OF-8
Pangkat tinggi seterusnya Admiral
Pangkat rendah seterusnya

Konteradmiral

Persamaan pangkat Generalleutnant

Di dalam Tentera Laut Jerman Vizeadmiral merupakan, seperti kebanyakan tentera laut, sejenis pangkat tiga bintang dengan kod NATO OF-8. Namun, dalam angkatan laut lain yang bertutur bahasa Jerman, misalnya Kaiserliche Marine, Kriegsmarine, Volksmarine, dan K.u.K. Kriegsmarine Austria-Hungary, Vizeadmiral adalah pangkat pegawai berbendera dua bintang OF-7.

Panggilan rasmi sunting

Cara panggilan rasmi warga tentera untuk pangkat Vizeadmiral (OF-8) ialah "Herr/Frau Vizeadmiral". Namun, seperti tradisi tentera laut Jerman “Vizeadmiral“ akan dipanggil "Herr/Frau Admiral".

Insignia pangkat dan pengtakrifan sunting

Insignia pangkat, yang dipakai pada pergelangan baju dan bahu, merupakan satu bintang bucu lima di atas baris lebar berwarna emas dan dua baris sederhana (tanpa bintang apabila gelung pangkat jenis slip-on dipakai). Ia merupakan gred B8 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan.

 
Pangkat pegawai laut Jerman
pangkat junior
Konteradmiral
Vizeadmiral

(Admiraloberstabsarzt)
Generalleutnant

pangkat senior
Admiral

Turutan pangkat (dari atas ke bawah) dalam kumpulan tersebut adalah seperti berikut:

Sejarah sunting

Tentera Rakyat Nasional sunting

Vizeadmiral (OF-7) adalah pegawai berbendera gred kedua terendah Volksmarine, sepadan dengan pangkat dua bintang Generalleutnant (juga OF-7).

Di dalam Volksmarine GDR terdapat tiga pangkat pegawai berbendera: Konteradmiral, Vizeadmiral, dan Admiral. Majlis Negara GDR memutuskan dari 25 Mac 1982 untuk memperkenalkan pangkat Flottenadmiral.

Vizeadmiral bagi Volksmarine GDR
Name Dates Nama Tarikh
Born, Hendrik 1944- Neukirchen, Heinz 1915-1986
Hesse, Gustav 1931-2001 Nordin, Wilhelm 1924-1993
Hofmann, Hans 1933- Wansierski, Bruno 1904-1994
Kutzschebauch, Günter 1930-1996
Insignia Konteradmiral Volksmarine
Arabesque Lampasse Lencana bahu Lengan baju Bendera pemerintah
 
 
 
 
 
pangkat Junior
Konteradmiral
 
(Pangkat NPA)
Vizeadmiral
pangkat Senior
Admiral

Tentera Laut Imperial Jerman dan Kriegsmarine sunting

Kriegsmarine Nazi
Bendera pemerintah
Papan bahu
Lengan baju
Vizeadmiral

Di dalam Kaiserliche Marine dan Kriegsmarine, Vizeadmiral merupakan pangkat pegawai berbendera dua bintang OF-7 yang setaraf dengan Generalleutnant Heer atau Luftwaffe, dan dengan SS-Gruppenführer dan Generalleutnant Waffen-SS.

Insignia pangkat tersebut terdiri daripada papan bahu dan jalur lengan. Papan bahu mesti dipakai pada jaket seragam dan diperbuat daripada pintalan tocang emas (disemat satu pip atau bintang) dengan pelapik warna biru kelasi.

Insignia lengan mempunyai satu baris lebar warna emas, dua baris sederhana, dan satu bintang bucu lima di atas.

pangkat Junior
Konteradmiral
 
(Pangkat Kriegsmarine)
Vizeadmiral
pangkat Senior
Admiral

K.u.K. Kriegsmarine sunting

Di dalam K.u.K. Kriegsmarine Austria-Hungary (1849 hingga 1918) terdapat pangkat pegawai berbendera Kontreadmiral (juga dieja Konterdmiral pada abad ke-20), Viceadmiral , dan Admiral, serta Grossadmiral.

K.u.K. Kriegsmarine
Bendera pemerintah
Lengan baju
K.u.K. Konteradmiral

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ The abbreviation "OF" stands for de: "Offizier / en: officer / fr: officier / ru: офицер"