Vokal (Musim 1)

Vokal... Bukan Sekadar Rupa ialah sebuah rancangan pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh Media Prima dan disiarkan di TV3. Rancangan ini diperkenalkan pada tahun 2011 dengan tujuan mencari bakat baru berdasarkan mutu nyanyian sahaja tanpa tertumpu pada paras rupa, dan ini dilakukan dengan para juri yang menilai peserta yang bernyanyi tanpa menunjukkan wajahnya atas pentas sewaktu bertanding.

Vokal
FormatRealiti TV
Nyanyian
Muzik
Ditulis olehSuhana Osman
PengarahAhmad Shaifullizam Arshad (Gbam)
PengacaraFaizal Ismail
JuriAzmeer
Erra Fazira
Lagu pembukaan"Aksi Suara" nyanyian Black
Lagu penutup"Aksi Suara" nyanyian Black
PenggubahAG Coco
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod10
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhd Sufian Che Isa
PenerbitAhmad Shaifullizam Arshad (Gbam)
LokasiKonsert Mingguan
Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam
Pemasangan kamera
Tetapan kamera-utama
Tempoh siaran60 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar576i SDTV (16:9)
Format audioStereo
Siaran asal16 Oktober – 25 Disember 2011
Kronologi
MengikutiMentor 4
Diikuti olehVokal (Musim 2)

Vokal...Bukan Sekadar Rupa musim pertama telah menamatkan penyiarannya pada 25 Disember 2011 dan digantikan dengan Vokal Mania mulai 24 Oktober 2020.

FormatSunting

Vokal diperkenalkan kepada umum pada 15 September 2011 dalam sebuah sidang media di Sri Pentas, iaitu premis stesen-stesen penyiaran TV dan radio milik Media Prima termasuk TV3. Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9

"Vokal muncul sebagai program realiti hiburan yang mempunyai identiti tersendiri di mana kualiti vokal peserta didahulukan daripada paras rupa. Kami ingin membuktikan bahawa Vokal mampu mengubah persepsi stereotype masyarakat dan sekali gus menjadi platform positif kepada peserta yang mempunyai vokal yang baik tetapi tidak mempunyai pakej lengkap. ” Format Rancangan Pertandingan Vokal bermula dengan sesi ujibakat di Sri Pentas pada 23 dan 24 September, dan 1 dan 2 Oktober, terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 28 tahun.[4] Daripada seramai 1,400 orang yang diuji bakat dalam empat hari itu, hanya sepuluh orang yang dipilih untuk bertanding.

Episod pertama Vokal disiarkan secara langsung di TV3 pada 16 Oktober 2011, dengan persembahan dari lima peserta pertama. Pengacaranya ialah Faizal Ismail, sementara panel juri terdiri daripada Azmeer, Erra Fazira dan seorang artis jemputan mingguan yang menjawab "ya" atau "tidak" kepada satu demi satu peserta. Pertandingan antara 10 peserta ini dilangsungkan selama sembilan minggu, kesemua peserta mula-mula dipecahkan kepada dua kumpulan berlima yang berentap pada minggu yang berasingan, dan seorang peserta akan terkeluar jika juri tidak berpuas hati dengan nyanyiannya.

Di samping rancangan pertandingan pada setiap 9 malam Ahad, juga terdapat program sampingan Rutin Vokal yang memaparkan sorotan persediaan serta tugasan yang perlu dijalankan oleh para peserta pada setiap 5 petang Ahad sepanjang pertandingan. Antara tenaga pengajar yang turut menjayakan program Vokal termasuk Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Penasihat Vokal, Adzwa sebagai Penasihat Persembahan, Prof. Madya Haji Md. Izzuddin (Prof. Izzi) selaku pakar motivasi dan Simran Latif dari Original Bootcamp sebagai jurulatih kecergasan dan kesihatan.

Juara pertandingan Vokal akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000, naib juara RM 30,000 dan pemenang tempat ketiga pula RM 10,000.

PesertaSunting

  • Umur dicatat ketika waktu pertandingan.
Peserta Umur Asal Tarikh penyingkiran
Norhasmidar Ahmad

(Asmidar)

25 tahun Kuala Lumpur Juara
(25 Disember 2011)
Mafarikha Mohd Akhir

(Mafa)

19 tahun Perak Naib Juara

(25 Disember 2011)

Azmarul Azuan Harun (Azmarul) 27 tahun Melaka 18 Disember 2011
Irsa Sahabuddin

(Irsa)

24 tahun Sabah 04 Disember 2011
Fakhrul Nizam Fauzi (Fakhrul) 21 tahun Kuala Lumpur 20 November 2011
Mohd Janizam Jamaluddin (Boby) 26 tahun Kuala Lumpur 06 November 2011
Airul Azwan Abdul Rahman (Boy) 22 tahun Johor 06 November 2011
Fadzrul Aswad Fauzi

(Aswad)

19 tahun Kuala Lumpur 23 Oktober 2011
Siti Nur Aishah

(Adeq)

21 tahun Selangor 23 Oktober 2011
Mohd Fakhrullah Mohd Yusof (Epiit) 21 tahun Perak 16 Oktober 2011

PengenalanSunting

Bermula dengan dua konsert pengenalan ini, seramai 10 orang peserta yang telah terpilih akan bernyanyi disebalik tabir tanpa juri melihat wajah mereka. Hanya suara mereka yang diperdengarkan, dinilai dan akan dikomen oleh para juri. Setelah itu, jika barisan juri bersetuju atau berminat dengan persembahan peserta tersebut, maka mereka akan memberikan tanda ( Y) kepada peserta tersebut. Peserta yang mendapat 3 atau 2 tanda ( Y) daripada barisan juri secara automatik peserta tersebut layak ke pusingan seterusnya dan mereka akan keluar dari sebalik tabir dan akan memperlihatkan wajah mereka kepada para juri.


Konsert 1 (16 Oktober 2011)Sunting

Pada konsert pertama kali ini menampilkan lima peserta yang bertanding bagi merebut tempat ke pusingan seteruanya. Manakala juri jemputan pada minggu ini ialah penyanyi No.1 negara, iaitu Dato' Siti Nurhaliza.

Peserta Lagu Azmeer Erra Fazira Dato' Siti
Mafa "Rolling in the Deep" (Adele)  Y  Y  Y
Epiit "Bila Cinta" (Gio)  N  N  N
Asmidar "Terlalu Istimewa" (Adibah Noor)  Y  Y  Y
Azmarul "Sedetik Lebih" (Anuar Zain)  Y  Y  Y
Boby "Selalu Mengalah" (Seventeen)  Y  N  Y
  • Tersingkir: Mohammad Fakhrullah bin Mohammad Yusof (Epiit)

Hanya empat peserta yang terpilih ke pusingan seterusnya iaitu Mafa, Asmidar, Azmarul dan Boby. Manakala Epiit telah disingkirkan pada minggu ini.


Konsert 2 (23 Oktober 2011)Sunting

Lima lagi peserta ditampilkan pada minggu ini bagi merebut peluang untuk ke pusingan seterusnya. Hattan menjadi juri jemputan minggu bagi membantu juri tetap untuk memilih peserta yang layak.

Peserta Lagu Hattan Erra Fazira Azmeer
Boy "Mencintaimu" (Krisdayanti)  Y  Y  N
Irsa "Menghitung Hari" (Krisdayanti)  Y  Y  Y
Adeq "Samar Bayangan" (Nicky Astria)  N  Y  N
Fakhrul "I Got You" (James Brown)  Y  Y  N
Aswad "Sungai Lui" (Aizat Amdan)  N  N  Y
  • Tersingkir: Siti Nur Aishah (Adeq) & Fadzrul Aswad bin Fauzi (Aswad)

Adeq dan Aswad diumumkan tersingkir di konsert kedua kali ini. Manakala Boy, Irsa dan Fakhrul mengikuti Mafa, Asmidar, Azmarul san Boby ke pusingan seterusnya.

PersembahanSunting

Bermula dengan konsert minggu ini, talian undian untuk kesemua peserta kini telah dibuka. Penonton boleh terus mengundi hanya setelah pengacara, mengumumkan bahawa talian undian dibuka. Namun penonton hanya diberikan masa untuk mengundi sehingga kesemua peserta selesai membuat persembahan mereka. Setelah talian undian ditutup, seorang peserta atau dua orang peserta akan disingkirkan.


Konsert 3 (30 Oktober 2011)Sunting

Pada minggu ini kesemua peserta dikehendaki menyampaikan lagu-lagu yang menjadi pilihan juri.

Peserta Lagu Keputusan
Asmidar "Marry You" (Bruno Mars) Selamat
Boby "Mengenangmu" (Kerispatih) 2 Tercorot
Boy "Kembali Merindu" (Slam) Selamat
Irsa "Patah Hati" (Tan Sri SM Salim Selamat
Fakhrul "Bailamos" (Enrique Iglesias) Terselamat
Mafa "Kotak Hati" (Hujan) Selamat
Azmarul "Berlari" (Tomok) Selamat
  • Tersingkir: Tiada penyingkiran.

Mafa antara yang menerima komen yang positif daripada kedua-dua juri tetap pada minggu ini. Boby dan Fakhrul pula menerima komen yang agak pedas daripada juri tetap dan mereka dinasihatkan agar lebih berusaha lagi untuk memperbaiki mutu persembahan mereka.

Dipenghujung rancangan, Mafa diumumkan sebagai peserta yang mendapat markah dan undian tertinggi sekaligus membawa pulang hadiah sebuah kamera Canon EOS 1100D sumbangan dari pihak penaja. Manakala Boby dan Fakhrul diumumkan sebagai 2 Peserta Terbawah, namun Erra mengumumkan bahawa tiada penyingkiran pada minggu ini.


Konsert 4 (6 Oktober 2011)Sunting

Tema pada minggu ini adalah bebas dimana peserta diberikan peluang untuk menyanyikan lagu-lagu pilihan mereka sendiri.

Ally Iskandar menggantikan tempat Faizal Ismail sebagai pengacara dimana Faizal sedang bercuti menantikan kelahiran anak keduanya.

Peserta Lagu Keputusan
Azmarul "Menimbang Rasa" (Oslan Husien) Selamat
Boy "Kata" (Hazami) Tersingkir
Mafa "Empire State of Mind" (Alicia Keys ft. Jay Z) 3 Tercorot
Boby "Lelaki Seperti Aku" (Alif Satar) Tersingkir
Irsa "Kasih" (Hetty Koes Endang) Selamat
Fakhrul "Bukan Kerna Nama" (Ramli Sarip & A. Romzi) Selamat
Asmidar "Tunggu Sekejap" (Tan Sri P. Ramlee) Selamat
  • Tersingkir: Mohammad Janizam bin Jamaluddin (Boby) & Airul Azwan bin Abdul Rahman (Boy)

Ally sempat bertanya kepada Azmeer tentang prestasi persembahan kesemua peserta pada malam ini. Azmeer mengatakan bahawa tiada peningkatan yang ditonjolkan dari kesemua peserta. Manakala Erra bersependapat bahawa ada keyakinan yang ditampilkan dari semua peserta namun Azmeer tidak bersetuju dengan komen tersebut.

Minggu ini Boy, Mafa dan Boby diumumkan sebagai 3 Peserta Terbawah. Namun Ally menyerahkan keputusan penyingkiran tersebut kepada Azmeer untuk memilih dua peserta yang bakal disingkirkan. Namun Azmeer akhirnya memilih Boy dan Boby sebagai peserta yang disingkirkan pada minggu ini.


Konsert 5 (13 November 2011)Sunting

Minggu ini kesemua peserta yng tinggal akan menyampaikan lagu-lagu yang bukan berbahasa Melayu.

Faizal Ismail kini kembali mengacarakan Vokal setelah bercuti minggu lepas. Manakala Ziana Zain menjadi juri jemputan pada minggu ini bagi menggantikan tempat Erra Fazira yang terlibat dengan pementasan teater Badai Semalam di Istana Budaya selama dua minggu.

Peserta Lagu Bahasa Keputusan
Asmidar "Puteri Ledang" (Haslina Kamsan) Jawa Selamat
Mafa "Il Wol Ji Ga" (Sun Ye) Korea Selamat
Irsa "Bole Chudiyan" (Bharati) Hindi Terselamat
Fakhrul "Volare" (Domenico Modugno) Itali 2 Tercorot
Azmarul "Sway" (Michael Buble) Inggeris Selamat
  • Tersingkir: Tiada penyingkiran.


Konsert 6 (20 November 2011)Sunting

Ziana Zain masih menggantikan tempat Erra sebagai juri dimana Erra masih lagi menjalani pementeasan teater di Istana Budaya.

Peserta Lagu Keputusan
Irsa "Seri Mersing" (Kamariah Noor) Selamat
Azmarul "Di Sudut Kamar Hatiku" (Jamal Abdillah) 2 Tercorot
Asmidar "This Love" (Maroon 5) Selamat
Fakhrul "Seniman Menangis" (Ismail Haron) Tersingkir
Mafa "Janji Manismu" (Aishah) Selamat
  • Tersingkir: Fakhrul Nizam bin Fauzi (Fakhrul)


Konsert 7 (27 November 2011)Sunting

  • Tema: Duet dengan Band Tempatan
Peserta Band Lagu Keputusan
Mafa Tilu "Diam Diam" + "Ku Bukan Aku" (Tilu) Selamat
Irsa Meet Uncle Hussain "Pokok" + "Lagu Untukmu" (Meet Uncle Hussain) Terselamat
Azmarul Sofazr "Terasa Di Syurga" + "Maaf Dari Hati" (Sofazr) 2 Tercorot
Asmidar Hujan "Mencari Konklusi" + "Aku Skandal" (Hujan) Selamat
  • Tersingkir: Tiada penyingkiran.


Konsert 8Sunting

  • Tarikh Disiarkan: 04 Disember 2011
  • Tema: Medley / Mash Up
Peserta Lagu Keputusan
Asmidar "Somewhere Over the Rainbow" (Judy Garland) + "Rembulan" (Krisdayanti) Selamat
Mafa "Dangerously in Love" (Beyoncé Knowles) + "Ketahuan" (Matta) Selamat
Azmarul "Kebahagiaan Dalam Perpisahan" (Shahir Zawawi) + "Umpan Jinak Di Air Tenang" (Dato' Ahmad Jais) 2 Tercorot
Irsa "Bertamu Di Kalbu" (Jaclyn Victor) + "Mama Do (Uh Oh Uh Oh)" (Pixie Lott) Tersingkir

Battle

Peserta Lagu Peserta
Azmarul "Beribu Sesalan" (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor) Irsa
  • Tersingkir: Irsa binti Sahabuddin (Irsa)


Konsert Separuh AkhirSunting

  • Tarikh Disiarkan: 18 Disember 2011
  • Tema: Solo & Duet
Peserta Lagu Keputusan
Asmidar "Can't Take My Eyes of You" (Frankie Valli) Selamat
"Bagaikan Sakti" (Dato' M. Nasir & Dato' Siti Nurhaliza)
(duet bersama Bob Yusof)
Azmarul "Dua Insan" (Eva & Ezad)
(duet bersama Wana)
Tersingkir
"Terima Kasih Cinta" (Afgan)
Mafa "Earth Song" (Michael Jackson) 2 Tercorot
"Asmara" (Anneke Gronloh)
(duet bersama Atilia)

Battle

Peserta Lagu Peserta
Azmarul "Awan Nano" (Hafiz Suip) Mafa
  • Tersingkir: Azmarul Azuan bin Harun (Azmarul)


Konsert Akhir (25 Disember 2011)Sunting

  • Tema: Grand Finalé
Peserta Lagu Keputusan
Asmidar "My Way" (Frank Sinatra) Juara
"Biar Sampai Ke Bintang"
Komposer: Ajai
Lirik: Transformer Melayu
"Hurt" (Christina Aguilera)
(Pilihan Mafa)
Mafa "Jangan Tinggal Daku" (Tan Sri P. Ramlee) Naib Juara
"Tiba"
Komposer: Audi Mok
Lirik: Omar K
"Laksamana Raja Di Laut" (Iyeth Bustami)
(Pilihan Asmidar)
  • Juri jemputan: Ziana Zain
  • Juara: Norhasmidar binti Ahmad (Asmidar)
  • Naib Juara: Mafarikha binti Mohammad Akhir (Mafa)

HadiahSunting

Keputusan Pemenang Hadiah
Juara Asmidar Ahmad RM50,000.00
Naib Juara Mafarikha Akhir RM30,000.00

Carta penyingkiranSunting

Kedudukan Markah & Undian
Ked Konsert Mingguan
3 4 5 6 7 8 9 Akhir
1 Mafa Asmidar Mafa Asmidar Mafa Asmidar Asmidar Asmidar
2 Irsa Irsa Asmidar Mafa Asmidar Mafa Mafa Mafa
3 Asmidar Azmarul Azmarul Irsa Azmarul Azmarul Azmarul
4 Azmarul Fakhrul Fakhrul Azmarul Irsa Irsa
5 Boy Mafa Irsa Fakhrul
6 Fakhrul Boby
7 Boby Boy

PetunjukSunting

  •      Peserta yang menjadi juara pertandingan.
  •      Peserta yang menjadi naib juara pertandingan.
  •      Peserta yang terselamat daripada penyingkiran.
  •      Peserta yang tersingkir daripada pertandingan.

PenglibatanSunting

  • Pengacara Konsert & Rutin Vokal : Faizal Ismail
  • Juri Tetap : Azmeer & Erra Fazira
  • Pengarah Muzik : Faizal Uzir (Lok U)
  • Penasihat Vokal : Faizal Uzir (Lok U)
  • Penasihat Persembahan : Adzwa
  • Penasihat Motivasi : Prof. Madya Haji Mohd Izzudin
  • Jurulatih Kecergasan & Kesihatan : Simran Latiff

RujukanSunting

[1]